PENGAJIAN
Kurikulum Akademi Darul Ilmi disusun sendiri oleh Pengasas Akademi, Al Fadhil Ustaz Mohamad Wadi Annuar Bin Ayub yang dibentuk berasaskan al-Quran, Hadis dan pelbagai cabang ilmu Islam.
VISI & MISI
Akademi Darul Ilmi komited untuk menggapai Visi dan Misi yang telah digariskan agar dapat memperkasa syiar Islam di rantau ini dengan sokongan semua dan izin Allah subhanahu wa ta’ala.
PENCAPAIAN
54 daripada 78 orang pelajar telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran beserta Syahadah khas ADI. Para pelajar telah selesai menghafaz 1,500 matan hadis-hadis utama.
PENGIKTIRAFAN
Akademi Darul Ilmi telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah mengikut Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama.
- Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar
- 𝐓𝐚𝐦𝐫𝐢𝐧 𝐃𝐮𝐚’𝐭: 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐉𝐚𝐭𝐢 𝐃𝐢𝐫𝐢 & 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐭𝐮𝐣𝐮 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧
- KEJAYAAN BERGANDA: Pelajar Akademi Darul Ilmi Mengungguli Festival Tahfiz Al-Bahiyyah (FESTAB 2.0)
- Mukhayyam Perdana 2025: Membentuk Jati Diri dan Kepimpinan Pelajar di Sedim Warisan Desa
- Warga Legasi UWA Perkasa Konsep Ibadah dalam Kerjaya
Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar
𝐓𝐚𝐦𝐫𝐢𝐧 𝐃𝐮𝐚’𝐭: 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐉𝐚𝐭𝐢 𝐃𝐢𝐫𝐢 & 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐭𝐮𝐣𝐮 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧
Mukhayyam Perdana 2025: Membentuk Jati Diri dan Kepimpinan Pelajar di Sedim Warisan Desa
𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝟏𝟎𝟎 𝐊𝐚𝐥𝐢 𝐈𝐬𝐭𝐢𝐠𝐡𝐟𝐚𝐫: 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐥𝐚𝐝𝐚𝐧𝐢 𝐓𝐚𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 ﷺ
"Ke Arah Melahirkan Ilmuan Islam Berprestasi Tinggi"
"Akademi Darul Ilmi
membiayai sepenuhnya kos pengajian pelajar sepanjang 12 tahun."
Akademi Darul Ilmi (ADI) merupakan sebuah institusi pendidikan dan kebajikan yang diasaskan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Wadi Annuar bin Ayub pada 26 Oktober 2018. ADI dengan nombor pendaftaran 1301161-U merupakan sebuah institusi yang telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan (Company Limited By Guarantee) di bawah Akta Syarikat 2016.
Institusi pendidikan ini telah membuat pengambilan sulung pada tahun 2019 seramai 30 orang pelajar dari seluruh Malaysia. Kurikulum ADI telah disusun sendiri oleh pengasas yang dibentuk berasaskan al-Quran, Hadis dan pelbagai cabang ilmu Islam.
ADI berhasrat untuk melahirkan para ilmuan Islam berprestasi tinggi yang holistik serta mahir dalam perbahasan ilmu-ilmu agama Islam serta mampu membimbing masyarakat sesuai dengan iklim dakwah semasa.
BELUM BAYAR CUKAI?
TONTON VIDEO INI SAMPAI HABIS
Akademi Darul Ilmi dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa kelulusan pengecualian cukai LHDN telah diperoleh di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Oleh itu, sumbangan yang disalurkan kepada Akademi Darul Ilmi kini layak untuk pengecualian cukai LHDN dengan nombor rujukan:
LHDN.01/35/42/51/179-6.8891, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2028.
