Semarak Bulan Maulid, Menimba Mutiara Hikmah Daripada Akhlak Mulia Rasulullah ﷺ

Nabi Muhammad ﷺ ialah “role model” yang terbaik dalam pelbagai aspek kehidupan, tiada manusia yang begitu sempurna yang mampu menandingi akhlak dan keperibadian Rasulullah ﷺ bahkan hanya Baginda ﷺ sahaja, sebaik-baik contoh tauladan untuk dijadikan ikutan sepanjang zaman.

 

Setiap manusia perlu mencari figura untuk dijadikan contoh tauladan supaya hidupnya terpandu dan mengikut jalan yang benar menuju redha Allah S.W.T. Figura ini semestinya daripada kalangan prototaip yang sama iaitu manusia dan bukannya daripada kalangan jin mahupun haiwan, sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Al-Quran Surah Ali ‘Imran ayat 164:

 

لَقَدْ مَنَّ اللّٰهُ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ اِذْ بَعَثَ فِيْهِمْ رَسُوْلًا مِّنْ اَنْفُسِهِمْ يَتْلُوْا عَلَيْهِمْ اٰيٰتِهٖ وَيُزَكِّيْهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتٰبَ وَالْحِكْمَةَۚ وَاِنْ كَانُوْا مِنْ قَبْلُ لَفِيْ ضَلٰلٍ مُّبِيْنٍ

 

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menghadiahkan orang-orang yang beriman apabila Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkankan (jiwa) mereka, dan mengajarkan mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi), mereka benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata”.

 

Baginda Nabi Muhammad ﷺ telah menempuhi pelbagai fasa-fasa sukar dan sulit dalam hidupnya, Baginda ﷺ telah merasakan kehidupan sebagai orang yang sukar sehingga Baginda ﷺ menjadi contoh bagi orang-orang yang mengalami kesukaran dalam hidup. Bahkan Baginda juga pernah menjadi orang kaya sehingga Baginda ﷺ menjadi contoh bagaimana seharusnya menggunakan kekayaan dengan tepat untuk jalan yang Allah S.W.T redha. Bukan itu sahaja, Baginda ﷺ juga merupakan pemimpin yang disegani dalam pelbagai bidang sehingga menjadi contoh ikutan seantero dunia zaman berganti zaman.

 

Rasulullah ﷺ akan memberikan contoh terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara atau ketika ingin menegur dan menyampaikan sesuatu sama ada dari segi percakapan malah turut dilakukan melalui perbuatan Nabi ﷺ . Hal ini sangat memberi kesan kepada para sahabat kerana setiap yang mereka lihat dan dengar daripada Rasulullah ﷺ, maka akan ditaati dan dituruti dengan segera tanpa persoalan dan pertikaian.

 

Antara kod etika dakwah Nabi ﷺ adalah tidak memisahkan antara perkataan dan perbuatan. Hal ini digunakan oleh Rasulullah ﷺ dalam memberi contoh kepada para sahabat. Misalnya, mencontohi Rasulullah  ﷺ dalam solat :

 

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُونِيْ أُصَلِّيْ

 

Maksudnya: “Solatlah sebagaimana kalian melihatku solat”

(H.R. Bukhari No. 631)

 

Contoh tauladan merupakan cara yang efektif dalam mencapai matlamat dan objektif, penyampaian hadis bahkan dengan kaedah ini ianya mudah difahami oleh para sahabat. Sifat-sifat mulia dan akhlak terpuji yang ada pada Nabi ﷺ yang kita kenali sebagai siddiq, amanah, tabligh dan fathanah bahkan Nabi Muhammad ﷺ  sehinggakan mendapat gelaran Al-Amin iaitu yang boleh dipercayai.

 

Melalui sifat sabarnya dalam membimbing ummah, Nabi Muhammad ﷺ juga termasuk dalam kalangan nabi-nabi yang diberi gelaran Ulul Azmi, iaitu yang memiliki ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian serta menghadapi orang-orang yang membencinya bahkan ummat yang melampaui batas.

