Rifae’i rangkul naib johan Musabaqah Menghafaz Al-Quran di Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mac – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merakamkan ucapan tahniah buat Saudara Muhammad Rifaei bin Mat Zuki kerana telah mengharumkan nama negara menerusi penglibatan beliau dalam Musabaqah Menghafaz Al-Quran Beserta Pemahamannya Peringkat Negara Anggota MABIMS yang telah diadakan pada 13 hingga 18 Mac 2025 bertempat di Negara Brunei Darussalam.

 

Saudara Rifaei, 19 tahun telah merangkul Naib Johan bagi kategori hafazan 30 Juzuk beserta pemahaman Surah Al-Hujurat dengan memperoleh markah 94.93 peratus. Pemakluman Keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Negara Anggota MABIMS Tahun 1446 Hijrah telah disampaikan oleh Tuan Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh Pengarah Pusat Da’wah Islamiah merangkap Pengerusi Jemaah Hakim.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah dan cenderamata kepada semua peserta.

 

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Puan Juriah binti Jalalus Shuti, Ketua Penolong Pengarah BKHL JAKIM selaku wakil Ketua Sekretariat MABIMS Malaysia dan Ustazah Majidah binti Mat Jusoh, Penolong Pengarah Kanan BDKI JAKIM selaku Pegawai Pengiring Peserta ke Brunei.

 

Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan negara tetapi juga mencerminkan komitmen tinggi Malaysia dalam memperkasa penghayatan dan penghafazan Al-Quran di peringkat serantau. Semoga Saudara Rifaei terus istiqamah dalam memartabatkan Al-Quran ke persada yang lebih tinggi.

 

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Ahmad Arif Safwan Tamat Hafazan 30 Juzuk dalam Tempoh 1 Tahun 10 Bulan
02 Nov

Ahmad Arif Safwan Tamat Hafazan 30 Juzuk dalam Tempoh 1 Tahun 10 Bulan

SUNGAI PETANI, 2 November 2026 — Alhamdulillah, Ahmad Arif Safwan bin Razman berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran di Akademi

Apabila Allah Menempatkan Kita di Tempat yang Terbaik
28 Oct

Apabila Allah Menempatkan Kita di Tempat yang Terbaik

Dalam kehidupan, kita mungkin berpindah rumah, memulakan pekerjaan baharu atau memasuki suasana yang belum pernah dilalui. Pada saat seperti ini,

𝐒𝐲𝐮𝐤𝐮𝐫 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧
20 Oct

𝐒𝐲𝐮𝐤𝐮𝐫 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧

Pernahkah kita terfikir, mengapa hati masih berasa kekurangan walaupun pelbagai nikmat telah Allah kurniakan? Kita memiliki tempat berteduh, makanan untuk

Doa Memohon Perlindungan Daripada Ujian Berat dan Musibah
07 Oct

Doa Memohon Perlindungan Daripada Ujian Berat dan Musibah

Ada Ujian yang Kita Tak Mampu Hadapi Sendirian Kadang-kadang kita rasa hidup sedang baik-baik sahaja. Kerja berjalan seperti biasa, keluarga

Solat Jangan Tinggal: Pesanan Buat Rider Muslim
23 Sep

Solat Jangan Tinggal: Pesanan Buat Rider Muslim

Ride Jauh, Solat Tetap Dijaga Perjalanan kita mungkin jauh. Ada kalanya beratus-ratus kilometer bersama sahabat. Sebelum ride, kita periksa tayar,

Doa Pagari Anak: Mohon Perlindungan Allah Daripada Gangguan Syaitan
14 Sep

Doa Pagari Anak: Mohon Perlindungan Allah Daripada Gangguan Syaitan

Anak-anak adalah amanah daripada Allah SWT. Sebagai ibu bapa, kita berusaha menjaga makan minum, kesihatan, pendidikan dan keselamatan mereka. Namun,

FOLLOW & SUBSCRIBE