Bengkel Kecemerlangan Bahasa Melayu Kertas 1 SPM

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Akademi Darul Ilmi (ADI) melalui Bahagian SPM telah berjaya menganjurkan Bengkel Kecemerlangan Bahasa Melayu Kertas 1 SPM: Aplikasi Roda Kata Kunci pada hari Ahad, 2 Februari 2025. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar ADI mengenai teknik dan kemahiran menjawab soalan Kertas 1 Bahasa Melayu SPM dengan lebih efektif serta berkesan. Salah satu teknik utama yang diperkenalkan dalam bengkel ini adalah penggunaan roda kata kunci, yang membantu pelajar menyusun idea dengan lebih teratur dan menghasilkan jawapan yang lebih berstruktur serta relevan dalam penulisan karangan. Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 15 orang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM ADI dan 2 orang guru Bahasa Melayu ADI.

 

 

Untuk memastikan keberkesanan bengkel ini, pihak ADI telah menjemput Encik Azmi bin Md Said, seorang Guru Kanan Bahasa dari SMK Sultan Ahmad Tajuddin, Bandar Baharu, Kedah, sebagai penceramah utama. Beliau merupakan seorang pendidik yang berpengalaman luas dalam bidang Bahasa Melayu dan aktif dalam pelbagai program kecemerlangan akademik. Dengan pengalaman lebih daripada 13 tahun mengajar subjek Bahasa Melayu SPM, beliau turut terlibat sebagai Panel Penggubal Modul Kecemerlangan BM SPM Negeri Kedah (2021-2025), Jurulatih Utama Bahasa Melayu Negeri Kedah (2021-2025), serta penceramah bebas teknik menjawab soalan BM SPM dan UASA. Selain itu, beliau juga merupakan penulis buku kerja Tuntas A+ Tingkatan 2, 4 dan 5 terbitan Cemerlang Publication, penulis buku Kit Karangan SPM terbitan Cemerlang Publication, serta penulis buku kerja Bahasa Melayu terbitan Ilmu Bakti.

 

 

Melalui bengkel ini, pelajar telah diberikan bimbingan khusus mengenai teknik penggunaan roda kata kunci dalam menjawab soalan Kertas 1, yang bukan sahaja membantu mereka mengorganisasikan idea dengan lebih sistematik tetapi juga memastikan setiap jawapan memenuhi aspek penting yang dikehendaki oleh soalan. Dengan latihan yang konsisten, diharapkan pelajar dapat menguasai teknik ini dan meningkatkan prestasi mereka dalam peperiksaan SPM.

 

 

Diharapkan bengkel ini dapat membantu pelajar membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan serta memberi panduan kepada guru dalam merancang strategi pembelajaran dan aktiviti latih tubi yang lebih berkesan. Dengan bimbingan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman dan semangat pelajar yang tinggi, semoga mereka dapat mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

 

 

#BengkelBMADI #AplikasiRodaKataKunci #BahasaMelayuSPM #kecemerlanganspm

 

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Solat Pembuka Pintu Syurga
28 Oct

Solat Pembuka Pintu Syurga

๐ŸŒฟ Kunci Syurga Ialah Solat, dan Kunci Solat Ialah Taharah (Bersuci) โ€œSolat adalah kunci syurga, dan taharah (bersuci) adalah kunci

Majlis Liqaโ€™ Mahabbah 2025
21 Oct

Majlis Liqaโ€™ Mahabbah 2025

Tarikh: 19 Oktober 2025 ย |ย  Tempat: Dewan al-Quran, Akademi Darul Ilmi   Akademi Darul Ilmi baru-baru ini telah menganjurkan Majlis

Kawal Marah dengan Iman dan Doa
20 Oct

Kawal Marah dengan Iman dan Doa

Pendahuluan Siapakah yang tidak pernah marah? Setiap insan pasti pernah merasai perasaan tersebut. Ia adalah sifat semula jadi manusia. Namun,

Apabila Hati Diuji dengan Khianat
14 Oct

Apabila Hati Diuji dengan Khianat

๐ŸŒฟ Apabila Hati Diuji dengan Khianat Tidak semua yang berada di sisi kita benar-benar bersama kita. Kadangkala, ada yang kelihatan

Sumud Flotilla: Simbol Ketabahan dan Keimanan dalam Pelayaran Kemanusiaan
08 Oct

Sumud Flotilla: Simbol Ketabahan dan Keimanan dalam Pelayaran Kemanusiaan

Dalam sejarah perjuangan manusia menegakkan keadilan, muncul satu nilai yang menjadi asas kekuatan jiwa โ€” sumud. Ia menggambarkan keteguhan hati

Adab Berbicara Dalam Islam: Jangan Membiarkan Sahabat Sendirian
29 Sep

Adab Berbicara Dalam Islam: Jangan Membiarkan Sahabat Sendirian

Pendahuluan Dalam kehidupan seharian, kita sering bergaul dengan rakan, keluarga, atau masyarakat. Namun, ada perkara kecil yang mungkin kita anggap

FOLLOW & SUBSCRIBE