Kematian Sebaik-baik Peringatan

 

كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ وَاِنَّمَا تُوَفَّوْنَ اُجُوْرَكُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ ۗ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَاُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيٰوةُ الدُّنْيَآ اِلَّا مَتَاعُ الْغُرُوْرِ

Maksudnya:

Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.

(Surah Ali ‘Imran ayat 185)

 

KEMATIAN adalah sebaik-baik peringatan ataupun nasihat. Saidina Umar al-Khattab sering mengingatkan dirinya akan kematian sehinggakan beliau memakai cincin yang terukir:

 

كَفَى بِالمـَوتِ وَاعِظًا يَا عُمَر

“Cukuplah kematian sebagai peringatan, wahai Umar.”

[Mukhtasar Tarikh Dimasyq oleh Ibn Manzur, 18/313]

 

Nabi S.A.W menasihati kita bahawa dengan mengingati kematianlah kita dapat menghindari diri daripada melakukan dosa dan maksiat. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar R.A, Nabi S.A.W bersabda:

 

أَكْثِرُوا ذِكرَ هَاذمِ اللَّذّاتِ – يَعْنِي المـَوت – فَإنَّه مَا كَانَ فِي كَثِيرٍ إِلَّا قَلَّلهُ، وَلاَ قَلِيلٍ إِلَّا أَجزَاهُ

“Perbanyakkan mengingati pemutus kelazatan – iaitu kematian – kerana apabila ia diingati dalam keadaan banyak maksiat, ia boleh mengurangkan kemaksiatan tersebut dan apabila diingati dalam keadaan kurang ibadah, ia akan memperbanyakkan ibadah tersebut.”

[Riwayat al-Baihaqi dalam Syu‘ab al-Iman, 7/353]

 

Syeikh Ramadhan al-Buti juga pernah berkata:

“Jika anda sentiasa mengingati kematian dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya setiap masa, maka tatkala kematian itu datang, anda akan menyambut kedatangannya dengan penuh ketenangan sambil berkata: ‘Selamat datang wahai pertemuan dengan Allah S.W.T.’”

[Siri Fi Sabil al-Tazkiyyah, no. 6]

 

Doa Yang Dianjurkan Untuk Memohon Kematian Dalam Keadaan Baik

 

Daripada Busr bin Arthoh berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

 

اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا، وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْآخِرَةِ

 

Maksudnya: “Ya Allah, perbaikkanlah kesudahan segenap urusan kami serta lindungilah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan siksaan hidup di akhirat.” 

[Riwayat Ibn Hibban (949)]

 

Doa Penghubung Kita Dengan Allah

 

Tuntasnya, doa merupakan salah satu ibadah yang hebat kerana ia berhubung terus kepada Allah SWT. Di samping itu, di dalam bab berdoa terdapat keluasan yang mana kita tidak semestinya perlu berdoa dengan doa yang diajar oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan juga yang diajar oleh Nabi SAW di dalam hadith sahaja walaupun sebaik-baik doa atau lafaz doa adalah yang daripada Allah SWT dan Nabi SAW. Kita boleh berdoa dengan apa jua doa sekalipun selagimana makna atau maksud doa tersebut adalah baik dan tidak bercanggah dengan agama. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita semua pengakhiran yang baik serta menjauhkan kita daripada segala kehinaan sama ada di dunia mahupun di akhirat. “Ya Allah, perbaikkanlah kesudahan segenap urusan kami serta lindungilah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan seksaan hidup di akhirat.” Aaamin Ya Rabbal ‘Alaamiin.

 

 

Sumber rujukan

Halim, I. A. (2021, November 18). Cukuplah kematian sebagai peringatan. HarakahDaily. https://harakahdaily.net/index.php/2021/11/18/cukuplah-kematian-sebagai-peringatan/

Al-Quran Online Surat Ali ’Imran Terjemahan dan Tafsir Ayat | Tokopedia Salam. (n.d.). Tokopedia. https://www.tokopedia.com/s/quran/ali-imran/ayat-185

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan – IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-245: DOA MATI DALAM KEBAIKAN. (2018, January 29). https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/2278-irsyad-al-hadith-siri-ke-245-doa-mati-dalam-kebaikan

 

 

 

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Fathul Mekah: Kemenangan Tanpa Pertumpahan Darah
01 Mar

Fathul Mekah: Kemenangan Tanpa Pertumpahan Darah

Fathul Mekah merupakan salah satu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam yang berlaku pada 20 Ramadan tahun ke-8 Hijrah. Pembukaan

Hukum Memakai Gincu Ketika Berpuasa: Batal Atau Tidak?
26 Feb

Hukum Memakai Gincu Ketika Berpuasa: Batal Atau Tidak?

Bila tiba bulan Ramadan, ramai kaum hawa mula tertanya-tanya tentang rutin kecantikan mereka. Salah satu soalan yang paling kerap ditanya

Kunjungan Mahabbah Pegawai Agama Daerah Kuala Muda
23 Feb

Kunjungan Mahabbah Pegawai Agama Daerah Kuala Muda

Isnin | 23 Februari 2026 Alhamdulillah, Akademi Darul Ilmi hari ini telah menerima kunjungan mahabbah yang cukup bermakna daripada Syeikh

Majlis Watikah Pelantikan MPN, MPP dan PRS Sesi 2026/2027 Akademi Darul Ilmi
20 Jan

Majlis Watikah Pelantikan MPN, MPP dan PRS Sesi 2026/2027 Akademi Darul Ilmi

Sungai Layar – Akademi Darul Ilmi telah menganjurkan Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Perwakilan Nadi (MPN) dan

Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar
15 Jan

Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar

Sungai Layar – Akademi Darul Ilmi (ADI) telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) bersama Pejabat Pendidikan

FOLLOW & SUBSCRIBE