Mukhayyam Tarbawi Senior

3 – 4 Januari 2025

Bahagian Akademik Akademi Darul Ilmi (ADI) telah berjaya menganjurkan program Mukhayam Tarbawi Senior yang berlangsung pada 3 hingga 4 Januari 2025. Program ini telah diadakan di DZAF Homestay, Selama, Perak dan diuruskan sepenuhnya oleh Ustaz Wadi Annuar bin Ayub, selaku Pengerusi Akademi Darul Ilmi.

Mukhayam ini bertujuan untuk melatih pelajar dalam aspek kepimpinan, pembentukan sahsiah diri, serta memupuk kesefahaman dan kerjasama dalam kalangan rakan-rakan. Program ini merupakan salah satu inisiatif penting Bahagian Akademik ADI dalam memastikan pelajar bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga memiliki nilai-nilai kepimpinan dan kemahiran insaniah yang tinggi.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memenuhi objektif yang telah ditetapkan. Antara aktiviti utama adalah membina khemah, latihan dalam kumpulan, berkayak dan membina rakit. Selain itu, pelajar turut menyertai aktiviti menguji minda dan kuiz berkaitan sirah Nabi Muhammad SAW. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental pelajar, tetapi juga meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mereka terhadap sejarah dan perjuangan Rasulullah SAW.

Program ini diharapkan dapat memberikan pengalaman baharu yang bermakna kepada pelajar serta memperkukuh jati diri mereka sebagai pelajar Akademi Darul Ilmi. Melalui mukhayam ini, diharapkan misi Akademi Darul Ilmi untuk “Melahirkan Ilmuan Islam Berprestasi Tinggi” dapat direalisasikan dengan lebih cemerlang.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dalam kehidupan seharian dan seterusnya menjadi pemimpin yang berwibawa pada masa hadapan.

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Fathul Mekah: Kemenangan Tanpa Pertumpahan Darah
01 Mar

Fathul Mekah: Kemenangan Tanpa Pertumpahan Darah

Fathul Mekah merupakan salah satu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam yang berlaku pada 20 Ramadan tahun ke-8 Hijrah. Pembukaan

Hukum Memakai Gincu Ketika Berpuasa: Batal Atau Tidak?
26 Feb

Hukum Memakai Gincu Ketika Berpuasa: Batal Atau Tidak?

Bila tiba bulan Ramadan, ramai kaum hawa mula tertanya-tanya tentang rutin kecantikan mereka. Salah satu soalan yang paling kerap ditanya

Kunjungan Mahabbah Pegawai Agama Daerah Kuala Muda
23 Feb

Kunjungan Mahabbah Pegawai Agama Daerah Kuala Muda

Isnin | 23 Februari 2026 Alhamdulillah, Akademi Darul Ilmi hari ini telah menerima kunjungan mahabbah yang cukup bermakna daripada Syeikh

Majlis Watikah Pelantikan MPN, MPP dan PRS Sesi 2026/2027 Akademi Darul Ilmi
20 Jan

Majlis Watikah Pelantikan MPN, MPP dan PRS Sesi 2026/2027 Akademi Darul Ilmi

Sungai Layar – Akademi Darul Ilmi telah menganjurkan Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Perwakilan Nadi (MPN) dan

Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar
15 Jan

Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar

Sungai Layar – Akademi Darul Ilmi (ADI) telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) bersama Pejabat Pendidikan

FOLLOW & SUBSCRIBE