Siapa yang perlu bayar fidyah?

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadan.

 

Hukum Fidyah

 

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

 

Kewajipan ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT:

 

Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

 

Surah Al-Baqarah (2): 184

 

Golongan Yang Wajib Membayar Fidyah

 

1. Uzur Menunaikan Puasa Wajib

 

Terdiri daripada golongan menghidapi penyakit yang tiada harapan untuk sembuh, atau orang tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah boleh dibayar bermula masuknya Ramadan tahun semasa.

 

Contoh:
Haji Karim pengidap diabetes yang menjalani dialisis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira seperti berikut:

 

2. Perempuan Yang Mengandung Atau Sedang Menyusukan Anak Yang Khuatir Keselamatan Bayi Yang Dikandung Atau Anak Yang Sedang Disusukan.

 

Tidak berpuasa kerana bimbang akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini wajib membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada) puasa yang ditinggalkan. Jika puasa belum digantikan sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah yang lain kerana lewat menggantikan puasa.

 

Contoh:
Sepanjang kehamilan anaknya, Puan Rina tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan pada tahun itu selama 7 hari. Beliau bimbang keadaan bayi yang dikandungnya. Maka sebaik sahaja Ramadan, Puan Rina dikenakan fidyah pada kadar :

 

  • Fidyah ini disebabkan oleh Puan Rina meninggalkan puasa kerana khuatir keselamatan anaknya.
  • Puan Rina perlu menggantikan puasanya sebelum tiba Ramadan berikutnya.
  • Jika Puan Rina masih belum menggantikan puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya maka beliau akan dikenakan fidyah kerana lewat menggantikan puasa.

 

3.Perempuan Yang Mengandung Atau Sedang Menyusukan Anak Namun Khuatir Akan Keselamatan Dirinya Ketika Berpuasa.

 

Puasa yang ditinggalkan perlu digantikan. Jika masih tidak berganti sehingga tiba Ramadan berikutnya barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.

 

Contoh:
Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut.

 

4.Orang Yang Telah Meninggal Dunia

 

Fidyah meninggalkan puasa bagi orang yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris-warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat.

 

Contoh:
Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira:

 

5.Orang Yang Sengaja Meninggalkan Puasa Ramadan

 

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

 

Contoh:
En Jamal telah tidak mampu berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun. Maka fidyah yang dikenakan ke atas beliau ialah:

 

Contoh Pengiraan

 

Bilangan Hari Tidak Berpuasa × Kadar Fidyah

 

3 hari × RM4.00
Jumlah Fidyah: RM12.00

 

Permasalahan Fidyah Dan Kaffarah

 

Bil. Masalah Qadha’ Fidyah
1. Orang tua yang sudah tidak mampu berpuasa kerana lemah dan uzur Tidak Ya
2. Orang yang sakit namun tiada harapan sembuh Tidak Ya
3. Orang yang sakit tidak berpanjangan lalu berbuka kerana sakitnva Ya Tidak
4. Orang yang sakit tidak berpanjangan lalu berbuka dan tidak sempat menggantikan puasa sebelum Ramadhan berikutnya Ya Ya
5. Orang yang musafir yang berbuka kerana musafirnya Ya Tidak
6. Orang yang musafir namun tidak sempat menggantikan puasa sebelum masuk Ramadan tahun berikutnya Ya Ya
7. Perempuan yang haid Ya Tidak
8. Perempuan yang haid namun tidak sempat menggantikan puasa sebelum mask Ramadhan tahun berikutnya Ya Ya
9. Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak namun khuatir akan keselamatan dirinva ketika berpuasa Ya Tidak
10. Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak yang khuatir keselamatan bayi yang dikandung atau anak yang sedang disusukan Ya Ya
11. Orang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadan Ya Tidak
12. Orang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadan dan tidak menggantikan puasa sehingga masuk Ramadan tahun berikutnya Ya Ya

 

Cara Pengiraan Fidyah

 

Untuk memahami kaedah kiraan fidyah, sebagai contoh Fatimah meninggalkan puasa selama 7 hari kerana haid pada bulan Ramadan 1438H (2017). Berikut adalah contoh kiraan berdasarkan situasi:

 

Situasi 1

 

Fatimah belum menggantikan puasa sehingga memasuki Ramadan berikutnya pada tahun 1439H (2018).

 

Contoh Pengiraan

 

Bilangan Hari Tidak Berpuasa × Kadar Fidyah

 

7 hari × RM4.00
Jumlah fidyah: RM28.00

 

Situasi 2

 

Fatimah belum menggantikan puasa sehingga memasuki beberapa Ramadan tahun-tahun berikutnya. Beliau tidak berpuasa pada Ramadan 1438H (2017) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1441H (2020). Fatimah berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyah beliau.

 

Contoh Pengiraan

 

(Bilangan Hari Tidak Berpuasa × Kadar Fidyah) × Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan

 

(7 hari × RM4.00) × 3 Tahun
Jumlah fidyah: RM84.00

 

Justeru kiraan akan bermula dari tahun 1439H hingga 1441H adalah 3 tahun. Tahun pertama yang bermula dari 1438H hingga 1439H tidak termasuk dalam kiraan fidyah kerana masih dalam tempoh puasa boleh digantikan dan belum memasuki Ramadan yang berikutnya.

 

p/s : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Tahniah! Keputusan Cemerlang SPM 2025 Akademi Darul Ilmi
03 Apr

Tahniah! Keputusan Cemerlang SPM 2025 Akademi Darul Ilmi

Alhamdulillah, Syabas Pelajar Akademi Darul Ilmi! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Akademi Darul Ilmi atas pencapaian yang sungguh membanggakan

Kaifiat Solat Sunat Istisqa’ (Solat Minta Hujan)
29 Mar

Kaifiat Solat Sunat Istisqa’ (Solat Minta Hujan)

Solat Sunat Istisqa’ merupakan solat yang dilakukan khusus untuk memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan ketika berlakunya musim kemarau

Kelebihan Puasa 6 Syawal: Rebut Pahala Setahun!
29 Mar

Kelebihan Puasa 6 Syawal: Rebut Pahala Setahun!

Pendahuluan Selepas sebulan kita berjuang di bulan Ramadan, Allah ﷻ menawarkan satu lagi peluang keemasan melalui puasa sunat enam hari

Kelebihan Puasa 6 Syawal: Ganjaran Pahala Seperti Berpuasa Setahun
26 Mar

Kelebihan Puasa 6 Syawal: Ganjaran Pahala Seperti Berpuasa Setahun

Selepas sebulan kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, kedatangan bulan Syawal bukan sahaja disambut dengan kemenangan menyambut Aidilfitri, malah

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026: Ucapan Tulus Akademi Darul Ilmi
21 Mar

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026: Ucapan Tulus Akademi Darul Ilmi

Gema takbir kini mula kedengaran. Hal ini menandakan Ramadan telah pun berlalu. Oleh itu, kini tiba masanya untuk kita meraikan hari

Kaifiat Solat Sunat Aidilfitri: Panduan Lengkap, Niat & Tata Cara
20 Mar

Kaifiat Solat Sunat Aidilfitri: Panduan Lengkap, Niat & Tata Cara

Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Salah satu ibadah yang

FOLLOW & SUBSCRIBE