“Pemergian Tuan Guru Haji Awang Lanai: Meninggalkan Jejak yang Mendalam di Hati Kita”

Telah kembali ke rahmatullah Tuan Guru Haji Awang Lanai sebentar tadi. Semoga ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.

 

Al-Fatihah

 

Nama sebenarnya ialah Tuan Guru Haji Abdul Wahab bin Hassan dan dilahirkan di Kampung Tupai, Sik, Kedah. Bapa beliau bernama Haji Hassan bin Saman, manakala ibunya bernama Hajjah Siti Halimah binti Mat Thoha, berasal dari Yala, selatan Thailand.

 

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu Kampong Tupai sehingga tamat sekolah rendah. Selepas itu bermulalah perjalanannya dalam menuntut ilmu agama dari pondok ke pondok.

 

Antara gurunya ialah :

 

1. Tuan Guru Haji Abdul Halim bin Yaakob – Pondok Batu 8
2. Tuan Guru Haji Abdullah Tahir – Pondok Bunut Payong
3. Tuan Guru Haji Mutholib bin Haji Puteh – Pondok Penanti
4. Tuan Guru Haji Omar Zuhdi – Pondok Lanai

 

Beliau menuntut ilmu dengan Tuan Guru Haji Omar Zuhdi selama 35 tahun bermula dari tahun 1959 hingga Tuan Guru Omar Zuhdi wafat pada tahun 1994. Oleh kerana itulah , beliau merupakan antara murid kanan pada allahyarham gurunya dan di antara murid terawal menuntut ilmu di Pondok Lanai, Baling.

 

Antara sahabat seperguruan beliau ialah :

 

1. Tuan Guru Haji Jusoh Tobiar
2. Tuan Guru Haji Bakar bin Ibrahim
3. Tuan Guru Haji Taib Azzamuddin bin Mohd Taib

 

Tuan guru juga bertarekat Ahmadiah yang diambil sanadnya dari Tuan Guru Omar Zuhdi sendiri. Beliau telah membuka pondoknya sendiri di Parit Panjang pada tahun 1988 dan memberi nama Madrasah Tahzib al-Nufus. Hari ini tanggal 10 Ogos 204 beliau kembali ke rahmatullah pada jam 3.05 petang tadi di rumahnya.

 

Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya dan mengangkat ke darjat yang tinggi bersama para Anbiyaโ€™, para syuhada dan para solihin. Aamiin

 

Sumber biografi: Fb Tengku Yusuff

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Bukit yang Menjadi Saksi: Kisah di Lembah Uhud
07 Apr

Bukit yang Menjadi Saksi: Kisah di Lembah Uhud

Pagi itu, matahari di pinggiran Madinah terasa lebih terik daripada kebiasaannya. Di kaki Gunung Uhud, debu berterbangan menyambut kedatangan 3,000

TAHNIAH! MUHAMMAD HAMZAH BIN MOHD SHAKIR: HAFIZ KE-54 AKADEMI DARUL ILMI
07 Apr

TAHNIAH! MUHAMMAD HAMZAH BIN MOHD SHAKIR: HAFIZ KE-54 AKADEMI DARUL ILMI

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah. Seluruh warga Akademi Darul Ilmi dengan penuh rasa syukur dan bangga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

Tahniah! Keputusan Cemerlang SPM 2025 Akademi Darul Ilmi
03 Apr

Tahniah! Keputusan Cemerlang SPM 2025 Akademi Darul Ilmi

Alhamdulillah, Syabas Pelajar Akademi Darul Ilmi! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Akademi Darul Ilmi atas pencapaian yang sungguh membanggakan

Kaifiat Solat Sunat Istisqa’ (Solat Minta Hujan)
29 Mar

Kaifiat Solat Sunat Istisqa’ (Solat Minta Hujan)

Solat Sunat Istisqaโ€™ merupakan solat yang dilakukan khusus untuk memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan ketika berlakunya musim kemarau

Kelebihan Puasa 6 Syawal: Rebut Pahala Setahun!
29 Mar

Kelebihan Puasa 6 Syawal: Rebut Pahala Setahun!

Pendahuluan Selepas sebulan kita berjuang di bulan Ramadan, Allah ๏ทป menawarkan satu lagi peluang keemasan melalui puasa sunat enam hari

FOLLOW & SUBSCRIBE