 

Begitulah sifat-sifat mulia yang boleh dicontohi daripada Nabi Muhammad ﷺ dalam mencapai kejayaan dalam kehidupan, bahkan Nabi ﷺ mengajar kita umatnya bahawa kehidupan ini penuh dengan perjuangan, jika ingin mencapai kejayaan memerlukan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik dalam keperibadian.

 

Contoh tauladan Nabi Muhammad ﷺ dalam memperkenalkan sifat-sifatnya telah mengubah tamadun dan peradaban dunia daripada kegelapan menuju cahaya Islam dalam masa yang singkat, iaitu 13 tahun di Mekah dalam mengubah aqidah dan 10 tahun di Madinah dalam mengubah keadaan akhlak dan muamalah yang terbaik di bumi ini.

 

Dalam sejarah dakwah Nabi ﷺ di Thaif, Baginda ﷺ menerima tekanan dan penghinaan bahkan sampai dilempari batu hingga Baginda ﷺ berdarah, namun Nabi ﷺ tidak membalas dengan keburukan. Malah Baginda ﷺ  turut ditawarkan oleh malaikat untuk ditimpakan gunung agar binasa kaum yang durjana, tetapi Nabi ﷺ malah mendoakan kaum Tsaqif di Thaif dengan doa hidayah agar suatu saat anak keturunannya mahu menerima Islam,dan ternyata doa Nabi ﷺ dikabulkan sekarang Thaif menjadi wilayah yang penuh cahaya keimanan.

Wallahu a’lam.

 

 

Sumber Rujukan

Istiqlal, H. M. (n.d.). Beranda | Masjid Istiqlal. istiqlal.or.id. https://istiqlal.or.id/blog/detail/hikmah–momentum-bulan-maulid–meraih-mutiara-hikmah-dari-keteladanan-nabi-.html

 

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Umar Al Faruq Buktikan Kecemerlangan di Peringkat Kebangsaan
17 Jun

Umar Al Faruq Buktikan Kecemerlangan di Peringkat Kebangsaan

Gombak, 14 Jun 2025 – Sekalung tahniah diucapkan kepada Anakanda Umar Al Faruq bin Fakhrulrazi atas kejayaan cemerlang meraih Naib

Lawatan Ilmiah SMK Toh Muda Abdul Aziz ke ADI
12 Jun

Lawatan Ilmiah SMK Toh Muda Abdul Aziz ke ADI

Sungai Petani, 12 Jun 2025 – Akademi Darul Ilmi (ADI) telah menerima kunjungan hormat daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Toh

Kerana Mu, Kami Berjaya-Selamat Hari guru
03 Jun

Kerana Mu, Kami Berjaya-Selamat Hari guru

29 Mei 2025 | Khamis Dewan al-Quran, Akademi Darul Ilmi (ADI)   Majlis Sambutan Hari Guru 2025 telah berlangsung dengan

Setinggi-tinggi Penghargaan dan Tahniah kepada Mufti Wilayah Persekutuan yang Baharu
27 May

Setinggi-tinggi Penghargaan dan Tahniah kepada Mufti Wilayah Persekutuan yang Baharu

Dengan penuh rasa syukur dan bangga, kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil atas

ISBAT HADIS 1.0: Mengangkat Martabat Ilmu Hadis di Akademi Darul Ilmi
25 May

ISBAT HADIS 1.0: Mengangkat Martabat Ilmu Hadis di Akademi Darul Ilmi

19 - 22 MEI : Bahagian Tafaqquh dan Hadis menganjurkan program ISBAT HADIS 1.0 dengan jayanya dan berjalan lancar bertempat

Dua Pelajar Cemerlang STAM 2024 Raih Keputusan Mumtaz
22 May

Dua Pelajar Cemerlang STAM 2024 Raih Keputusan Mumtaz

22 Mei 2025, Sungai Petani – Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024 yang diumumkan hari ini menyaksikan kegembiraan berganda

FOLLOW & SUBSCRIBE