Ulama, Agamawan Capai Kemerdekaan Tanah Melayu

SIAPAKAH SYEIKH ABDULLAH FAHIM

Syeikh Abdullah Fahmi merupakan seorang ulama’ di Pulau Pinang dan beliau merupakan mufti pertama Pulau Pinang. Beliau dilahirkan di Mekah dan mendapat pendidikan di Mekah dengan berguru daripada 15 orang ulama’ yang membolehkan beliau menguasai pelbagai disiplin ilmu. Guru-guru beliau kebanyakannya terdiri daripada bangsa Arab termasuklah Syeikh Said Babsail (Mufti Mazhab Syafie), Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Syed Abu Bakri Syatha (penyusun kitab I’anah at-Thalibin).

Ulama’ dari dunia Melayu yang menjadi gurunya yang paling berpengaruh baginya ialah Syeikh Muhammad bin Ismail Daudi al- Fathani (penyusun kitab Mathla’ al-Badrain), Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan, al-Kalantani (penyusun Al-Jauhar al-Mauhub dan Lum’ah al-Aurad) dan Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani (pengasas pengkaderan ulama dunia Melayu di Mekah yang dikatakan mempunyai kemahiran sekurang-kurangnya 47 disiplin ilmu). Antara salah satu ilmu yang dikuasainya ialah ilmu falak.

ULAMA YANG MENGUASAI ILMU FALAK

Semasa menjadi guru, beliau juga turut mengajarkan subjek falak kepada anak muridnya.  Disebabkan kepakarannya dalam bidang falak, beliau telah diminta pendapat untuk menentukan waktu yang sesuai bagi kemerdekaan Malaya. Berdasarkan hisab dan falak Syeikh Abdullah Fahim, ditentukanlah bahawa hari kemerdekaan Malaya jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957. Melalui ilmu hisab dan falak yang beliau pelajari daripada Syeikh Ahmad al-Fathani, beliau kemudiannya memahirkan ilmu tersebut kepada Syeikh Muhammad Nur bin Syeikh Muhammad atau Syeikh Nik Mat Kecik bin Ismail Daudi al-Fathani iaitu sahabat beliau sendiri.

ULAMA’ YANG MENETAPKAN TARIKH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Syeikh Abdullah Fahim memainkan peranan yang sangat penting dalam peristiwa kemerdekaan. Beliau merupakan orang yang menentukan tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Selain itu, pada pertemuan membincangkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu itu, Sheikh Abdullah Fahim memberitahu Tunku Abdul Rahman selepas 5 tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Tanah Melayu ini akan bertukar namanya. Ramalan yang dibuat berdasarkan ilmu firasat yang beliau miliki, dan ternyata benar apabila dengan kehendak Allah jua, Tanah Melayu bertukar namanya kepada Malaysia setelah 5 tahun mencapai kemerdekaan.

Syeikh Abdullah Fahim juga merupakan merupakan datuk kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan bapa kepada Haji Ahmad Badawi Abdullah bin Haji Abdullah Fahim.

 

Antara pesanan al-Marhum Tuan Guru  :

 

“(Nasihat) supaya jangan berpecah belah oleh bangsa Melayu sendiri. Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab empat mazhab ahli al-Sunnah wal Jamaah (yang beliau maksudkan adalah golongan kaum muda atau Wahabi). Maksud mereka itu hendak mengelirukan fahaman awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang sejati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu, hukum-hukum mereka itu diambil dari kitab Huda al-Rasul yang mukhasar daripada kitab Huda al-‘Ibad dikarang akan dia oleh Ibnu Qayyim al-Khariji, maka Ibnu al-Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama’ Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah.”
 
“Tuan-tuan bangsa Melayu jangan mudah tertipu dengan daya hasutan mereka yang mengeluarkan hukum-hukum yang tiada terpakai dalam mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri. “
Bahkan pesanan beliau lebih keras lagi: “Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu dengan bertujuan untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu, maka bunuhlah akan dia (takwil ‘bunuh’ ialah ‘bunuh dengan hujjah ilmiyyah’).
 

