Kerana Mu, Kami Berjaya-Selamat Hari guru

29 Mei 2025 | Khamis
Dewan al-Quran, Akademi Darul Ilmi (ADI)

 

Majlis Sambutan Hari Guru 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna pada 29 Mei 2025 bertempat di Dewan al-Quran, Akademi Darul Ilmi (ADI). Majlis ini bertujuan meraikan jasa dan pengorbanan para guru yang menjadi tunjang utama dalam mendidik serta membentuk generasi yang berilmu dan berakhlak.

 

Bertemakan “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan”, majlis kali ini turut menyuntik kesedaran akan peranan besar warga pendidik dalam mendepani cabaran pendidikan masa kini serta memacu perubahan ke arah kecemerlangan berteraskan nilai dan integriti.

 

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada para murabbi dan seluruh warga kerja ADI atas segala sumbangan dan dedikasi dalam mendidik, membimbing dan membentuk sahsiah pelajar ke arah kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Semoga usaha murni ini terus diberkati Allah dan menjadi amal jariah yang berkekalan hingga ke akhirat.

 

Tidak dilupakan juga, setulus penghargaan ditujukan kepada para waris serta para penginfak yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan sumbangan demi kelangsungan serta kecemerlangan pendidikan di ADI.

 

Majlis ini turut diserikan dengan pelbagai persembahan pelajar, tayangan montaj penghargaan, penyampaian anugerah khas buat warga pendidik, serta jamuan kasih tanda penghormatan kepada insan bergelar guru.

 

Terima kasih, cikgu. Jasamu dikenang, bakti mu dikenali.

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍
06 May

𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍

Ramai manusia hari ini bekerja dengan penuh kesungguhan demi mencari rezeki yang halal. Namun dalam usaha mencari pendapatan, ada yang

Tahniah Hafiz ke-55 Akademi Darul Ilmi – Amin Al Hadi Tamat Hafazan 30 Juzuk
04 May

Tahniah Hafiz ke-55 Akademi Darul Ilmi – Amin Al Hadi Tamat Hafazan 30 Juzuk

Alhamdulillah, seluruh warga Akademi Darul Ilmi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Amin Al Hadi bin Mohd Nazri yang

Berkata Baik Atau Diam: Adab Menjaga Lisan Dalam Islam
29 Apr

Berkata Baik Atau Diam: Adab Menjaga Lisan Dalam Islam

Dalam kehidupan seharian, lidah adalah nikmat besar daripada Allah, namun pada masa yang sama ia boleh menjadi sebab keselamatan atau

Bukit yang Menjadi Saksi: Kisah di Lembah Uhud
07 Apr

Bukit yang Menjadi Saksi: Kisah di Lembah Uhud

Pagi itu, matahari di pinggiran Madinah terasa lebih terik daripada kebiasaannya. Di kaki Gunung Uhud, debu berterbangan menyambut kedatangan 3,000

TAHNIAH! MUHAMMAD HAMZAH BIN MOHD SHAKIR: HAFIZ KE-54 AKADEMI DARUL ILMI
07 Apr

TAHNIAH! MUHAMMAD HAMZAH BIN MOHD SHAKIR: HAFIZ KE-54 AKADEMI DARUL ILMI

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah. Seluruh warga Akademi Darul Ilmi dengan penuh rasa syukur dan bangga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

FOLLOW & SUBSCRIBE