Kenapa Bumi Palestin Perlu Dipertahankan Oleh Umat Islam? Ini Sebab Yang Anda Kena Tahu.

Umum mengetahui tentang isu yang berlaku sekarang antara Palestin dan Israel. Walaupun dua pihak ini telah mempunyai konflik sejak dulu lagi, namun ia tetap tidak dapat diselesaikan oleh kerana pihak-pihak tertentu.

 

Anda juga pasti ada dengar dalam seminggu dua ini berita mengenai Palestin sekali lagi diserang oleh Zionis. Malah apa yang lebih teruk, mereka bahkan menceroboh dan menyasarkan ย  tempat suci umat islam iaitu Masjid Al-Aqsa.

 

Sudah tentu perkara ini telah menaikkan marah bukan saja umat Islam di Palestin, tetapi umat Islam di seluruh dunia. Jadi, kita sebagai umat Islam sebenarnya bukan saja perlu mempertahankan tempat suci tersebut tetapi juga bumi Palestin. Mengapa?

 

1. Masjid pertama sebagai kiblat umat Islam

 

Tahukah anda Masjid Al-Aqsa merupakan masjid yang menjadi kiblat utama bagi umat Islam untuk melaksanakan solat.

Sabda Rasululllah ๏ทบ:

 

“Masjid apakah yang pertama dibangunkan di atas muka bumi ini?” Baginda menjawab “Masjid al-Haram”. Selepas itu masjid apa pula? Baginda menjawab “Masjid Al-Aqsa”.ย 

[HR Bukhari dan Muslim]

 

2. Tanah para Anbiyaโ€™

 

Antara para Anbiyaโ€™ yang pernah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi Palestin ialah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Syuib, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Isa dan lain-lain lagi.

 

3. Pusat keamanan sejagat

Difahamkan, ia merupakan padang Mahsyar selepas kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.

Sabda Rasulullah ๏ทบ:

 

“Ia adalah bumi Mahsyar dan kebangkitan.”

ย [HR Imam Ahmad dan Ibn Majah]

 

4. Orang yang tinggal di sana dikira sebagai orang yang berjihad

 

Sesiapa yang tinggal di sana, Allah ibaratkan mereka sedang berjihad. Selain itu, tempat tersebut juga dikenali sebagai bumi pertahanan jihad.
Rasulullah ๏ทบ bersabda:


“Ahli Syam akan berterusan dalam jihad dan ribath di jalan Allah.”ย 

[HR at-Tabrani dan Al-Haitami]

 

5. Hak orang Islam sehingga hari kiamat

 

Bumi Palestin merupakan pusat untuk kumpulan orang yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga hari kiamat.
Sabda Rasulullah ๏ทบ:


โ€œSekelompok dari umatku akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh-musuh mereka kecuali apabila ditimpa kesusahan dan sehingga datang pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala.โ€ Para sahabat bertanya, โ€œDi manakah tempat mereka itu ya Rasulullah?โ€ Baginda menjawab โ€œDi Baitul Maqdis dan di aknaf (bawah lindungan) Baitul Maqdis.โ€

ย [HR At Tabrani]

 

6. Tanah yang diberkati Allah

 

Bumi Palestin ternyata adalah tanah yang diberkati dan menjadi saksi terhadap usaha Nabi dan Rasul utusan Allah menyampaikan akidah tauhid kepada manusia sejak zaman berzaman.

Firman Allah E:

โ€œMaha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

ย [Al-Israk: 1]

 

7. Ibu negara umat Islam pada akhir zaman

 

Palestin ialah bumi yang akan didirikan sebagai ibu negara umat Islam pada akhir zaman dan kemajuannya akan membawa kepada tanda-tanda akhir zaman.
Rasulullah ๏ทบ bersabda:


โ€œPembangunan Baitul Maqdis membawa kepada kehancuran Madinah (kerana diserang wabak).

 

Tuntasnya, Palestin adalah hak kita semua sebagai umat Islam. Oleh kerana itu, penderitaan dan kesakitan mereka merupakan tanggungjawab kita bersama kerana kelak di hari akhirat, kita akan disoal oleh Allah E tentang apa yang telah kita lakukan ketika melihat saudara kita disakiti malah dizalimi dengan begitu kejam sekali. Maka, marilah kita bersama-sama bermunajat dan perbanyakkan berdoa untuk kesejahteraan, keselamatan dan kemenangan buat Palestin dan kemenangan buat Islam. Semoga Allah memberkati dan mengurniakan syurga Firdaus buat pejuang-pejuang Palestin yang mempertahankan Al-Aqsa dan memperjuangkan Islam di sana. Aamiin Ya Rabbal โ€˜Alaamiin..

 

Sumber Rujukan

 

Kenapa Bumi Palestin Perlu Dipertahankan Oleh Umat Islam? Ini Sebab Yang Anda Kena Tahu | PUSAT ISLAM UNIVERSITI. (2023, Oktober 12).

https://pic.upm.edu.my/artikel/kenapa_bumi_palestin_perlu_dipertahankan_oleh_umat_islam_

ini_sebab_yang_anda_kena_tahu-75609

 

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
๐Ÿ“ 10 Tips Semasa Peperiksaan: Cara Mudah Skor Tinggi
20 Nov

๐Ÿ“ 10 Tips Semasa Peperiksaan: Cara Mudah Skor Tinggi

Pengenalan Peperiksaan ialah masa yang penting untuk setiap pelajar. Ia menguji persediaan dan keyakinan diri. Oleh itu, pelajar perlu mengetahui

Solat Pembuka Pintu Syurga
28 Oct

Solat Pembuka Pintu Syurga

๐ŸŒฟ Kunci Syurga Ialah Solat, dan Kunci Solat Ialah Taharah (Bersuci) โ€œSolat adalah kunci syurga, dan taharah (bersuci) adalah kunci

Majlis Liqaโ€™ Mahabbah 2025
21 Oct

Majlis Liqaโ€™ Mahabbah 2025

Tarikh: 19 Oktober 2025 ย |ย  Tempat: Dewan al-Quran, Akademi Darul Ilmi   Akademi Darul Ilmi baru-baru ini telah menganjurkan Majlis

Kawal Marah dengan Iman dan Doa
20 Oct

Kawal Marah dengan Iman dan Doa

Pendahuluan Siapakah yang tidak pernah marah? Setiap insan pasti pernah merasai perasaan tersebut. Ia adalah sifat semula jadi manusia. Namun,

Apabila Hati Diuji dengan Khianat
14 Oct

Apabila Hati Diuji dengan Khianat

๐ŸŒฟ Apabila Hati Diuji dengan Khianat Tidak semua yang berada di sisi kita benar-benar bersama kita. Kadangkala, ada yang kelihatan

FOLLOW & SUBSCRIBE