JANGAN LUPAKAN PERJUANGAN ULAMA, AGAMAWAN CAPAI KEMERDEKAAN

Ketika Tanah Melayu dijajah, golongan ulama dan agamawan dianggap sebagai antara musuh atau ancaman paling berbahaya oleh kolonial Barat. Keilmuan dan gerakan jihad yang ditiupkan begitu kuat sehingga mereka diangkat sebagai penasihat kepada kesultanan Melayu, sekali gus membantu dalam hal ehwal agama, pentadbiran, politik dan mengatur strategi ketenteraan bagi mempertahankan kedaulatan negara.

 

Bagaimanapun umpama wira yang tidak didendang, sumbangan besar mereka seakan kurang mendapat perhatian, tidak diwacanakan secara besar-besaran dan dijulang sebagai tokoh kemerdekaan.

Kita sebenarnya amat terhutang budi dan perlu mengambil iktibar daripada perjuangan ulama silam yang sentiasa mendahulukan kepentingan agama tetapi mempunyai sifat cintakan tanah air yang begitu tinggi sehingga sanggup mempertahankannya sehingga ke titisan darah terakhir.

 

Sumber rujukan :

https://www.manis.fm/syeikh-abdullah-fahim-ulama-yang-terlibat-dengan-kemerdekaan-tanah-melayu/

https://www.facebook.com/thepatriotsasia/photos/ulamak-yang-menetapkan-tarikh-kemerdekaan-malayabeliau-adalah-tuan-guru-haji-abd/355114761349222/?checkpoint_src=any

https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/08/468328/jangan-lupakan-perjuangan-ulama-agamawan-capai-kemerdekaan

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Lidahmu Boleh Menjadi Tiket ke Neraka
19 Jul

Lidahmu Boleh Menjadi Tiket ke Neraka

Berhati-hatilah Sebelum Berkata Dalam kehidupan seharian, kita sering menganggap sesuatu perkataan itu hanyalah gurauan atau luahan emosi. Namun, di sisi

FAMILY DAY WARIS BERSAMA ADI 2026 BERLANGSUNG PENUH KEMERIAHAN DAN UKHWAH
15 Jul

FAMILY DAY WARIS BERSAMA ADI 2026 BERLANGSUNG PENUH KEMERIAHAN DAN UKHWAH

SUNGAI PETANI, 11 Julai 2026 – Alhamdulillah, Family Day Waris Bersama ADI 2026 yang berlangsung pada 10 hingga 11 Julai

Program 1 Rumah 1 Hafiz Berjaya Himpunkan 70 Peserta di Masjid Abdullah Fahim SPU
09 Jul

Program 1 Rumah 1 Hafiz Berjaya Himpunkan 70 Peserta di Masjid Abdullah Fahim SPU

SEBERANG PERAI UTARA, 7 Julai 2026 – Program 1 Rumah 1 Hafiz anjuran Akademi Darul Ilmi (ADI) dengan kerjasama Masjid

Gambar Kenangan Bersama UWA | Kuliah Duha UWA 27 Jun 2026 Dihadiri 13 Bas Rombongan
30 Jun

Gambar Kenangan Bersama UWA | Kuliah Duha UWA 27 Jun 2026 Dihadiri 13 Bas Rombongan

27 Jun 2026 Alhamdulillah, Kuliah Duha UWA telah berlangsung dengan penuh keberkatan. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada

Darul Quran JAKIM Lawat Akademi Darul Ilmi (ADI) Sungai Petani Demi Perluaskan Program SPHB ke Seluruh Negara
08 Jun

Darul Quran JAKIM Lawat Akademi Darul Ilmi (ADI) Sungai Petani Demi Perluaskan Program SPHB ke Seluruh Negara

SUNGAI PETANI, 4 Jun 2026 – Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan lawatan tapak ke Akademi Darul

𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍
06 May

𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍

Ramai manusia hari ini bekerja dengan penuh kesungguhan demi mencari rezeki yang halal. Namun dalam usaha mencari pendapatan, ada yang

FOLLOW & SUBSCRIBE