PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU SESI 2027 TELAH DITUTUP
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan pelajar baharu Akademi Darul Ilmi bagi Sesi 2027 telah ditutup.
Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa serta penjaga yang telah memberikan kepercayaan dan mengemukakan permohonan.
Keputusan kelayakan untuk panggilan temuduga secara dalam talian boleh disemak melalui sistem bermula pada:
🗓️ Sabtu, 1 Ogos 2026
🕗 8.00 malam
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan. Terima kasih. Akademi Darul Ilmi