Selawat

Selawat Wasilah Cinta Umat dan Rasulullah ﷺ

Selawat adalah perkataan jama’ bagi solat (الصلاة‎) yang bermaksud doa atau pujian. Tambahan pula, makna selawat Allah SWT, selawat para malaikat dan juga selawat manusia adalah berbeza di antara satu sama lain. Selawat Allah ialah pujian-Nya di sisi para malaikat yang tinggi. Manakala selawat malaikat pula ialah doa tambahan gandaan pahala dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.

 

Di dalam al-Quran, Allah SWT menyatakan dengan begitu jelas berkaitan tuntutan untuk kita sentiasa berselawat dan berzikir. Antaranya:

 

  • Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

(Surah Al-Ahzab: 56)

 

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

 

Syeikh Al-Maraghi dalam mentafsirkan ayat ini berkata:

Wahai orang beriman, doakanlah supaya Nabi SAW mendapat rahmat, muliakan Baginda walau dengan apa cara yang kamu mampu lakukan. Umpamanya mengikut Baginda secara baik atau mematuhi setiap arahannya. Begitu juga, dengan cara mengucapkan selawat dan salam kepada Baginda dengan lidahmu. 

 

[Tafsir Al-Maraghi, 11/5511)]

Di samping itu, di dalam hadith juga ada dinyatakan kelebihan atau tuntutan untuk kita sentiasa berselawat, antaranya:

 

  • Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ

Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat.” 

[Riwayat Al-Baihaqi (5995)]

 

  • Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” 

[Riwayat Muslim (384)]

 

Selawat Sebagai Wasilah Untuk Mendapatkan Cinta Allah SWT

Kesimpulannya, selawat dan zikir adalah ibadah yang masyru’ (disyariatkan) oleh agama kita. Sebahagian ulama juga ada menyatakan bahawa selawat merupakan satu juzuk daripada zikir. Oleh sebab itu, Allah SWT menuntut kita untuk sentiasa berselawat ke atas junjungan Nabi SAW. Tambahan pula, selawat merupakan wasilah atau jalan kita untuk mendapatkan cinta Allah SWT sebagaimana yang terdapat di dalam firman-Nya:

 

  • Firman Allah SWT:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّـهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّـهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّـهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

(Surah Ali-Imran: 31)

 

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

 

Di sana juga terdapat banyak kelebihan bagi orang yang melakukannya. Semoga Allah SWT menerima setiap amalan kita serta menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa berselawat ke atas Rasulullah SAW dan berzikir kepada-Nya. Akhirnya, semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan pencinta Nabi SAW serta menghimpunkan kita bersama Nabi SAW di dalam Syurga kelak.

 

Aamiin Ya Rabbal ‘Alaamiin.

 

 

Sumber Rujukan :

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan – IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-506: KEDUDUKAN SELAWAT BERBANDING ZIKIR. (2020, July 3). https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/4555-irsyad-al-hadith-siri-ke-506-kedudukan-selawat-berbanding-zikir

 

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Tahniah! Keputusan Cemerlang SPM 2025 Akademi Darul Ilmi
03 Apr

Tahniah! Keputusan Cemerlang SPM 2025 Akademi Darul Ilmi

Alhamdulillah, Syabas Pelajar Akademi Darul Ilmi! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Akademi Darul Ilmi atas pencapaian yang sungguh membanggakan

Kaifiat Solat Sunat Istisqa’ (Solat Minta Hujan)
29 Mar

Kaifiat Solat Sunat Istisqa’ (Solat Minta Hujan)

Solat Sunat Istisqa’ merupakan solat yang dilakukan khusus untuk memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan ketika berlakunya musim kemarau

Kelebihan Puasa 6 Syawal: Rebut Pahala Setahun!
29 Mar

Kelebihan Puasa 6 Syawal: Rebut Pahala Setahun!

Pendahuluan Selepas sebulan kita berjuang di bulan Ramadan, Allah ﷻ menawarkan satu lagi peluang keemasan melalui puasa sunat enam hari

Kelebihan Puasa 6 Syawal: Ganjaran Pahala Seperti Berpuasa Setahun
26 Mar

Kelebihan Puasa 6 Syawal: Ganjaran Pahala Seperti Berpuasa Setahun

Selepas sebulan kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, kedatangan bulan Syawal bukan sahaja disambut dengan kemenangan menyambut Aidilfitri, malah

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026: Ucapan Tulus Akademi Darul Ilmi
21 Mar

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026: Ucapan Tulus Akademi Darul Ilmi

Gema takbir kini mula kedengaran. Hal ini menandakan Ramadan telah pun berlalu. Oleh itu, kini tiba masanya untuk kita meraikan hari

Kaifiat Solat Sunat Aidilfitri: Panduan Lengkap, Niat & Tata Cara
20 Mar

Kaifiat Solat Sunat Aidilfitri: Panduan Lengkap, Niat & Tata Cara

Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Salah satu ibadah yang

FOLLOW & SUBSCRIBE