Kesihatan Mental Menurut Islam

Peranan Roh dan Ibadah

 

Sebenarnya kesihatan mental adalah satu aspek yang cukup dekat dengan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesihatan mental adalah satu keperluan asas yang perlu dijaga dan dipelihara dengan baik.

 

Penyakit mental adalah gangguan yang melibatkan gangguan kepada emosi, tingkah laku dan pemikiran seseorang yang mengalaminya. Jika dilihat dalam konteks agama, ia juga adalah masalah atau penyakit yang berkaitan jiwa.

 

Gangguan-gangguan ini selalunya berpunca daripada masalah, musibah atau cabaran hidup yang tidak dapat ditangani atau dihadapi oleh penghidapnya dengan baik. Kesannya, gangguan ini akan bertambah parah sehinggakan membawa kesan buruk kepada penghidapnya.

 

Bagi seorang Muslim yang bergelar hamba kepada Allah S.W.T, harus diyakini bahawa setiap masalah, musibah dan cabaran hidup adalah ujian keimanan kita kepada Allah S.W.T .

 

Allah S.W.T telah berfirman dalam surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud :

 

“ Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan) ?

(Surah Al-Ankabut 29:2)

 

Ibn Kathir dalam kitabnya, Tafsir Ibn Katsir menyatakan bahawa Allah s.w.t menguji hamba-hambaNya yang beriman sesuai dengan keimanan yang dimiliki mereka. Islam melihat kesihatan mental ini melibatkan jiwa yang memerlukan penjagaan kepada dua elemen penting iaitu roh dan jasad.

 

Peranan Roh dalam Kesihatan Mental

 

Kesihatan mental menurut Islam menekankan peranan dan kesihatan rohani atau spiritual seseorang itu. Pendekatan Islam mementingkan peranan roh dalam merawat mental dan jiwa manusia adalah berdasarkan kebesaran Allah S.W.T yang menciptakan manusia. Maka, hanya Dialah Yang Maha Mengetahui tentang hakikat kejadian manusia yang diciptakanNya.

 

Allah S.W.T berfirman dalam surah As-Sajadah ayat 9 yang bermaksud :

 

“Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya : roh ciptaanNya dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”

(Surah As-Sajadah 32:9)

 

Dalam ayat ini dinyatakan bahawa roh adalah ciptaan Allah S.W.T yang ditiupkan kepada semua manusia. Oleh itu, dengan kembali kepada suruhan Allah dan nabi-NYA, manusia akan kembali kepada tujuan kehidupan yang sebenar.

 

Satu analisis yang dijalankan oleh Dein et. al. (2011) terhadap hubung kait antara agama dan kemurungan mendapati mereka yang mengamalkan ajaran agama mempunyai kadar yang rendah terhadap simptom-simptom kemurungan. Kajian ini juga turut mendapati mereka yang beragama cepat untuk pulih dari sakit yang dialami.

 

Peranan Jasad dalam Kesihatan Mental

 

Selain roh, jasad atau tubuh badan yang sihat juga penting untuk mendapatkan kesihatan mental. Jasad yang sihat daripada penyakit membolehkan seseorang itu menjalani kehidupan dengan lebih baik tanpa tekanan emosi terhadap kesihatan dan kewangan (kos perubatan).

 

Rasulullah S.A.W merupakan model terbaik untuk dijadikan contoh sebagai seorang yang paling menjaga kesihatan roh dan jasadnya. 5 aspek utama yang dititikberatkan untuk mendapatkan tubuh badan dan mental yang sihat adalah seperti berikut :

 

  • Rohani perlu diisi dengan pengabdian kepada Allah.
  • Minda dan akal perlu diisi dengan pengetahuan.
  • Fizikal perlu diisi dengan aktiviti riadah.
  • Pemakanan perlu memastikan makanan yang halal dan bersih.
  • Gaya hidup perlu diisi dengan amalan yang sihat.

Perbezaan Kaedah Barat dan Islam

 

Pada awalnya, ahli psikologi atau psikoterapi Barat lebih berpegang kepada prinsip pendekatan rawatan yang berasaskan sains yang menolak unsur-unsur kerohanian dan ketuhanan. Keadaan ini berbeza dengan perspektif Islam yang mementingkan unsur-unsur roh dan jasad sebagai elemen utama dalam mencari kaedah rawatan kepada penyakit mental atau jiwa ini.

