Kematian Sebaik-baik Peringatan

 

كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ وَاِنَّمَا تُوَفَّوْنَ اُجُوْرَكُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ ۗ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَاُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيٰوةُ الدُّنْيَآ اِلَّا مَتَاعُ الْغُرُوْرِ

Maksudnya:

Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.

(Surah Ali ‘Imran ayat 185)

 

KEMATIAN adalah sebaik-baik peringatan ataupun nasihat. Saidina Umar al-Khattab sering mengingatkan dirinya akan kematian sehinggakan beliau memakai cincin yang terukir:

 

كَفَى بِالمـَوتِ وَاعِظًا يَا عُمَر

“Cukuplah kematian sebagai peringatan, wahai Umar.”

[Mukhtasar Tarikh Dimasyq oleh Ibn Manzur, 18/313]

 

Nabi S.A.W menasihati kita bahawa dengan mengingati kematianlah kita dapat menghindari diri daripada melakukan dosa dan maksiat. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar R.A, Nabi S.A.W bersabda:

 

أَكْثِرُوا ذِكرَ هَاذمِ اللَّذّاتِ – يَعْنِي المـَوت – فَإنَّه مَا كَانَ فِي كَثِيرٍ إِلَّا قَلَّلهُ، وَلاَ قَلِيلٍ إِلَّا أَجزَاهُ

“Perbanyakkan mengingati pemutus kelazatan – iaitu kematian – kerana apabila ia diingati dalam keadaan banyak maksiat, ia boleh mengurangkan kemaksiatan tersebut dan apabila diingati dalam keadaan kurang ibadah, ia akan memperbanyakkan ibadah tersebut.”

[Riwayat al-Baihaqi dalam Syu‘ab al-Iman, 7/353]

 

Syeikh Ramadhan al-Buti juga pernah berkata:

“Jika anda sentiasa mengingati kematian dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya setiap masa, maka tatkala kematian itu datang, anda akan menyambut kedatangannya dengan penuh ketenangan sambil berkata: ‘Selamat datang wahai pertemuan dengan Allah S.W.T.’”

[Siri Fi Sabil al-Tazkiyyah, no. 6]

 

Doa Yang Dianjurkan Untuk Memohon Kematian Dalam Keadaan Baik

 

Daripada Busr bin Arthoh berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

 

اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا، وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْآخِرَةِ

 

Maksudnya: “Ya Allah, perbaikkanlah kesudahan segenap urusan kami serta lindungilah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan siksaan hidup di akhirat.” 

[Riwayat Ibn Hibban (949)]

 

Doa Penghubung Kita Dengan Allah

 

Tuntasnya, doa merupakan salah satu ibadah yang hebat kerana ia berhubung terus kepada Allah SWT. Di samping itu, di dalam bab berdoa terdapat keluasan yang mana kita tidak semestinya perlu berdoa dengan doa yang diajar oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan juga yang diajar oleh Nabi SAW di dalam hadith sahaja walaupun sebaik-baik doa atau lafaz doa adalah yang daripada Allah SWT dan Nabi SAW. Kita boleh berdoa dengan apa jua doa sekalipun selagimana makna atau maksud doa tersebut adalah baik dan tidak bercanggah dengan agama. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita semua pengakhiran yang baik serta menjauhkan kita daripada segala kehinaan sama ada di dunia mahupun di akhirat. “Ya Allah, perbaikkanlah kesudahan segenap urusan kami serta lindungilah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan seksaan hidup di akhirat.” Aaamin Ya Rabbal ‘Alaamiin.

 

 

Sumber rujukan

Halim, I. A. (2021, November 18). Cukuplah kematian sebagai peringatan. HarakahDaily. https://harakahdaily.net/index.php/2021/11/18/cukuplah-kematian-sebagai-peringatan/

Al-Quran Online Surat Ali ’Imran Terjemahan dan Tafsir Ayat | Tokopedia Salam. (n.d.). Tokopedia. https://www.tokopedia.com/s/quran/ali-imran/ayat-185

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan – IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-245: DOA MATI DALAM KEBAIKAN. (2018, January 29). https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/2278-irsyad-al-hadith-siri-ke-245-doa-mati-dalam-kebaikan

 

 

 

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Apabila Hati Diuji dengan Khianat
14 Oct

Apabila Hati Diuji dengan Khianat

🌿 Apabila Hati Diuji dengan Khianat Tidak semua yang berada di sisi kita benar-benar bersama kita. Kadangkala, ada yang kelihatan

Sumud Flotilla: Simbol Ketabahan dan Keimanan dalam Pelayaran Kemanusiaan
08 Oct

Sumud Flotilla: Simbol Ketabahan dan Keimanan dalam Pelayaran Kemanusiaan

Dalam sejarah perjuangan manusia menegakkan keadilan, muncul satu nilai yang menjadi asas kekuatan jiwa — sumud. Ia menggambarkan keteguhan hati

Adab Berbicara Dalam Islam: Jangan Membiarkan Sahabat Sendirian
29 Sep

Adab Berbicara Dalam Islam: Jangan Membiarkan Sahabat Sendirian

Pendahuluan Dalam kehidupan seharian, kita sering bergaul dengan rakan, keluarga, atau masyarakat. Namun, ada perkara kecil yang mungkin kita anggap

Jangan Meremehkan Kebaikan Walau Sekecil Apa Pun
23 Sep

Jangan Meremehkan Kebaikan Walau Sekecil Apa Pun

Hadis riwayat Muslim menyebut: "Jangan sesekali-kali engkau meremehkan kebaikan sedikitpun. Meskipun (hanya) engkau bertemu dengan saudaramu dalam keadaan tersenyum." Nilai

14 Rabiul Awal 1377H: Detik Bersejarah Kemerdekaan Tanah Melayu
27 Aug

14 Rabiul Awal 1377H: Detik Bersejarah Kemerdekaan Tanah Melayu

Ulama Besar dalam Sejarah Negara Dalam sejarah negara, nama Syeikh Abdullah Fahim terpahat sebagai seorang ulama besar yang bukan sahaja

🌟 Tahniah Pelajar Akademi Darul Ilmi STM 2025 – Keputusan Cemerlang Mumtaz & Jayyid Jiddan
17 Aug

🌟 Tahniah Pelajar Akademi Darul Ilmi STM 2025 – Keputusan Cemerlang Mumtaz & Jayyid Jiddan

🌟 Tahniah Pelajar Akademi Darul Ilmi Atas Pencapaian Cemerlang Dalam Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2025 🌟 Alhamdulillah, seluruh warga

FOLLOW & SUBSCRIBE