Selawat Kepada Nabi ﷺ Selepas Dari Azan

Apabila azan dilaungkan, kita sebagai umat Islam dianjurkan untuk meninggalkan segala aktiviti yang sedang dilakukan dan menjawab azan sebagai tanda penghormatan.

 

Daripada Abi Sa’id al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda:

 

إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ، فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ المُؤَذِّن

 

Maksudnya: “Apabila kalian mendengar azan, maka ucapkanlah seperti yang diucapkan oleh muazzin.” [Riwayat al-Bukhari (576)]

 

Berkenaan persoalan di atas, terdapat dalil syarak dari hadis Nabi SAW yang menuntut kita untuk berselawat ke atas baginda setelah azan selesai dilaungkan. Hadis tersebut menyebut:

 

Daripada Abdillah bin ‘Amr bin ‘Asr RA, sesungguhnya beliau mendengar Nabi SAW bersabda:

 

إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ، فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ، فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا، ثُمَّ سَلُوا اللهَ لِيَ الْوَسِيلَةَ، فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ، لَا تَنْبَغِي إِلَّا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللهِ، وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ، فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ

 

Maksudnya: “Apabila kamu mendengar muazzin, ucapkanlah seperti yang diucapkan oleh muazzin. Kemudian berselawatlah ke atasku, kerana barangsiapa yang berselawat kepadaku dengan satu selawat, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali. Selepas itu, mohonlah kepada Allah untukku wasilah, iaitu satu kedudukan di dalam Syurga yang tidak layak bagi sesiapa kecuali seorang daripada hamba-hamba Allah, dan aku berharap akulah orang tersebut. Maka barangsiapa yang memohonkan untukku wasilah, dia berhak mendapat syafaat.” [Riwayat Muslim (384)]

 

Menurut Imam al-Nawawi, hadis ini menunjukkan sunat untuk berselawat ke atas Nabi SAW selepas menjawab azan. Disunatkan juga untuk berdoa atau memohon wasilah bagi Nabi SAW. Selain itu, disunatkan juga untuk menjawab setiap perkataan muazzin sebaik sahaja ia diucapkan tanpa menunggu lama. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 87/4]

 

Penutup

 

Kesimpulannya, berselawat kepada Nabi SAW adalah satu tuntutan yang sunat sebagaimana dinyatakan oleh Imam al-Nawawi di atas. Semoga penjelasan ini memberi kefahaman agar kita dapat mengamalkannya dalam kehidupan harian, yang seterusnya melayakkan kita menerima syafaat Nabi SAW di hari Akhirat kelak. Amin.

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍
06 May

𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍

Ramai manusia hari ini bekerja dengan penuh kesungguhan demi mencari rezeki yang halal. Namun dalam usaha mencari pendapatan, ada yang

Tahniah Hafiz ke-55 Akademi Darul Ilmi – Amin Al Hadi Tamat Hafazan 30 Juzuk
04 May

Tahniah Hafiz ke-55 Akademi Darul Ilmi – Amin Al Hadi Tamat Hafazan 30 Juzuk

Alhamdulillah, seluruh warga Akademi Darul Ilmi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Amin Al Hadi bin Mohd Nazri yang

Berkata Baik Atau Diam: Adab Menjaga Lisan Dalam Islam
29 Apr

Berkata Baik Atau Diam: Adab Menjaga Lisan Dalam Islam

Dalam kehidupan seharian, lidah adalah nikmat besar daripada Allah, namun pada masa yang sama ia boleh menjadi sebab keselamatan atau

Bukit yang Menjadi Saksi: Kisah di Lembah Uhud
07 Apr

Bukit yang Menjadi Saksi: Kisah di Lembah Uhud

Pagi itu, matahari di pinggiran Madinah terasa lebih terik daripada kebiasaannya. Di kaki Gunung Uhud, debu berterbangan menyambut kedatangan 3,000

TAHNIAH! MUHAMMAD HAMZAH BIN MOHD SHAKIR: HAFIZ KE-54 AKADEMI DARUL ILMI
07 Apr

TAHNIAH! MUHAMMAD HAMZAH BIN MOHD SHAKIR: HAFIZ KE-54 AKADEMI DARUL ILMI

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah. Seluruh warga Akademi Darul Ilmi dengan penuh rasa syukur dan bangga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

FOLLOW & SUBSCRIBE