 

Namun, mutakhir ini ahli-ahli psikologi termasuklah dari Barat mula mengintegrasikan amalan beragama atau spiritual dengan rawatan kesihatan mental.

 

Ibadah dan Amalan untuk Kesihatan Mental

 

Islam menitikberatkan kesihatan rohani sebagai peneraju utama dalam kesihatan mental. Jalan untuk mendapatkan rohani yang sihat adalah dengan menjauhi perkara yang haram atau ditegah dan melakukan perkara yang disuruh dalam agama.

 

Mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang utuh terhadap kewujudan Yang Maha Esa dan Maha Kuasa (Allah S.W.T), seseorang itu akan berasa mempunyai tempat berdoa dan mengadu tatkala mengalami musibah, berduka atau mempunyai masalah.

 

Islam juga mengajar kita untuk melakukan ibadah atau amalan-amalan kebaikan yang menjadi makanan rohani manusia bagi mencapai keredhaan Allah S.W.T dan mendapatkan hati yang tenteram.

 

Beberapa amalan ibadah yang boleh diamalkan untuk mendapatkan mental yang sihat termasuklah :

 

  • Solat fardhu 5 waktu
  • Solat sunat
  • Membaca al-Quran
  • Berzikir
  • Berpuasa
  • Menghadiri majlis ilmu
 

Kesimpulan

 

Kesihatan mental menurut Islam adalah kesihatan dari segi rohani (roh) dan jasmani (jasad). Malah Islam sangat menitikberatkan kesihatan rohani dengan mendidik kita agar mengenal pencipta, melakukan kebaikan yang boleh membawa ketenteraman hidup. Ahli psikologi barat juga turut mengakui peranan roh atau spiritual dalam menangani masalah penyakit mental. Oleh itu, ahli psikologi atau ahli terapi Muslim harus terus menerapkan nilai-nilai Islam dalam merawat pesakit yang mengalami gangguan atau penyakit mental.

 

Sumber Rujukan

 

Zulkarnain, I. (2023, March 11). Kesihatan Mental Menurut Islam: Peranan Roh & Ibadah. KlinikMinda. https://klinikminda.com/kesihatan-mental-menurut-islam/

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Umar Al Faruq Buktikan Kecemerlangan di Peringkat Kebangsaan
17 Jun

Umar Al Faruq Buktikan Kecemerlangan di Peringkat Kebangsaan

Gombak, 14 Jun 2025 – Sekalung tahniah diucapkan kepada Anakanda Umar Al Faruq bin Fakhrulrazi atas kejayaan cemerlang meraih Naib

Lawatan Ilmiah SMK Toh Muda Abdul Aziz ke ADI
12 Jun

Lawatan Ilmiah SMK Toh Muda Abdul Aziz ke ADI

Sungai Petani, 12 Jun 2025 – Akademi Darul Ilmi (ADI) telah menerima kunjungan hormat daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Toh

Kerana Mu, Kami Berjaya-Selamat Hari guru
03 Jun

Kerana Mu, Kami Berjaya-Selamat Hari guru

29 Mei 2025 | Khamis Dewan al-Quran, Akademi Darul Ilmi (ADI)   Majlis Sambutan Hari Guru 2025 telah berlangsung dengan

Setinggi-tinggi Penghargaan dan Tahniah kepada Mufti Wilayah Persekutuan yang Baharu
27 May

Setinggi-tinggi Penghargaan dan Tahniah kepada Mufti Wilayah Persekutuan yang Baharu

Dengan penuh rasa syukur dan bangga, kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil atas

ISBAT HADIS 1.0: Mengangkat Martabat Ilmu Hadis di Akademi Darul Ilmi
25 May

ISBAT HADIS 1.0: Mengangkat Martabat Ilmu Hadis di Akademi Darul Ilmi

19 - 22 MEI : Bahagian Tafaqquh dan Hadis menganjurkan program ISBAT HADIS 1.0 dengan jayanya dan berjalan lancar bertempat

Dua Pelajar Cemerlang STAM 2024 Raih Keputusan Mumtaz
22 May

Dua Pelajar Cemerlang STAM 2024 Raih Keputusan Mumtaz

22 Mei 2025, Sungai Petani – Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024 yang diumumkan hari ini menyaksikan kegembiraan berganda

FOLLOW & SUBSCRIBE