Majlis Liqa’ Mahabbah 2025

Tarikh: 19 Oktober 2025  |  Tempat: Dewan al-Quran, Akademi Darul Ilmi

 

Akademi Darul Ilmi baru-baru ini telah menganjurkan Majlis Liqa’ Mahabbah 2025 pada 19 Oktober di Dewan al-Quran. Majlis ini disertai oleh Pengerusi Akademi, Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Mohamad Wadi Annuar bin Ayub, guru-guru subjek SPM, serta waris calon SPM. Program bertujuan memperkukuh hubungan antara pihak pengurusan, guru, pelajar dan waris.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin yang diketuai oleh pelajar Akademi, saudara Rifae’i. Acara ini menandakan pembukaan majlis dengan penuh keberkatan dan simbolik kepada usaha pelajar menghadapi peperiksaan SPM.

 

Seterusnya, pihak guru dan penyelaras akademik memberikan taklimat mengenai peperiksaan percubaan dan fasa pecutan akhir SPM. Turut diselitkan perkongsian mengenai haluan pasca-SPM bagi memberi panduan awal kepada waris dalam perancangan masa depan pelajar.

 

Dalam ucapan penutup, Ustaz Mohamad Wadi Annuar menekankan pentingnya usaha bersungguh-sungguh dan bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT untuk mencapai kejayaan. Beliau juga menyeru agar ilmu menjadi bekalan utama pelajar untuk berkhidmat kepada agama dan masyarakat.

 

Majlis Liqa’ Mahabbah 2025 berjaya menjadi platform memperkukuh ukhuwah antara guru, pelajar dan waris, serta memberikan semangat baharu kepada calon SPM dalam melangkah ke arah kejayaan akademik dan kehidupan.

 

#BeritaAkademiDarulIlmi #LiqaMahabbah #SPM2025 #MotivasiPelajar #UstazWadiAnnuar

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Bukit yang Menjadi Saksi: Kisah di Lembah Uhud
07 Apr

Bukit yang Menjadi Saksi: Kisah di Lembah Uhud

Pagi itu, matahari di pinggiran Madinah terasa lebih terik daripada kebiasaannya. Di kaki Gunung Uhud, debu berterbangan menyambut kedatangan 3,000

TAHNIAH! MUHAMMAD HAMZAH BIN MOHD SHAKIR: HAFIZ KE-54 AKADEMI DARUL ILMI
07 Apr

TAHNIAH! MUHAMMAD HAMZAH BIN MOHD SHAKIR: HAFIZ KE-54 AKADEMI DARUL ILMI

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah. Seluruh warga Akademi Darul Ilmi dengan penuh rasa syukur dan bangga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

Tahniah! Keputusan Cemerlang SPM 2025 Akademi Darul Ilmi
03 Apr

Tahniah! Keputusan Cemerlang SPM 2025 Akademi Darul Ilmi

Alhamdulillah, Syabas Pelajar Akademi Darul Ilmi! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Akademi Darul Ilmi atas pencapaian yang sungguh membanggakan

Kaifiat Solat Sunat Istisqa’ (Solat Minta Hujan)
29 Mar

Kaifiat Solat Sunat Istisqa’ (Solat Minta Hujan)

Solat Sunat Istisqa’ merupakan solat yang dilakukan khusus untuk memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan ketika berlakunya musim kemarau

Kelebihan Puasa 6 Syawal: Rebut Pahala Setahun!
29 Mar

Kelebihan Puasa 6 Syawal: Rebut Pahala Setahun!

Pendahuluan Selepas sebulan kita berjuang di bulan Ramadan, Allah ﷻ menawarkan satu lagi peluang keemasan melalui puasa sunat enam hari

FOLLOW & SUBSCRIBE