سُبْحَانَ اللهِ وَ بِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ
“Dua kalimat yang ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan, dan disukai Allah Yang Maha Pengasih, iaitu kalimat ‘Subhanallahi Wabihamdihi, Subhanallahil‘azhim’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung).”
(HR Bukhari 7/168 dan Muslim 4/2072)
Setiap manusia pastinya tidak lari daripada melakukan dosa besar mahupun kecil atau kesalahan selama hidupnya. Oleh itu kita sebagai umat Islam dan hambanya haruslah sentiasa memohon keampunan daripada Allah.
Selain berdoa memohon ampun, kita turut digalakkan berzikir dan mengamalkan perkara yang dapat menggugurkan dosa. Bacaan zikir ini juga dapat memperlancarkan rezeki, dimudahkan rezeki dan kekayaan dunia bagi yang rutin membacanya.