Sumbangan Pelajar ADI untuk Masyarakat

Pada 16 Januari 2025, seramai 53 orang pelajar bersama 10 orang guru dari Bahagian Al-Quran Akademi Darul Ilmi (ADI) telah melaksanakan Program Khidmat Masyarakat bersama penduduk setempat di Surau Al-Ihsan, Pekan Kampung Lalang, Baling. Program ini merupakan sebahagian daripada modul Mukhayam Perdana ADI yang bertujuan untuk mendidik pelajar mengenai kepentingan menjaga kebersihan, mengimarahkan rumah Allah dan menjalinkan hubungan erat dengan masyarakat.

 

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini, antaranya ialah gotong-royong membersihkan kawasan surau, mengecat semula dinding surau dan sesi tazkirah ringkas yang disampaikan oleh guru-guru ADI.

 

Program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sangat baik daripada masyarakat setempat. Kehadiran para pelajar ADI bukan sahaja membantu menceriakan suasana surau malah berjaya menyuntik semangat kekitaan dalam kalangan komuniti.

 

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk memberi manfaat yang lebih besar kepada masyarakat dan mendidik generasi muda tentang tanggungjawab sosial serta kepentingan mengimarahkan rumah Allah.

 

#AkademiDarulIlmi
#MukhayamPerdanaADI
#KhidmatMasyarakat
#ImarahRumahAllah

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Doa Pagari Anak: Mohon Perlindungan Allah Daripada Gangguan Syaitan
14 Sep

Doa Pagari Anak: Mohon Perlindungan Allah Daripada Gangguan Syaitan

Anak-anak adalah amanah daripada Allah SWT. Sebagai ibu bapa, kita berusaha menjaga makan minum, kesihatan, pendidikan dan keselamatan mereka. Namun,

Nafsu atau Redha Allah?
03 Sep

Nafsu atau Redha Allah?

Dalam hidup, bukan semua yang kita inginkan baik untuk kita. Ada perkara yang terasa menyenangkan. Namun, ia mungkin membawa kita

Kenali Ummahatul Mukminin: Isteri-Isteri Rasulullah ﷺ
25 Aug

Kenali Ummahatul Mukminin: Isteri-Isteri Rasulullah ﷺ

Siapakah Ummahatul Mukminin? Ummahatul Mukminin bermaksud Ibu-Ibu Orang Mukmin. Gelaran yang sangat mulia ini diberikan kepada isteri-isteri Nabi Muhammad ﷺ.

Hukum Judi Dalam Islam: Haram dan Wajib Dijauhi
13 Aug

Hukum Judi Dalam Islam: Haram dan Wajib Dijauhi

Hukum Judi Dalam Islam: Haram dan Wajib Dijauhi Hukum judi dalam Islam adalah haram. Judi atau maysir dilarang dengan jelas

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐬𝐚𝐟𝐢𝐫, 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐧𝐭𝐮𝐭 𝐈𝐥𝐦𝐮
30 Jul

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐬𝐚𝐟𝐢𝐫, 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐧𝐭𝐮𝐭 𝐈𝐥𝐦𝐮

Setinggi-tinggi doa dan harapan mengiringi perjalanan para pelajar Akademi Darul Ilmi yang bakal menyambung pengajian di bumi Syam (Syria). Semoga

Lidahmu Boleh Menjadi Tiket ke Neraka
19 Jul

Lidahmu Boleh Menjadi Tiket ke Neraka

Berhati-hatilah Sebelum Berkata Dalam kehidupan seharian, kita sering menganggap sesuatu perkataan itu hanyalah gurauan atau luahan emosi. Namun, di sisi

FOLLOW & SUBSCRIBE