Hari Kesihatan Akademi Darul Iftak

Pada 11 September 2023, Akademi Darul Iftak dengan kerjasama Pantai Hospital Sungai Petani telah mengadakan Hari Kesihatan Akademi Darul Iftak 2023 bertempat di Dewan Akademi Darul Iftak.
 
Program yang melibatkan seramai 38 orang kakitangan ADI ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi ADI, Al Fadhil Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub.
 
Program yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk mengenal pasti dan memeriksa tahap kesihatan kakitangan ADI di samping memberi kesedaran buat seluruh warga ADI untuk mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat serta seimbang.
 
Program ini dimulai dengan bacaan doa oleh pelajar ADI dan ucapan alu-aluan oleh Al Fadhil Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub selaku Pengerusi ADI. Kemudian, program diteruskan pula dengan perkongsian mengenai Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat yang disampaikan oleh Cik Siti Nadzirah binti Mhd Khalid, Pakar Pemakanan Pantai Hospital Sungai Petani.
 
Program ini diakhiri dengan sesi pemeriksaan kesihatan yang merangkumi pemeriksaan kadar tekanan darah, kadar gula dalam darah, dan juga kadar kolesterol.
Pihak ADI mengharapkan agar program begini dapat mewujudkan suasana pemakanan dan gaya hidup yang sihat dalam kalangan warga ADI.
 
 
Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Ilmu dan Amal: Sudahkah Kita Mengamalkan Apa yang Kita Tahu?
09 Nov

Ilmu dan Amal: Sudahkah Kita Mengamalkan Apa yang Kita Tahu?

Kita tahu pentingnya menjaga tutur kata. Namun, apabila ditegur di hadapan orang lain, kadang-kadang suara kita meninggi sebelum sempat kita

Ahmad Arif Safwan Tamat Hafazan 30 Juzuk dalam Tempoh 1 Tahun 10 Bulan
02 Nov

Ahmad Arif Safwan Tamat Hafazan 30 Juzuk dalam Tempoh 1 Tahun 10 Bulan

SUNGAI PETANI, 2 November 2026 — Alhamdulillah, Ahmad Arif Safwan bin Razman berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran di Akademi

Apabila Allah Menempatkan Kita di Tempat yang Terbaik
28 Oct

Apabila Allah Menempatkan Kita di Tempat yang Terbaik

Dalam kehidupan, kita mungkin berpindah rumah, memulakan pekerjaan baharu atau memasuki suasana yang belum pernah dilalui. Pada saat seperti ini,

𝐒𝐲𝐮𝐤𝐮𝐫 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧
20 Oct

𝐒𝐲𝐮𝐤𝐮𝐫 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧

Pernahkah kita terfikir, mengapa hati masih berasa kekurangan walaupun pelbagai nikmat telah Allah kurniakan? Kita memiliki tempat berteduh, makanan untuk

Doa Memohon Perlindungan Daripada Ujian Berat dan Musibah
07 Oct

Doa Memohon Perlindungan Daripada Ujian Berat dan Musibah

Ada Ujian yang Kita Tak Mampu Hadapi Sendirian Kadang-kadang kita rasa hidup sedang baik-baik sahaja. Kerja berjalan seperti biasa, keluarga

Solat Jangan Tinggal: Pesanan Buat Rider Muslim
23 Sep

Solat Jangan Tinggal: Pesanan Buat Rider Muslim

Ride Jauh, Solat Tetap Dijaga Perjalanan kita mungkin jauh. Ada kalanya beratus-ratus kilometer bersama sahabat. Sebelum ride, kita periksa tayar,

FOLLOW & SUBSCRIBE