Tangisan Rasulullah ﷺ Untuk Umatnya

RASULULLAH ﷺ sering memikirkan tentang kita. Ya, kita (umatnya). Kadangkala, bimbang akan kelalaian dan kealpaan umatnya, Rasulullah ﷺ tiba-tiba menangis.

 

Pernah satu ketika berlaku gerhana matahari di zaman Nabi ﷺ. Keadaan mendung dan kelam ini mengingatkan Rasulullah ﷺ tentang azab yang menimpa umat terdahulu di mana bumi menjadi gelap. Rasulullah ﷺ lantas melaksanakan solat gerhana. Dalam sujud yang panjang Rasulullah ﷺ menangis dan merintih:

 

أَلَمْ تَعِدْنِي أَنْ لا تُعَذِّبَهُمْ وَأَنَا فِيهِمْ‏؟‏ رَبِّ أَلَمْ تَعِدْنِي أَنْ لا تُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ‏

“Wahai Tuhanku, bukankah kau berjanji tidak akan memberikan azab terhadap umatku sedangkan aku di sisi mereka? Wahai Tuhanku, bukankah kau berjanji tidak akan mengazab mereka sedangkan mereka beristighfar?”

 

(HR Tirmizi, al-Shamail; Muslim, Sahih)

 

Malah, menurut Abdullah ibn Amru, ketika Rasulullah ﷺ membaca ayat berkenaan doa Nabi Ibrahim terhadap umatnya (Surah Ibrahim: 36) dan tentang doa Nabi Isa tentang umatnya (Al-Maidah:118), Rasulullah ﷺ tiba-tiba menangis lalu berdoa:

 

اللهُمَّ أُمَّتِي أُمَّتِي

“Ya Allah, umatku, umatku.”

(HR Muslim)

 

Sayang sungguh Rasulullah ﷺ pada kita. Dalam solat, Baginda menangis kerana teringatkan kita. Ketika membaca Quran, teringat lagi tentang kita lalu Baginda menangis. Betapa sayang Rasulullah ﷺ pada kita.

 

Sehubungan itu, sebagai umatnya kita perlu sentiasa mengingati Baginda ﷺ dengan memperbanyakkan amalan selawat serta beramal dengan sunnahnya.

 

Di padang mahsyar kelak, Rasulullah ﷺ akan menjadi tumpuan seluruh umat manusia untuk mendapatkan syafaat daripadanya. Manusia pada ketika itu berada dalam keadaan yang kebingungan dan ketakutan. Maka, kita akan mencari-cari orang yang dapat membela kita di hadapan Allah.

 

Pada akhirnya, kita akan mendapatkan pertolongan dan memohon syafaat daripada Rasulullah ﷺ supaya Baginda ﷺ memohon kepada Allah untuk menyelesaikan penderitaan yang sudah tidak tertanggung lagi itu.

 

Rasulullah ﷺ juga akan menunggu dan menjemput umatnya di syurga. Selagi umatnya belum berkumpul, Baginda ﷺ tidak akan melangkah kakinya ke syurga.

 

Tuntasnya, bagaimana cara kita membalas kecintaan Rasulullah ﷺ itu? Berdasarkan perjalanan sirah, banyak perkara yang dapat kita pelajari mengenai pengorbanan serta perjuangan yang dilakukan Nabi Muhammad ﷺ ketika usaha Baginda ﷺ menyebarkan dakwah ke seluruh umat di serata dunia.

 

Baginda begitu cekal walaupun pernah cedera akibat dipukul serta dibaling batu. Namun semua dugaan yang dihadapi itu tidak pernah mematahkan semangat Baginda demi melihat agama Islam terus berkembang dan umat terus mengenal Allah.

 

Tidak mahukah kita mengecapi kurniaan berupa syurga dan tinggal di dalamnya bersama-sama Nabi ﷺ hasil ketaatan yang kita curahkan kepada Allah dan Rasul-Nya?

 

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka iaitu nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).”

 

(Surah an-Nisaa’, ayat 69)

 

Begitulah ganjaran agung yang dijanjikan Allah apabila kita berjaya melakar kasih dan cinta terhadap Rasulullah ﷺ.

 

Ayuh perbanyakkan selawat buat Baginda Nabi ﷺ.

 

Allahumma solli ‘ala Saidina Muhammad.

 

Sumber Rujukan

 

Dr Ahmad Sanusi. (2020, October 30). Tangisan Rasulullah untuk Kita. Retrieved September 18, 2023, from https://www.facebook.com/630358917301238/posts/tangisan-rasulullah-untuk-kita-1-rasulullah-sering-memikirkan-tentang-kita-ya-ki/1324600514543738/

Samsudin, M. F. (2018, November 21). Cinta Nabi buat umatnya. Harian Metro.  https://www.hmetro.com.my/addin/2018/11/397012/cinta-nabi-buat-umatnya

 

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Solat Jangan Tinggal: Pesanan Buat Rider Muslim
23 Sep

Solat Jangan Tinggal: Pesanan Buat Rider Muslim

Ride Jauh, Solat Tetap Dijaga Perjalanan kita mungkin jauh. Ada kalanya beratus-ratus kilometer bersama sahabat. Sebelum ride, kita periksa tayar,

Doa Pagari Anak: Mohon Perlindungan Allah Daripada Gangguan Syaitan
14 Sep

Doa Pagari Anak: Mohon Perlindungan Allah Daripada Gangguan Syaitan

Anak-anak adalah amanah daripada Allah SWT. Sebagai ibu bapa, kita berusaha menjaga makan minum, kesihatan, pendidikan dan keselamatan mereka. Namun,

Nafsu atau Redha Allah?
03 Sep

Nafsu atau Redha Allah?

Dalam hidup, bukan semua yang kita inginkan baik untuk kita. Ada perkara yang terasa menyenangkan. Namun, ia mungkin membawa kita

Kenali Ummahatul Mukminin: Isteri-Isteri Rasulullah ﷺ
25 Aug

Kenali Ummahatul Mukminin: Isteri-Isteri Rasulullah ﷺ

Siapakah Ummahatul Mukminin? Ummahatul Mukminin bermaksud Ibu-Ibu Orang Mukmin. Gelaran yang sangat mulia ini diberikan kepada isteri-isteri Nabi Muhammad ﷺ.

Hukum Judi Dalam Islam: Haram dan Wajib Dijauhi
13 Aug

Hukum Judi Dalam Islam: Haram dan Wajib Dijauhi

Hukum Judi Dalam Islam: Haram dan Wajib Dijauhi Hukum judi dalam Islam adalah haram. Judi atau maysir dilarang dengan jelas

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐬𝐚𝐟𝐢𝐫, 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐧𝐭𝐮𝐭 𝐈𝐥𝐦𝐮
30 Jul

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐬𝐚𝐟𝐢𝐫, 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐧𝐭𝐮𝐭 𝐈𝐥𝐦𝐮

Setinggi-tinggi doa dan harapan mengiringi perjalanan para pelajar Akademi Darul Ilmi yang bakal menyambung pengajian di bumi Syam (Syria). Semoga

FOLLOW & SUBSCRIBE