Tangisan Rasulullah ﷺ Untuk Umatnya

RASULULLAH  sering memikirkan tentang kita. Ya, kita (umatnya). Kadangkala, bimbang akan kelalaian dan kealpaan umatnya, Rasulullah tiba-tiba menangis.

 

Pernah satu ketika berlaku gerhana matahari di zaman Nabi . Keadaan mendung dan kelam ini mengingatkan Rasulullah tentang azab yang menimpa umat terdahulu di mana bumi menjadi gelap. Rasulullah lantas melaksanakan solat gerhana. Dalam sujud yang panjang Rasulullah menangis dan merintih:

 

أَلَمْ تَعِدْنِي أَنْ لا تُعَذِّبَهُمْ وَأَنَا فِيهِمْ؟رَبِّ أَلَمْ تَعِدْنِي أَنْ لا تُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

“Wahai Tuhanku, bukankah kau berjanji tidak akan memberikan azab terhadap umatku sedangkan aku di sisi mereka? Wahai Tuhanku, bukankah kau berjanji tidak akan mengazab mereka sedangkan mereka beristighfar?”

 

(HR Tirmizi, al-Shamail; Muslim, Sahih)

 

Malah, menurut Abdullah ibn Amru, ketika Rasulullah membaca ayat berkenaan doa Nabi Ibrahim terhadap umatnya (Surah Ibrahim: 36) dan tentang doa Nabi Isa tentang umatnya (Al-Maidah:118), Rasulullah tiba-tiba menangis lalu berdoa:

 

اللهُمَّ أُمَّتِي أُمَّتِي

“Ya Allah, umatku, umatku.”

(HR Muslim)

 

Sayang sungguh Rasulullah pada kita. Dalam solat, Baginda menangis kerana teringatkan kita. Ketika membaca Quran, teringat lagi tentang kita lalu Baginda menangis. Betapa sayang Rasulullah pada kita.

 

Sehubungan itu, sebagai umatnya kita perlu sentiasa mengingati Baginda dengan memperbanyakkan amalan selawat serta beramal dengan sunnahnya.

 

Di padang mahsyar kelak, Rasulullah akan menjadi tumpuan seluruh umat manusia untuk mendapatkan syafaat daripadanya. Manusia pada ketika itu berada dalam keadaan yang kebingungan dan ketakutan. Maka, kita akan mencari-cari orang yang dapat membela kita di hadapan Allah.

 

Pada akhirnya, kita akan mendapatkan pertolongan dan memohon syafaat daripada Rasulullah supaya Baginda memohon kepada Allah untuk menyelesaikan penderitaan yang sudah tidak tertanggung lagi itu.

 

Rasulullah juga akan menunggu dan menjemput umatnya di syurga. Selagi umatnya belum berkumpul, Baginda tidak akan melangkah kakinya ke syurga.

 

Tuntasnya, bagaimana cara kita membalas kecintaan Rasulullah itu? Berdasarkan perjalanan sirah, banyak perkara yang dapat kita pelajari mengenai pengorbanan serta perjuangan yang dilakukan Nabi Muhammad ketika usaha Baginda menyebarkan dakwah ke seluruh umat di serata dunia.

 

Baginda begitu cekal walaupun pernah cedera akibat dipukul serta dibaling batu. Namun semua dugaan yang dihadapi itu tidak pernah mematahkan semangat Baginda demi melihat agama Islam terus berkembang dan umat terus mengenal Allah.

 

Tidak mahukah kita mengecapi kurniaan berupa syurga dan tinggal di dalamnya bersama-sama Nabi hasil ketaatan yang kita curahkan kepada Allah dan Rasul-Nya?

 

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka iaitu nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).”

 

(Surah an-Nisaa’, ayat 69)

 

Begitulah ganjaran agung yang dijanjikan Allah apabila kita berjaya melakar kasih dan cinta terhadap Rasulullah .

 

Ayuh perbanyakkan selawat buat Baginda Nabi .

 

Allahumma solli ‘ala Saidina Muhammad.

 

Sumber Rujukan

 

Dr Ahmad Sanusi. (2020, October 30). Tangisan Rasulullah untuk Kita. Retrieved September 18, 2023, from https://www.facebook.com/630358917301238/posts/tangisan-rasulullah-untuk-kita-1-rasulullah-sering-memikirkan-tentang-kita-ya-ki/1324600514543738/

Samsudin, M. F. (2018, November 21). Cinta Nabi buat umatnya. Harian Metro.  https://www.hmetro.com.my/addin/2018/11/397012/cinta-nabi-buat-umatnya

 

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Fathul Mekah: Kemenangan Tanpa Pertumpahan Darah
01 Mar

Fathul Mekah: Kemenangan Tanpa Pertumpahan Darah

Fathul Mekah merupakan salah satu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam yang berlaku pada 20 Ramadan tahun ke-8 Hijrah. Pembukaan

Hukum Memakai Gincu Ketika Berpuasa: Batal Atau Tidak?
26 Feb

Hukum Memakai Gincu Ketika Berpuasa: Batal Atau Tidak?

Bila tiba bulan Ramadan, ramai kaum hawa mula tertanya-tanya tentang rutin kecantikan mereka. Salah satu soalan yang paling kerap ditanya

Kunjungan Mahabbah Pegawai Agama Daerah Kuala Muda
23 Feb

Kunjungan Mahabbah Pegawai Agama Daerah Kuala Muda

Isnin | 23 Februari 2026 Alhamdulillah, Akademi Darul Ilmi hari ini telah menerima kunjungan mahabbah yang cukup bermakna daripada Syeikh

Majlis Watikah Pelantikan MPN, MPP dan PRS Sesi 2026/2027 Akademi Darul Ilmi
20 Jan

Majlis Watikah Pelantikan MPN, MPP dan PRS Sesi 2026/2027 Akademi Darul Ilmi

Sungai Layar – Akademi Darul Ilmi telah menganjurkan Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Perwakilan Nadi (MPN) dan

Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar
15 Jan

Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar

Sungai Layar – Akademi Darul Ilmi (ADI) telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) bersama Pejabat Pendidikan

FOLLOW & SUBSCRIBE