Peristiwa Penting Bulan Rejab

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia dalam Islam, penuh dengan peristiwa bersejarah yang meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan umat Islam. Berikut adalah antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab:

 

1. Isra’ dan Mikraj

 

Peristiwa agung ini berlaku pada 27 Rejab. Rasulullah S.A.W telah diperjalankan oleh Allah dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis pada waktu malam. Dalam perjalanan ini, dada Baginda S.A.W dibersihkan sekali lagi, dan Baginda diangkat ke langit untuk bertemu Allah S.W.T. Ketika itu, kewajipan solat lima waktu telah diperintahkan kepada umat Islam.

 

2. Penghijrahan Pertama ke Habsyah

 

Akibat tekanan dan penyiksaan yang hebat dari golongan Musyrikin Makkah, para Sahabat mengadu kepada Rasulullah S.A.W. Baginda lalu menyarankan penghijrahan ke Habsyah. Raja Habsyah, walaupun bukan seorang Muslim, dikenal sebagai pemimpin yang adil dan melindungi umat Islam yang berhijrah ke wilayahnya.

 

3. Peperangan Tabuk

 

Peperangan ini berlaku pada tahun ke-9 Hijrah. Walaupun tiada pertempuran fizikal berlaku, tentera Rom melarikan diri kerana gerun dengan kekuatan dan ketabahan tentera Islam yang sanggup menghadapi cabaran berat, termasuk perjalanan jauh di musim panas yang terik menuju Tabuk, sebuah lokasi antara Hijjaz dan Syam.

 

4. Pemergian Imam Syafie

 

Imam Syafie, salah seorang daripada empat imam mazhab besar dalam fiqh, wafat pada bulan Rejab. Beliau dilahirkan di Gaza pada tahun 150 Hijrah, tahun yang sama dengan pemergian Imam Abu Hanifah. Imam Syafie merupakan pengasas Mazhab Syafie yang menjadi pegangan majoriti umat Islam di Nusantara.

 

5. Pembebasan Kedua Baitul Maqdis

 

Tentera Islam di bawah pimpinan Solahuddin Al-Ayubi berjaya membebaskan Baitul Maqdis pada tahun 583 Hijrah daripada cengkaman tentera Salib. Peristiwa ini adalah pembebasan kali kedua selepas pembukaan pertama oleh Saidina Umar Al-Khattab R.A.

 

Amalan Sunat Bulan Rejab

 

Bulan Rejab adalah bulan yang penuh keberkatan dan keutamaan. Umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amalan soleh, antaranya:

 

  • Qiamullail seperti solat sunat, membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, dan berselawat ke atas Nabi S.A.W.

 

  • Puasa sunat pada siang hari.

 

  • Bersedekah kepada yang memerlukan.

 

  • Berdoa dengan penuh keikhlasan.

 

Amalan-amalan ini tidak hanya terhad kepada bulan Rejab sahaja, tetapi perlu dilakukan dengan niat ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T sepanjang masa.

 

Kesimpulan

 

Bulan Rejab merupakan bulan yang istimewa dalam kalendar Islam, dikenali sebagai bulan Allah. Sebagai umat Islam, kita dianjurkan untuk menghidupkan bulan ini dengan memperbanyakkan ibadah dan amalan soleh.

 

Rasulullah S.A.W pernah berdoa:

“اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان”

Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.

 

(Al-Bazzar, al-Tabrani, dan al-Bayhaqi)

 

Maka, sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan, bulan Rejab adalah waktu terbaik untuk mempertingkatkan amal ibadah. Mudah-mudahan amalan ini menjadi bekal menuju keredhaan Allah S.W.T. Wallahu alam.

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍
06 May

𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍

Ramai manusia hari ini bekerja dengan penuh kesungguhan demi mencari rezeki yang halal. Namun dalam usaha mencari pendapatan, ada yang

Tahniah Hafiz ke-55 Akademi Darul Ilmi – Amin Al Hadi Tamat Hafazan 30 Juzuk
04 May

Tahniah Hafiz ke-55 Akademi Darul Ilmi – Amin Al Hadi Tamat Hafazan 30 Juzuk

Alhamdulillah, seluruh warga Akademi Darul Ilmi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Amin Al Hadi bin Mohd Nazri yang

Berkata Baik Atau Diam: Adab Menjaga Lisan Dalam Islam
29 Apr

Berkata Baik Atau Diam: Adab Menjaga Lisan Dalam Islam

Dalam kehidupan seharian, lidah adalah nikmat besar daripada Allah, namun pada masa yang sama ia boleh menjadi sebab keselamatan atau

Bukit yang Menjadi Saksi: Kisah di Lembah Uhud
07 Apr

Bukit yang Menjadi Saksi: Kisah di Lembah Uhud

Pagi itu, matahari di pinggiran Madinah terasa lebih terik daripada kebiasaannya. Di kaki Gunung Uhud, debu berterbangan menyambut kedatangan 3,000

TAHNIAH! MUHAMMAD HAMZAH BIN MOHD SHAKIR: HAFIZ KE-54 AKADEMI DARUL ILMI
07 Apr

TAHNIAH! MUHAMMAD HAMZAH BIN MOHD SHAKIR: HAFIZ KE-54 AKADEMI DARUL ILMI

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah. Seluruh warga Akademi Darul Ilmi dengan penuh rasa syukur dan bangga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

FOLLOW & SUBSCRIBE