Semarak Bulan Maulid, Menimba Mutiara Hikmah Daripada Akhlak Mulia Rasulullah ﷺ

Nabi Muhammad ﷺ ialah “role model” yang terbaik dalam pelbagai aspek kehidupan, tiada manusia yang begitu sempurna yang mampu menandingi akhlak dan keperibadian Rasulullah ﷺ bahkan hanya Baginda ﷺ sahaja, sebaik-baik contoh tauladan untuk dijadikan ikutan sepanjang zaman.

 

Setiap manusia perlu mencari figura untuk dijadikan contoh tauladan supaya hidupnya terpandu dan mengikut jalan yang benar menuju redha Allah S.W.T. Figura ini semestinya daripada kalangan prototaip yang sama iaitu manusia dan bukannya daripada kalangan jin mahupun haiwan, sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Al-Quran Surah Ali ‘Imran ayat 164:

 

لَقَدْ مَنَّ اللّٰهُ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ اِذْ بَعَثَ فِيْهِمْ رَسُوْلًا مِّنْ اَنْفُسِهِمْ يَتْلُوْا عَلَيْهِمْ اٰيٰتِهٖ وَيُزَكِّيْهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتٰبَ وَالْحِكْمَةَۚ وَاِنْ كَانُوْا مِنْ قَبْلُ لَفِيْ ضَلٰلٍ مُّبِيْنٍ

 

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menghadiahkan orang-orang yang beriman apabila Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkankan (jiwa) mereka, dan mengajarkan mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi), mereka benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata”.

 

Baginda Nabi Muhammad ﷺ telah menempuhi pelbagai fasa-fasa sukar dan sulit dalam hidupnya, Baginda ﷺ telah merasakan kehidupan sebagai orang yang sukar sehingga Baginda ﷺ menjadi contoh bagi orang-orang yang mengalami kesukaran dalam hidup. Bahkan Baginda juga pernah menjadi orang kaya sehingga Baginda ﷺ menjadi contoh bagaimana seharusnya menggunakan kekayaan dengan tepat untuk jalan yang Allah S.W.T redha. Bukan itu sahaja, Baginda ﷺ juga merupakan pemimpin yang disegani dalam pelbagai bidang sehingga menjadi contoh ikutan seantero dunia zaman berganti zaman.

 

Rasulullah ﷺ akan memberikan contoh terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara atau ketika ingin menegur dan menyampaikan sesuatu sama ada dari segi percakapan malah turut dilakukan melalui perbuatan Nabi ﷺ . Hal ini sangat memberi kesan kepada para sahabat kerana setiap yang mereka lihat dan dengar daripada Rasulullah ﷺ, maka akan ditaati dan dituruti dengan segera tanpa persoalan dan pertikaian.

 

Antara kod etika dakwah Nabi ﷺ adalah tidak memisahkan antara perkataan dan perbuatan. Hal ini digunakan oleh Rasulullah ﷺ dalam memberi contoh kepada para sahabat. Misalnya, mencontohi Rasulullah  ﷺ dalam solat :

 

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُونِيْ أُصَلِّيْ

 

Maksudnya: “Solatlah sebagaimana kalian melihatku solat”

(H.R. Bukhari No. 631)

 

Contoh tauladan merupakan cara yang efektif dalam mencapai matlamat dan objektif, penyampaian hadis bahkan dengan kaedah ini ianya mudah difahami oleh para sahabat. Sifat-sifat mulia dan akhlak terpuji yang ada pada Nabi ﷺ yang kita kenali sebagai siddiq, amanah, tabligh dan fathanah bahkan Nabi Muhammad ﷺ  sehinggakan mendapat gelaran Al-Amin iaitu yang boleh dipercayai.

 

Melalui sifat sabarnya dalam membimbing ummah, Nabi Muhammad ﷺ juga termasuk dalam kalangan nabi-nabi yang diberi gelaran Ulul Azmi, iaitu yang memiliki ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian serta menghadapi orang-orang yang membencinya bahkan ummat yang melampaui batas.

 

Begitulah sifat-sifat mulia yang boleh dicontohi daripada Nabi Muhammad ﷺ dalam mencapai kejayaan dalam kehidupan, bahkan Nabi ﷺ mengajar kita umatnya bahawa kehidupan ini penuh dengan perjuangan, jika ingin mencapai kejayaan memerlukan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik dalam keperibadian.

 

Contoh tauladan Nabi Muhammad ﷺ dalam memperkenalkan sifat-sifatnya telah mengubah tamadun dan peradaban dunia daripada kegelapan menuju cahaya Islam dalam masa yang singkat, iaitu 13 tahun di Mekah dalam mengubah aqidah dan 10 tahun di Madinah dalam mengubah keadaan akhlak dan muamalah yang terbaik di bumi ini.

 

Dalam sejarah dakwah Nabi ﷺ di Thaif, Baginda ﷺ menerima tekanan dan penghinaan bahkan sampai dilempari batu hingga Baginda ﷺ berdarah, namun Nabi ﷺ tidak membalas dengan keburukan. Malah Baginda ﷺ  turut ditawarkan oleh malaikat untuk ditimpakan gunung agar binasa kaum yang durjana, tetapi Nabi ﷺ malah mendoakan kaum Tsaqif di Thaif dengan doa hidayah agar suatu saat anak keturunannya mahu menerima Islam,dan ternyata doa Nabi ﷺ dikabulkan sekarang Thaif menjadi wilayah yang penuh cahaya keimanan.

Wallahu a’lam.

 

 

Sumber Rujukan

Istiqlal, H. M. (n.d.). Beranda | Masjid Istiqlal. istiqlal.or.id. https://istiqlal.or.id/blog/detail/hikmah–momentum-bulan-maulid–meraih-mutiara-hikmah-dari-keteladanan-nabi-.html

 

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Bukit yang Menjadi Saksi: Kisah di Lembah Uhud
07 Apr

Bukit yang Menjadi Saksi: Kisah di Lembah Uhud

Pagi itu, matahari di pinggiran Madinah terasa lebih terik daripada kebiasaannya. Di kaki Gunung Uhud, debu berterbangan menyambut kedatangan 3,000

TAHNIAH! MUHAMMAD HAMZAH BIN MOHD SHAKIR: HAFIZ KE-54 AKADEMI DARUL ILMI
07 Apr

TAHNIAH! MUHAMMAD HAMZAH BIN MOHD SHAKIR: HAFIZ KE-54 AKADEMI DARUL ILMI

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah. Seluruh warga Akademi Darul Ilmi dengan penuh rasa syukur dan bangga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

Tahniah! Keputusan Cemerlang SPM 2025 Akademi Darul Ilmi
03 Apr

Tahniah! Keputusan Cemerlang SPM 2025 Akademi Darul Ilmi

Alhamdulillah, Syabas Pelajar Akademi Darul Ilmi! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Akademi Darul Ilmi atas pencapaian yang sungguh membanggakan

Kaifiat Solat Sunat Istisqa’ (Solat Minta Hujan)
29 Mar

Kaifiat Solat Sunat Istisqa’ (Solat Minta Hujan)

Solat Sunat Istisqa’ merupakan solat yang dilakukan khusus untuk memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan ketika berlakunya musim kemarau

Kelebihan Puasa 6 Syawal: Rebut Pahala Setahun!
29 Mar

Kelebihan Puasa 6 Syawal: Rebut Pahala Setahun!

Pendahuluan Selepas sebulan kita berjuang di bulan Ramadan, Allah ﷻ menawarkan satu lagi peluang keemasan melalui puasa sunat enam hari

FOLLOW & SUBSCRIBE