SEJARAH PEMBANGUNAN
AKADEMI DARUL ILMI

Akademi Darul Ilmi terletak di Kampung Che Bema, Sungai Layar Hujung, Sungai Petani, Kedah. Kerja-kerja pembinaan Akademi Darul Ilmi ini meliputi keluasan tanah 1.8342 hektar yang dibahagikan kepada empat fasa pembangunan. Proses menambun tanah telah mengambil masa selama dua tahun bermula sejak 2015 hingga tahun 2017. Selepas itu, fasa pembangunan kedua telah bermula dan mengambil masa selama dua tahun daripada 2017 hingga 2019. Fasa kedua pembangunan melibatkan pembinaan blok pentadbiran, blok asrama, 4 unit rumah guru, 4 unit rumah pelawat, rumah Pengetua dan sebuah masjid.

 

Pada penghujung tahun 2019, fasa kedua pembinaan telah pun selesai. Oleh itu, para pelajar dan kakitangan mula berpindah ke tapak Akademi Darul Ilmi yang beralamat di Lot 5552, Kampung Che Bema, Sungai Layar Hujung, Sungai Petani, Kedah. Pada bulan November 2019, sesi temuduga pertama selama tiga hari dua malam telah diadakan bagi pelajar kemasukan Tahun 2019. Seramai 30 orang pelajar telah berjaya dalam sesi temuduga tersebut yang telah dihadiri lebih daripada 200 orang calon.

 

Dikelilingi hutan paya bakau dan tanaman padi yang menghijau membuatkan ekosistem Akademi Darul Ilmi yang begitu nyaman. Seperti yang telah dirancang, Dewan Serbaguna, Gabion Wall, Blok Asrama B dan Blok Kelas Pengajian telah berjaya dibangunkan dalam Fasa Pembinaan ketiga pada tahun 2019 hingga awal 2021.

 

Meskipun banyak halangan dan cabaran disebabkan oleh penularan wabak Covid-19, namun hasrat untuk mendirikan dua blok bangunan dua tingkat diteruskan pada tahun 2020 dengan mematuhi langkah-langkah pencegahan seperti yang ditetapkan oleh kerajaan. Blok bangunan kelas pengajian dan asrama akan disiapkan pada suku pertama tahun 2021. Kemudian, Akademi Darul Ilmi akan meneruskan gerak kerja dan proses untuk membuka tender bagi fasa pembinaan keempat yang merangkumi infrastruktur yang meliputi landskap dan menurap jalan di seluruh Kawasan Akademi Darul Ilmi.

Kenapa Akademi Darul Ilmi Ditubuhkan?

Fasa Pembangunan Akademi Darul Ilmi

2015-2017
PROSES MENAMBUN TANAH

Kerja-kerja pembinaan Akademi Darul Ilmi ini meliputi keluasan tanah 1.8342 hektar yang dibahagikan kepada empat fasa pembangunan. Proses menambun tanah telah mengambil masa selama dua tahun bermula sejak 2015 hingga tahun 2017.

2015-2017
2017-2019
FASA KEDUA

Fasa pembangunan kedua telah bermula dan mengambil masa selama dua tahun daripada 2017 hingga 2019. Fasa kedua pembangunan melibatkan pembinaan blok pentadbiran, blok asrama, 4 unit rumah guru, 4 unit rumah pelawat, rumah Pengetua dan sebuah masjid.

2017-2019
2019-2021
FASA KETIGA

Seperti yang telah dirancang, Dewan Serbaguna, Gabion Wall, Blok Asrama B dan Blok Kelas Pengajian telah berjaya dibangunkan dalam Fasa Pembinaan ketiga pada tahun 2019 hingga awal 2021.

2019-2021
2021-2023
FASA KEEMPAT

Blok bangunan kelas pengajian dan asrama akan disiapkan pada suku pertama tahun 2021. Kemudian, Akademi Darul Ilmi akan meneruskan gerak kerja dan proses untuk membuka tender bagi fasa pembinaan keempat yang merangkumi infrastruktur yang meliputi landskap dan menurap jalan di seluruh Kawasan Akademi Darul Ilmi.

2021-2023