MENGENAI AKADEMI DARUL ILMI

Akademi Darul Ilmi (ADI) atau nama dahulunya Akademi Alhabibul Mustafa adalah sebuah institusi pendidikan dan kebajikan yang telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016, bahawa syarikat ini adalah syarikat berhad menurut jaminan menjadikan ADI sebuah entiti yang bukan berasaskan keuntungan sebaliknya mengikut perlembagaan ADI dalam menjalankan kegiatan-kegiatan kebajikan khususnya membangunkan pendidikan dan pembelajaran agama Islam.

 

Selari dengan keperluan masyarakat di Malaysia yang memerlukan sekumpulan Ilmuan Islam yang pakar dengan akar dan perbahasan asal pengajian-pengajian Islam dari awal hingga akhir, serta mampu memberikan pencerahan kepada segenap masyarakat, maka Akademi Darul Ilmi ditubuhkan bagi melahirkan Ilmuan Islam berprestasi tinggi agar dapat mengimbangi cabaran di fasa-fasa akhir zaman ini.

 

Untuk tujuan itu, institusi ini menawarkan satu sistem khas yang dibentuk berasaskan al-Quran, Hadis dan cabang-cabang ilmu Islam; menggabungkan Pengajian Hafazan al-Quran, Hafazan Matan Hadis, Tafaqquh Fiddin serta Pengajian Akademik mengikut sistem pendidikan Arus Perdana Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Akademi Darul Ilmi komited untuk menggapai Visi dan Misi yang telah digariskan agar dapat memperkasa syiar Islam di rantau ini dengan sokongan semua dan izin Allah subhanahu wa ta’ala.

Visi

Menghasilkan para daie yang professional dari segi tatacara kerja, berperibadi mulia, peduli ummah, pakar dalam disiplin ilmu Syariah.

Misi

Menyedikan prasarana pendidikan dan iklim pembelajaran yang kondusif berasaskan al-Quran, Hadis Nabi S.A.W. dan 30 cabang ilmu Islam

Objektif

1. Melahirkan generasi yang hafiz dengan ingatan 30 juzuk secara konsisten.
2. Melahirkan pendakwah yang menghafaz 1 ribu Hadis Ahkam, Hadis Aqaid dan Hadis Akhlak.
3. Untuk melahirkan ilmuan Islam berprestasi tinggi dengan program tafaqquh selama 8 tahun dengan mendalami prinsip Ilmu Islam.

Motto

“Ke Arah Melahirkan Ilmuan Islam Berprestasi Tinggi”