𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗞𝗵𝗮𝘁𝗮𝗺 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗻𝗮𝗱 𝗥𝗶𝘄𝗮𝘆𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗳𝘀 ’𝗔𝗻 𝗔𝘀𝗶𝗺

Alhamdulillah, Akademi Darul Ilmi telah berjaya menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Bersanad Riwayat Hafs ’An Asim pada Khamis, 10 Oktober 2024. Seramai lima orang pelajar dari Akademi Darul Ilmi telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran secara ghaib (tanpa melihat mushaf), di bawah bimbingan 𝗦𝘆𝗲𝗶𝗸𝗵 𝗕𝗶𝗹𝗮𝗹 𝗗𝗶𝗱𝗲𝗻, seorang guru Al-Quran dari Syria yang memiliki sanad ke-28. Ini menjadikan para pelajar Akademi Darul Ilmi kini memiliki sanad yang ke-29.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Akademi Darul Ilmi, al-Fadhil Ustaz Mohamad Wadi Annuar bin Ayub, para waris pelajar, kakitangan, serta pelajar-pelajar akademi.
Didoakan semoga para pelajar yang telah menamatkan hafazan Al-Quran ini dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh, mengamalkan kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian, dan menjadikan ia sebagai panduan dalam setiap tindakan dan keputusan mereka.
Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍
06 May

𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍

Ramai manusia hari ini bekerja dengan penuh kesungguhan demi mencari rezeki yang halal. Namun dalam usaha mencari pendapatan, ada yang

Tahniah Hafiz ke-55 Akademi Darul Ilmi – Amin Al Hadi Tamat Hafazan 30 Juzuk
04 May

Tahniah Hafiz ke-55 Akademi Darul Ilmi – Amin Al Hadi Tamat Hafazan 30 Juzuk

Alhamdulillah, seluruh warga Akademi Darul Ilmi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Amin Al Hadi bin Mohd Nazri yang

Berkata Baik Atau Diam: Adab Menjaga Lisan Dalam Islam
29 Apr

Berkata Baik Atau Diam: Adab Menjaga Lisan Dalam Islam

Dalam kehidupan seharian, lidah adalah nikmat besar daripada Allah, namun pada masa yang sama ia boleh menjadi sebab keselamatan atau

Bukit yang Menjadi Saksi: Kisah di Lembah Uhud
07 Apr

Bukit yang Menjadi Saksi: Kisah di Lembah Uhud

Pagi itu, matahari di pinggiran Madinah terasa lebih terik daripada kebiasaannya. Di kaki Gunung Uhud, debu berterbangan menyambut kedatangan 3,000

TAHNIAH! MUHAMMAD HAMZAH BIN MOHD SHAKIR: HAFIZ KE-54 AKADEMI DARUL ILMI
07 Apr

TAHNIAH! MUHAMMAD HAMZAH BIN MOHD SHAKIR: HAFIZ KE-54 AKADEMI DARUL ILMI

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah. Seluruh warga Akademi Darul Ilmi dengan penuh rasa syukur dan bangga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

FOLLOW & SUBSCRIBE