Cemerlang STAM & STM, Pelajar Akademi Darul Ilmi Diiktiraf Peringkat Negeri Kedah 2025

ALOR SETAR, 3 Julai 2025 โ€“ Empat orang pelajar cemerlang dari Akademi Darul Ilmi (ADI) telah diberi penghormatan menerima Anugerah Kecemerlangan daripada Kerajaan Negeri Kedah dalam Majlis Sanjungan Ilmu Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025, yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Wisma Darul Aman.

 

Majlis yang penuh berprestij itu telah disempurnakan oleh YAB Datoโ€™ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah, sebagai tanda penghargaan kepada pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam pelbagai peringkat peperiksaan termasuk STPM, STAM, SPM, dan pengajian tahfiz.

 

Empat pelajar dari Akademi Darul Ilmi telah berjaya meraih keputusan Mumtaz Sofi dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Mumtaz dalam Sijil Tahfiz Malaysia (STM). Pencapaian ini sekaligus membuktikan keunggulan pendekatan pendidikan yang diterapkan oleh ADI dalam melahirkan ilmuan Islam berprestasi tinggi, bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah unggul dalam aspek sahsiah dan kepimpinan.

 

Menurut pihak pengurusan ADI, kejayaan ini adalah hasil kesungguhan pelajar, tunjuk ajar para pendidik yang berdedikasi serta sokongan padu ibu bapa dan komuniti. Mereka turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas inisiatif menghargai pencapaian para pelajar melalui penganjuran majlis sebegini.

 

Pengiktirafan ini sekali gus mengukuhkan peranan ADI sebagai institusi yang konsisten dalam melahirkan ilmuan Islam berprestasi tinggi, berteraskan ilmu, akhlak dan kepimpinan.

 

Pihak ADI turut merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada YB Datoโ€™ Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah di atas usaha murni dalam menganjurkan program sebagai langkah signifikan dalam memartabatkan institusi pendidikan agama di negeri Kedah.

 

#topfansโ€จ#followerโ€จ#akademidarulilmiโ€จ๐Ÿ“ Melahirkan Ilmuan Islam Berprestasi Tinggi

 

 

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Lidahmu Boleh Menjadi Tiket ke Neraka
19 Jul

Lidahmu Boleh Menjadi Tiket ke Neraka

Berhati-hatilah Sebelum Berkata Dalam kehidupan seharian, kita sering menganggap sesuatu perkataan itu hanyalah gurauan atau luahan emosi. Namun, di sisi

FAMILY DAY WARIS BERSAMA ADI 2026 BERLANGSUNG PENUH KEMERIAHAN DAN UKHWAH
15 Jul

FAMILY DAY WARIS BERSAMA ADI 2026 BERLANGSUNG PENUH KEMERIAHAN DAN UKHWAH

SUNGAI PETANI, 11 Julai 2026 โ€“ Alhamdulillah, Family Day Waris Bersama ADI 2026 yang berlangsung pada 10 hingga 11 Julai

Program 1 Rumah 1 Hafiz Berjaya Himpunkan 70 Peserta di Masjid Abdullah Fahim SPU
09 Jul

Program 1 Rumah 1 Hafiz Berjaya Himpunkan 70 Peserta di Masjid Abdullah Fahim SPU

SEBERANG PERAI UTARA, 7 Julai 2026 โ€“ Program 1 Rumah 1 Hafiz anjuran Akademi Darul Ilmi (ADI) dengan kerjasama Masjid

Gambar Kenangan Bersama UWA | Kuliah Duha UWA 27 Jun 2026 Dihadiri 13 Bas Rombongan
30 Jun

Gambar Kenangan Bersama UWA | Kuliah Duha UWA 27 Jun 2026 Dihadiri 13 Bas Rombongan

27 Jun 2026 Alhamdulillah, Kuliah Duha UWA telah berlangsung dengan penuh keberkatan. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada

Darul Quran JAKIM Lawat Akademi Darul Ilmi (ADI) Sungai Petani Demi Perluaskan Program SPHB ke Seluruh Negara
08 Jun

Darul Quran JAKIM Lawat Akademi Darul Ilmi (ADI) Sungai Petani Demi Perluaskan Program SPHB ke Seluruh Negara

SUNGAI PETANI, 4 Jun 2026 โ€“ Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan lawatan tapak ke Akademi Darul

FOLLOW & SUBSCRIBE