Bengkel Kecemerlangan Bahasa Melayu Kertas 1 SPM

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Akademi Darul Ilmi (ADI) melalui Bahagian SPM telah berjaya menganjurkan Bengkel Kecemerlangan Bahasa Melayu Kertas 1 SPM: Aplikasi Roda Kata Kunci pada hari Ahad, 2 Februari 2025. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar ADI mengenai teknik dan kemahiran menjawab soalan Kertas 1 Bahasa Melayu SPM dengan lebih efektif serta berkesan. Salah satu teknik utama yang diperkenalkan dalam bengkel ini adalah penggunaan roda kata kunci, yang membantu pelajar menyusun idea dengan lebih teratur dan menghasilkan jawapan yang lebih berstruktur serta relevan dalam penulisan karangan. Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 15 orang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM ADI dan 2 orang guru Bahasa Melayu ADI.

 

 

Untuk memastikan keberkesanan bengkel ini, pihak ADI telah menjemput Encik Azmi bin Md Said, seorang Guru Kanan Bahasa dari SMK Sultan Ahmad Tajuddin, Bandar Baharu, Kedah, sebagai penceramah utama. Beliau merupakan seorang pendidik yang berpengalaman luas dalam bidang Bahasa Melayu dan aktif dalam pelbagai program kecemerlangan akademik. Dengan pengalaman lebih daripada 13 tahun mengajar subjek Bahasa Melayu SPM, beliau turut terlibat sebagai Panel Penggubal Modul Kecemerlangan BM SPM Negeri Kedah (2021-2025), Jurulatih Utama Bahasa Melayu Negeri Kedah (2021-2025), serta penceramah bebas teknik menjawab soalan BM SPM dan UASA. Selain itu, beliau juga merupakan penulis buku kerja Tuntas A+ Tingkatan 2, 4 dan 5 terbitan Cemerlang Publication, penulis buku Kit Karangan SPM terbitan Cemerlang Publication, serta penulis buku kerja Bahasa Melayu terbitan Ilmu Bakti.

 

 

Melalui bengkel ini, pelajar telah diberikan bimbingan khusus mengenai teknik penggunaan roda kata kunci dalam menjawab soalan Kertas 1, yang bukan sahaja membantu mereka mengorganisasikan idea dengan lebih sistematik tetapi juga memastikan setiap jawapan memenuhi aspek penting yang dikehendaki oleh soalan. Dengan latihan yang konsisten, diharapkan pelajar dapat menguasai teknik ini dan meningkatkan prestasi mereka dalam peperiksaan SPM.

 

 

Diharapkan bengkel ini dapat membantu pelajar membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan serta memberi panduan kepada guru dalam merancang strategi pembelajaran dan aktiviti latih tubi yang lebih berkesan. Dengan bimbingan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman dan semangat pelajar yang tinggi, semoga mereka dapat mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

 

 

#BengkelBMADI #AplikasiRodaKataKunci #BahasaMelayuSPM #kecemerlanganspm

 

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Doa Pagari Anak: Mohon Perlindungan Allah Daripada Gangguan Syaitan
14 Sep

Doa Pagari Anak: Mohon Perlindungan Allah Daripada Gangguan Syaitan

Anak-anak adalah amanah daripada Allah SWT. Sebagai ibu bapa, kita berusaha menjaga makan minum, kesihatan, pendidikan dan keselamatan mereka. Namun,

Nafsu atau Redha Allah?
03 Sep

Nafsu atau Redha Allah?

Dalam hidup, bukan semua yang kita inginkan baik untuk kita. Ada perkara yang terasa menyenangkan. Namun, ia mungkin membawa kita

Kenali Ummahatul Mukminin: Isteri-Isteri Rasulullah ﷺ
25 Aug

Kenali Ummahatul Mukminin: Isteri-Isteri Rasulullah ﷺ

Siapakah Ummahatul Mukminin? Ummahatul Mukminin bermaksud Ibu-Ibu Orang Mukmin. Gelaran yang sangat mulia ini diberikan kepada isteri-isteri Nabi Muhammad ﷺ.

Hukum Judi Dalam Islam: Haram dan Wajib Dijauhi
13 Aug

Hukum Judi Dalam Islam: Haram dan Wajib Dijauhi

Hukum Judi Dalam Islam: Haram dan Wajib Dijauhi Hukum judi dalam Islam adalah haram. Judi atau maysir dilarang dengan jelas

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐬𝐚𝐟𝐢𝐫, 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐧𝐭𝐮𝐭 𝐈𝐥𝐦𝐮
30 Jul

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐬𝐚𝐟𝐢𝐫, 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐧𝐭𝐮𝐭 𝐈𝐥𝐦𝐮

Setinggi-tinggi doa dan harapan mengiringi perjalanan para pelajar Akademi Darul Ilmi yang bakal menyambung pengajian di bumi Syam (Syria). Semoga

Lidahmu Boleh Menjadi Tiket ke Neraka
19 Jul

Lidahmu Boleh Menjadi Tiket ke Neraka

Berhati-hatilah Sebelum Berkata Dalam kehidupan seharian, kita sering menganggap sesuatu perkataan itu hanyalah gurauan atau luahan emosi. Namun, di sisi

FOLLOW & SUBSCRIBE