Pengurusan TertinggI

Encik Mohd Rahmat Mohd LatifE
Mohd Rahmat bin Mohd Latiff telah dilahirkan pada 28 Oktober 1987 di Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awal di SMK St. Xavier. Minat beliau dalam bidang pendidikan dan dakwah telah terserlah apabila beliau telah dilantik menjadi seorang warden dan pembantu peribadi di Maahad Tahfiz Darul Tahzhib.
Setelah itu, Mohd Rahmat juga telah menceburi dalam bidang perniagaan. Beliau bermula menceburi dalam perkhidmatan pemasangan dan menyelia CCTV pada tahun 2015 hingga 2021. Dengan minat yang mendalam dalam bidang teknologi dan media, Rahmat telah menubuhkan sebuah syarikat Abu Khadijah Studio pada tahun 2013 yang memberi fokus kepada rakaman kuliah agama yang disampaikan oleh para asatizah di Malaysia.
Setelah hampir 10 tahun Abu Khadijah Studio ditubuhkan, siaran YouTube tersebut telah meraih pelbagai pencapaian iaitu YouTube Silver Creator Award atas pencapaian serratus ribu subscribers pada tahun 2018. Dalam masa 4 tahun, Abu Khadijah Studio secara konsisten melakar kejayaan dengan mendapat YouTube Gold Award atas pencaipan satu juta subscribers pada tahun 2022.
Kini, Abu Khadijah Studio telah menjadi salah satu medium dakwah digital yang sangat dikenali dan menjadi tumpuan segenap rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu agama Islam. Dengan sumbangan yang begitu besar dalam penyebaran agama Islam secara digital di Malaysia, Mohd Rahmat telah berjaya mencuri perhatian 540,000 pengikut di laman sesawang Facebook dan 1.2 juta langganan di YouTube rasmi Abu Khadijah Studio.
Bukan itu sahaja, Mohd Rahmat mempunyai minat yang sangat mendalam dalam penyebaran dakwah dan kebajikan agama Islam. Hal ini memberi dorongan kepada beliau untuk bergiat aktif dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) “Be Human” sebagai Timbalan Pengerusi. NGO tersebut bergiat aktif dalam menyalurkan bantuan kemasyarakatan tanpa mengira kaum dan latar belakang di sekitar negeri Pulau Pinang dan Zon Utara, Semenanjung Malaysia.
Kita mendoakan agar perjuangan En Rahmat dipermudahkan dalam penyebaran dakwah digital kepada segenap manusia sama ada di Malaysia atau di luar negara.
Encik Mohd Rahmat Mohd Latiff
Ahli Lembaga Pemegang Amanah
Akademi Darul Iftak