Cemerlang STAM & STM, Pelajar Akademi Darul Ilmi Diiktiraf Peringkat Negeri Kedah 2025

ALOR SETAR, 3 Julai 2025 โ€“ Empat orang pelajar cemerlang dari Akademi Darul Ilmi (ADI) telah diberi penghormatan menerima Anugerah Kecemerlangan daripada Kerajaan Negeri Kedah dalam Majlis Sanjungan Ilmu Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025, yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Wisma Darul Aman.

 

Majlis yang penuh berprestij itu telah disempurnakan oleh YAB Datoโ€™ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah, sebagai tanda penghargaan kepada pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam pelbagai peringkat peperiksaan termasuk STPM, STAM, SPM, dan pengajian tahfiz.

 

Empat pelajar dari Akademi Darul Ilmi telah berjaya meraih keputusan Mumtaz Sofi dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Mumtaz dalam Sijil Tahfiz Malaysia (STM). Pencapaian ini sekaligus membuktikan keunggulan pendekatan pendidikan yang diterapkan oleh ADI dalam melahirkan ilmuan Islam berprestasi tinggi, bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah unggul dalam aspek sahsiah dan kepimpinan.

 

Menurut pihak pengurusan ADI, kejayaan ini adalah hasil kesungguhan pelajar, tunjuk ajar para pendidik yang berdedikasi serta sokongan padu ibu bapa dan komuniti. Mereka turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas inisiatif menghargai pencapaian para pelajar melalui penganjuran majlis sebegini.

 

Pengiktirafan ini sekali gus mengukuhkan peranan ADI sebagai institusi yang konsisten dalam melahirkan ilmuan Islam berprestasi tinggi, berteraskan ilmu, akhlak dan kepimpinan.

 

Pihak ADI turut merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada YB Datoโ€™ Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah di atas usaha murni dalam menganjurkan program sebagai langkah signifikan dalam memartabatkan institusi pendidikan agama di negeri Kedah.

 

#topfansโ€จ#followerโ€จ#akademidarulilmiโ€จ๐Ÿ“ Melahirkan Ilmuan Islam Berprestasi Tinggi

 

 

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
๐€๐Œ๐€๐๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐€๐
06 May

๐€๐Œ๐€๐๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐€๐

Ramai manusia hari ini bekerja dengan penuh kesungguhan demi mencari rezeki yang halal. Namun dalam usaha mencari pendapatan, ada yang

Tahniah Hafiz ke-55 Akademi Darul Ilmi โ€“ Amin Al Hadi Tamat Hafazan 30 Juzuk
04 May

Tahniah Hafiz ke-55 Akademi Darul Ilmi โ€“ Amin Al Hadi Tamat Hafazan 30 Juzuk

Alhamdulillah, seluruh warga Akademi Darul Ilmi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Amin Al Hadi bin Mohd Nazri yang

Berkata Baik Atau Diam: Adab Menjaga Lisan Dalam Islam
29 Apr

Berkata Baik Atau Diam: Adab Menjaga Lisan Dalam Islam

Dalam kehidupan seharian, lidah adalah nikmat besar daripada Allah, namun pada masa yang sama ia boleh menjadi sebab keselamatan atau

Bukit yang Menjadi Saksi: Kisah di Lembah Uhud
07 Apr

Bukit yang Menjadi Saksi: Kisah di Lembah Uhud

Pagi itu, matahari di pinggiran Madinah terasa lebih terik daripada kebiasaannya. Di kaki Gunung Uhud, debu berterbangan menyambut kedatangan 3,000

TAHNIAH! MUHAMMAD HAMZAH BIN MOHD SHAKIR: HAFIZ KE-54 AKADEMI DARUL ILMI
07 Apr

TAHNIAH! MUHAMMAD HAMZAH BIN MOHD SHAKIR: HAFIZ KE-54 AKADEMI DARUL ILMI

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah. Seluruh warga Akademi Darul Ilmi dengan penuh rasa syukur dan bangga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

FOLLOW & SUBSCRIBE