𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟳 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗜𝗟𝗠𝗜 (𝗔𝗗𝗜) AKAN DIBUKA

 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia dan izin-Nya, Akademi Darul Ilmi (ADI) kini membuka pengambilan pelajar baharu bagi sesi 2027. (Tarikh tutup 1 Ogos 2026)

 

Selaras dengan visi ADI untuk melahirkan generasi ilmuan yang berilmu, berakhlak dan berprestasi tinggi, kami mempelawa calon-calon yang berpotensi serta cemerlang sahsiah diri untuk menyertai kami.

 

Syarat Kelayakan:

  • Lelaki sahaja
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 11 dan 12 tahun pada tahun 2027
  • Sihat tubuh badan
  • Boleh membaca Al-Quran dengan lancar serta bertajwid
  • Lulus ujian temuduga yang ditetapkan

 

Akademi Darul Ilmi menawarkan suasana pembelajaran yang kondusif, tersusun dan berteraskan Al-Quran serta Hadis Nabi SAW, bagi membentuk generasi Rabbani yang seimbang dunia dan akhirat.

 

Cara Memohon:

 

  1. Isi borang permohonan secara atas talian
    (https://epermohonan-adi.com)

 

Tempat adalah TERHAD. Mohon sekarang sebelum terlambat!