Tahniah Hafiz ke-55 Akademi Darul Ilmi – Amin Al Hadi Tamat Hafazan 30 Juzuk

Alhamdulillah, seluruh warga Akademi Darul Ilmi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Amin Al Hadi bin Mohd Nazri yang baru sahaja berjaya menamatkan hafazan Al-Quran pada 30 April 2026.

 

Amin Al Hadi merupakan pelajar ke-2 bagi batch 2025 yang telah BERJAYA menamatkan hafazan 30 juzuk dalam tempoh 1 tahun 4 bulan. Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan dan menjadi inspirasi kepada semua pelajar lain.

 

Dengan kejayaan ini, jumlah keseluruhan Huffaz Akademi Darul Ilmi kini seramai 55 orang sejak awal penubuhan institusi ini. Ini membuktikan komitmen berterusan akademi dalam melahirkan generasi Al-Quran yang cemerlang.

 

InsyaAllah, kita semua mendoakan agar Amin Al Hadi bin Mohd Nazri terus diberikan kekuatan untuk memelihara hafazan 30 juzuk Al-Quran hingga ke akhir hayat, sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

 

Semoga usaha ini mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah SWT.

 

#akademidarulilmi
#ustazwadiannuar

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Tahniah Hafiz ke-55 Akademi Darul Ilmi – Amin Al Hadi Tamat Hafazan 30 Juzuk
04 May

Tahniah Hafiz ke-55 Akademi Darul Ilmi – Amin Al Hadi Tamat Hafazan 30 Juzuk

Alhamdulillah, seluruh warga Akademi Darul Ilmi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Amin Al Hadi bin Mohd Nazri yang

Berkata Baik Atau Diam: Adab Menjaga Lisan Dalam Islam
29 Apr

Berkata Baik Atau Diam: Adab Menjaga Lisan Dalam Islam

Dalam kehidupan seharian, lidah adalah nikmat besar daripada Allah, namun pada masa yang sama ia boleh menjadi sebab keselamatan atau

Bukit yang Menjadi Saksi: Kisah di Lembah Uhud
07 Apr

Bukit yang Menjadi Saksi: Kisah di Lembah Uhud

Pagi itu, matahari di pinggiran Madinah terasa lebih terik daripada kebiasaannya. Di kaki Gunung Uhud, debu berterbangan menyambut kedatangan 3,000

TAHNIAH! MUHAMMAD HAMZAH BIN MOHD SHAKIR: HAFIZ KE-54 AKADEMI DARUL ILMI
07 Apr

TAHNIAH! MUHAMMAD HAMZAH BIN MOHD SHAKIR: HAFIZ KE-54 AKADEMI DARUL ILMI

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah. Seluruh warga Akademi Darul Ilmi dengan penuh rasa syukur dan bangga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

Tahniah! Keputusan Cemerlang SPM 2025 Akademi Darul Ilmi
03 Apr

Tahniah! Keputusan Cemerlang SPM 2025 Akademi Darul Ilmi

Alhamdulillah, Syabas Pelajar Akademi Darul Ilmi! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Akademi Darul Ilmi atas pencapaian yang sungguh membanggakan

FOLLOW & SUBSCRIBE