PENGAJIAN
Kurikulum Akademi Darul Ilmi disusun sendiri oleh Pengasas Akademi, Al Fadhil Ustaz Mohamad Wadi Annuar Bin Ayub yang dibentuk berasaskan al-Quran, Hadis dan pelbagai cabang ilmu Islam.
VISI & MISI
Akademi Darul Ilmi komited untuk menggapai Visi dan Misi yang telah digariskan agar dapat memperkasa syiar Islam di rantau ini dengan sokongan semua dan izin Allah subhanahu wa ta’ala.
PENCAPAIAN
58 daripada 78 orang pelajar telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran beserta Syahadah khas ADI. Para pelajar telah selesai menghafaz 1,500 matan hadis-hadis utama.
PENGIKTIRAFAN
Akademi Darul Ilmi telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah mengikut Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama.
𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐈𝐋𝐌𝐈 (𝐀𝐃𝐈) 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀
- Program 1 Rumah 1 Hafiz Berjaya Himpunkan 70 Peserta di Masjid Abdullah Fahim SPU
- Gambar Kenangan Bersama UWA | Kuliah Duha UWA 27 Jun 2026 Dihadiri 13 Bas Rombongan
- Darul Quran JAKIM Lawat Akademi Darul Ilmi (ADI) Sungai Petani Demi Perluaskan Program SPHB ke Seluruh Negara
- 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍
- Tahniah Hafiz ke-55 Akademi Darul Ilmi – Amin Al Hadi Tamat Hafazan 30 Juzuk
Program 1 Rumah 1 Hafiz Berjaya Himpunkan 70 Peserta di Masjid Abdullah Fahim SPU
Gambar Kenangan Bersama UWA | Kuliah Duha UWA 27 Jun 2026 Dihadiri 13 Bas Rombongan
Tahniah Hafiz ke-55 Akademi Darul Ilmi – Amin Al Hadi Tamat Hafazan 30 Juzuk
"Ke Arah Melahirkan Ilmuan Islam Berprestasi Tinggi"
"Akademi Darul Ilmi
membiayai sepenuhnya kos pengajian pelajar sepanjang 12 tahun."
Akademi Darul Ilmi (ADI) merupakan sebuah institusi pendidikan dan kebajikan yang diasaskan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Wadi Annuar bin Ayub pada 26 Oktober 2018. ADI dengan nombor pendaftaran 1301161-U merupakan sebuah institusi yang telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan (Company Limited By Guarantee) di bawah Akta Syarikat 2016.
Institusi pendidikan ini telah membuat pengambilan sulung pada tahun 2019 seramai 30 orang pelajar dari seluruh Malaysia. Kurikulum ADI telah disusun sendiri oleh pengasas yang dibentuk berasaskan al-Quran, Hadis dan pelbagai cabang ilmu Islam.
ADI berhasrat untuk melahirkan para ilmuan Islam berprestasi tinggi yang holistik serta mahir dalam perbahasan ilmu-ilmu agama Islam serta mampu membimbing masyarakat sesuai dengan iklim dakwah semasa.
BELUM BAYAR CUKAI?
TONTON VIDEO INI SAMPAI HABIS
Akademi Darul Ilmi dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa kelulusan pengecualian cukai LHDN telah diperoleh di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Oleh itu, sumbangan yang disalurkan kepada Akademi Darul Ilmi kini layak untuk pengecualian cukai LHDN dengan nombor rujukan:
LHDN.01/35/42/51/179-6.8891, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2028.
