10 Kelebihan Mengamalkan Bacaan Surah Al-Mulk Yang Ramai Tidak Tahu

10 Kelebihan Mengamalkan Bacaan Surah Al-Mulk Yang Ramai Tidak Tahu

 

Surah Al-Mulk merupakan satu surah yang boleh melepaskan kita dari azab kubur kerana kelebihan yang terdapat pada surah ini.

 

Namun ramai tidak tahu tentang kelebihan-kelebihan ini dan tidak berusaha untuk membaca ataupun menghafal surah ini.

 

Pengenalan Surah Al-Mulk

 

Surah ini merupakan surah yang ke-67 dalam Al-Quran. Surah ini juga dikenali dengan nama lain iaitu ‘At Tabaarak’ yang bermaksud Maha Suci.

 

Surah ini juga tergolong surah dalam kategori surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat.

 

Surah Al-Mulk juga merupakan surah yang membawa keamanan dan keselamatan kerana ia akan melindungi kita dari seksaan azab kubur sekiranya diamalkan.

 

Surah ini juga patut dibaca setiap hari dengan penuh istiqamah dan harus menjadi amalan setiap umat Islam.

 

10 Kelebihan Mengamalkan Surah Al-Mulk

 

  1. Tidak Merasa Azab Kubur

 

Kelebihan yang pertama adalah pembaca akan terhindar dari azab kubur. Ini boleh dilihat di mana Nabi Muhamman bersabda:

 

“Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

 

  1. Membantu Masuk Syurga

 

Selain dari melindungi pembaca dari terkena seksa azab kubur, surah ini juga akan membantu kita untuk memasuki syurga. Rasulullah bersabda :

“Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam syurga.”

 

  1. Pembaca Akan Dikeluarkan Dari Neraka Dan Dimasukkan Ke Dalam Syurga

 

Ini juga merupakan satu kelebihan yang tidak diketahui oleh ramai umat Islam. Sekiranya kita mengamalkan surah ini, kita akan dimasukkan ke dalam syurga.

 

Rasulullah bersabda:

” Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu adalah surah Al-Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari neraka dan memasukkannya ke dalam syurga.”

 

  1. Mengikuti Sunnah Nabi Muhammad

 

Kita dituntut untuk sentiasa mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah H. Sekiranya kita membaca surah ini sebelum tidur, kita sudah mengikuti sunnah Baginda

 

“Sesungguhnya Rasulullah  tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As-Sajadah dan Surah Al-Mulk”

 

  1. Menjadi Pengganti Semasa Soal Jawab Dengan Malaikat Munkar Nakir

 

Jika kita selalu mengamalkan surah ini pada waktu malam, maka ia akan menjadi pengganti ketika soal jawab oleh Malaikat Munkar dan Nakir.

 

Mengenai perkara ini, Rasulullah bersabda:

 

“Sesiapa membaca surah Al-Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

 

  1. Wajah Akan Dicerahkan Seperti Nabi Yusuf Pada Hari Kiamat

 

Jika kita selalu membaca surah ini dalam kehidupan seharian, maka Allah akan mencerahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf alaihissalam pada hari kiamat.

 

Saidina ‘Ali R.A berkata:

 

“Sesiapa yang mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti Nabi Yusuf.”

 

  1. Mengampunkan Dosa Pembaca

 

Selain dari memberi pahala apabila kita membaca surah ini, Allah S.W.T juga akan mengampunkan segala dosa mereka yang sentiasa mengamalkan membaca sehingga akhir surah.

 

“Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “Al-Mulk”.

 

(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

 

  1. Hati Beriman

 

Rasulullah juga berkata bahawa hati kita akan beriman sekiranya kita mendalami dan membaca surah ini dengan penuh istiqamah.

 

Baginda bersabda:

 

“Hatiku ingin supaya surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.”

 

“Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al-Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

 

  1. Disayangi Dan Dikasihi Oleh Orang Sekeliling

 

Kita juga akan berasa disayangi dan dikasihi oleh orang di sekililing kita jika kita selalu mengamalkan surah mulia ini. Ia boleh dilihat di mana ulama’ berkata:

 

“Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al-Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”

 

  1. Melindungi Kita Dari Seksa

 

Apabila malaikat Munkar dan Nakir datang untuk menyoal kita, manusia akan pengsan apabila melihat wajah malaikat azab.

 

Tetapi bagi mereka yang mengamalkan Surah Al-Mulk, ia akan menjadi penghalang daripada diseksa.

 

Ini boleh dilihat di mana:

 

Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda H, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur.

 

(Hadith Riwayat Al-Tirmidzi: 2890)

 

Jadikan Al-Mulk Sebagai Amalan Sebelum Tidur

 

Akhirul kalam, surah Al-Mulk sangat dituntut untuk dijadikan surah amalan setiap umat Islam.

 

Usahalah untuk membaca surah Al-Mulk sebelum kita tidur. Semoga Allah mengurniakan taufiq dan hidayah buat kita semua untuk terus istiqomah.

 

Aamiin Ya Rabbal ’Alaamiin.

 

 

Sumber Rujukan

10 Kelebihan Mengamalkan Bacaan Surah Al-Mulk Yang Ramai Tidak Tahu. (2021, February 23). Korban Aqiqah. https://korbanaqiqah.com.my/10-kelebihan-mengamalkan-bacaan-surah-al-mulk/

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *