Majlis Khatam & Pengijazahan Kitab AL-MUWATTA’

30 SEPTEMBER : Berlangsungnya Majlis Khatam dan Pengijazahan Kitab al-Muwatta’ karangan Imam Dar al-Hijrah Malik bin Anas RA (179 H) yang bertempat di Masjid Akademi Darul Ilmi

(ADI) bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

 

 

 

Majlis khatam dimulakan dengan pembacaan kitab al-Muwatta’ yang dipimpin oleh Dr Lukmanul Hakim Al-Azhari Al-Indunisi beserta pengijazahan kitab.

 

Majlis diteruskan lagi dengan mendengar kalam tausiah oleh Ustaz Mohamad Nizar bin Ismail Al-Hadrami serta diakhiri dengan alunan qasidah oleh pelajar ADI.

 

Majlis pembacaan kitab al-Muwatta’ ini bermula pada 23 sehingga 30 September 2023 yang berlangsung selama seminggu.

 

 

Objektif penganjuran program ini adalah untuk menerapkan sistem pengajian tradisional dan moden bagi melahirkan Ilmuan Islam yang berprestasi tinggi.

 

Semoga majlis ini dapat memberikan pendedahan awal buat para pelajar dalam mendalami tradisi Ilmuwan hadis terdahulu bagi memelihara keaslian hadis-hadis Rasulullah SAW.

 

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Ahmad Arif Safwan Tamat Hafazan 30 Juzuk dalam Tempoh 1 Tahun 10 Bulan
02 Nov

Ahmad Arif Safwan Tamat Hafazan 30 Juzuk dalam Tempoh 1 Tahun 10 Bulan

SUNGAI PETANI, 2 November 2026 — Alhamdulillah, Ahmad Arif Safwan bin Razman berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran di Akademi

Apabila Allah Menempatkan Kita di Tempat yang Terbaik
28 Oct

Apabila Allah Menempatkan Kita di Tempat yang Terbaik

Dalam kehidupan, kita mungkin berpindah rumah, memulakan pekerjaan baharu atau memasuki suasana yang belum pernah dilalui. Pada saat seperti ini,

𝐒𝐲𝐮𝐤𝐮𝐫 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧
20 Oct

𝐒𝐲𝐮𝐤𝐮𝐫 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧

Pernahkah kita terfikir, mengapa hati masih berasa kekurangan walaupun pelbagai nikmat telah Allah kurniakan? Kita memiliki tempat berteduh, makanan untuk

Doa Memohon Perlindungan Daripada Ujian Berat dan Musibah
07 Oct

Doa Memohon Perlindungan Daripada Ujian Berat dan Musibah

Ada Ujian yang Kita Tak Mampu Hadapi Sendirian Kadang-kadang kita rasa hidup sedang baik-baik sahaja. Kerja berjalan seperti biasa, keluarga

Solat Jangan Tinggal: Pesanan Buat Rider Muslim
23 Sep

Solat Jangan Tinggal: Pesanan Buat Rider Muslim

Ride Jauh, Solat Tetap Dijaga Perjalanan kita mungkin jauh. Ada kalanya beratus-ratus kilometer bersama sahabat. Sebelum ride, kita periksa tayar,

Doa Pagari Anak: Mohon Perlindungan Allah Daripada Gangguan Syaitan
14 Sep

Doa Pagari Anak: Mohon Perlindungan Allah Daripada Gangguan Syaitan

Anak-anak adalah amanah daripada Allah SWT. Sebagai ibu bapa, kita berusaha menjaga makan minum, kesihatan, pendidikan dan keselamatan mereka. Namun,

FOLLOW & SUBSCRIBE