Gabung Niat Puasa Qada Ramadan dan Puasa 6 Syawal

Para fuqaha dalam Mazhab Syafie memiliki perbezaan pendapat mengenai isu penggabungan niat diantara puasa qada Ramadan dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal.

 

Syeikhul Islam Zakaria al-Ansari Rahimahullahu Taala menjelaskan: “Apabila seseorang berpuasa pada bulan Syawal untuk qada puasa Ramadan atau puasa lain seperti puasa nazar atau puasa sunat, maka dia akan mendapat pahala sunat. Namun, dia tidak akan mendapatkan pahala yang sempurna seperti yang diharapkan, kecuali jika dia memisahkan niat puasa khusus untuk enam hari dalam bulan Syawal sahaja. Ini terutamanya bagi mereka yang telah terlepas puasa Ramadan tanpa uzur.” (Rujuk Kitab Syarqawi ‘ala al-Tahrir)

 

Imam Ramli Rahimahullahu Taala juga pernah ditanya tentang sama ada qada puasa Ramadan dan pahala puasa 6 hari di bulan Syawal dapat tercapai dengan penggabungan niat. Dia menjawab: “Qada puasa Ramadan akan tetap sah walaupun digabungkan niatnya dengan puasa yang lain, dan pahala puasa enam hari pada bulan Syawal juga akan diperolehi. Masalah ini telah dibahas oleh ramai ulama terkemudian.” (Rujuk Fatawa Imam Ramli, 2/339)

 

Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullahu Taala menyatakan bahwa jika seseorang berniat untuk melakukan puasa sunat dan puasa wajib sekaligus, maka ia akan mendapatkan ganjaran untuk kedua-duanya. Namun, jika dia hanya berniat salah satunya, maka tuntutan puasa yang satu lagi gugur dan ia tidak mendapat ganjarannya. (Rujuk Kitab Al-Fatwa Al-Kubra, 2/75)

 

Sebahagian ulama menyatakan bahawa sah untuk melakukan qada puasa Ramadan bersama puasa sunat enam Syawal, dan pahalanya akan tetap diterima. Ini boleh diqiyaskan dengan situasi seseorang yang masuk ke masjid dan melakukan solat dua rakaat – sama ada solat fardu atau solat sunat – yang juga akan dikira sebagai pahala solat sunat Tahiyyatul Masjid kerana dilaksanakan sebelum duduk.

 

Imam Sulaiman al-Bujairimi Rahimahullahu Taala menyatakan: “Pahala solat sunat Tahiyyatul Masjid akan diperoleh dengan melaksanakan solat fardu atau sunat yang lain, baik diniatkan atau tidak. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.” (Rujuk Kitab Hasyiah al-Bujairimi 1/280)

 

Begitu juga, Syeikhul Islam Zakaria Al-Ansori Rahimahullahu Taala berpendapat bahawa pahala solat sunat akan tetap diperoleh walaupun dilaksanakan bersama solat fardu atau solat sunat yang lain, baik diniatkan atau tidak, yang turut disokong oleh hadis yang sama. (Rujuk Kitab Fathul Wahab Syarah Manhajul Tullab 1/67)

 

Imam ar-Ramli Rahimahullahu Taala menyatakan: “Sekiranya seseorang berpuasa pada bulan Syawal, sama ada puasa qada, nazar atau puasa lain, dia akan memperoleh pahala puasa sunat tersebut, seperti yang dinyatakan oleh para ulama lain, walaupun pahala yang diterima tidaklah sempurna.” (Rujuk kitab Nihayah al-Muhtaaj, 3/208-209)

 

Imam as-Suyuti Rahimahullahu Taala berpendapat bahwa jika seseorang menggabungkan niat puasa sunat pada hari tertentu dengan puasa qada atau nazar, kedua-duanya tetap sah dan mendapatkan ganjaran. (Rujuk kitab Ashbah Wan Nazoir, hlm. 61)

 

Dalam Syarah al-Tanbih, Imam as-Suyuti menjelaskan bahawa jika seseorang berniat puasa sunat bersama puasa qadha atau nazar, keduanya akan diterima, meskipun terdapat pandangan yang menyatakan sebaliknya. Walau bagaimanapun, yang penting adalah pahala puasa sunat enam Syawal apabila digabungkan dengan puasa fardhu hanya akan memberikan ganjaran sunat, bukan pahala yang sempurna.

 

Kesimpulan

 

Kesimpulannya, pandangan yang muktamad menyatakan bahawa adalah lebih afdhal untuk melakukan puasa qadha secara terpisah daripada puasa enam hari di bulan Syawal. Namun, menggabungkan niat puasa qada dengan puasa enam tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya menurut pendapat minoriti. Oleh itu, menyegerakan qada puasa adalah tindakan terpuji yang sangat dituntut, terutamanya bagi mereka yang meninggalkan puasa tanpa keuzuran yang dibenarkan. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang bertakwa.

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Darul Quran JAKIM Lawat Akademi Darul Ilmi (ADI) Sungai Petani Demi Perluaskan Program SPHB ke Seluruh Negara
08 Jun

Darul Quran JAKIM Lawat Akademi Darul Ilmi (ADI) Sungai Petani Demi Perluaskan Program SPHB ke Seluruh Negara

SUNGAI PETANI, 4 Jun 2026 – Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan lawatan tapak ke Akademi Darul

𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍
06 May

𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍

Ramai manusia hari ini bekerja dengan penuh kesungguhan demi mencari rezeki yang halal. Namun dalam usaha mencari pendapatan, ada yang

Tahniah Hafiz ke-55 Akademi Darul Ilmi – Amin Al Hadi Tamat Hafazan 30 Juzuk
04 May

Tahniah Hafiz ke-55 Akademi Darul Ilmi – Amin Al Hadi Tamat Hafazan 30 Juzuk

Alhamdulillah, seluruh warga Akademi Darul Ilmi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Amin Al Hadi bin Mohd Nazri yang

Berkata Baik Atau Diam: Adab Menjaga Lisan Dalam Islam
29 Apr

Berkata Baik Atau Diam: Adab Menjaga Lisan Dalam Islam

Dalam kehidupan seharian, lidah adalah nikmat besar daripada Allah, namun pada masa yang sama ia boleh menjadi sebab keselamatan atau

Bukit yang Menjadi Saksi: Kisah di Lembah Uhud
07 Apr

Bukit yang Menjadi Saksi: Kisah di Lembah Uhud

Pagi itu, matahari di pinggiran Madinah terasa lebih terik daripada kebiasaannya. Di kaki Gunung Uhud, debu berterbangan menyambut kedatangan 3,000

FOLLOW & SUBSCRIBE