𝐏𝐞𝐦𝐞𝐠𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐮𝐧𝐜𝐢 𝐊𝐚𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚

MEKAH – Sheikh Saleh Al Shaibi meninggal dunia pagi tadi, lapor laman berita Gulf News.

 

Beliau merupakan penjaga dan pemegang kunci Kaabah ke-109. Untuk rekod, Syeikh Saleh Al-Shaibi dilantik sebagai penjaga Kaabah pada 2013 selepas bapa saudaranya, Abdulqader Taha Al-Shaibi meninggal dunia.

 

Tugas keluarga Al-Shaibi termasuk menguruskan hal ehwal Kaabah, membersihkan, membasuh, menyeterika, dan membaiki Kiswa (penutup) yang diperlukan, serta menerima pelawat dan mengendalikan semua tugas yang berkaitan.

 

Syeikh Al Shaibi merupakan pemegang ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan mengarang beberapa buku tentang agama dan sejarah,Beliau banyak  menyumbang secara mendalam kepada masyarakat tentang kerohanian dan ilmiah.

 

Raja Arab Saudi Salman bin Abdul Aziz dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman telah melahirkan rasa dukacita atas kematian Syeikh  Saleh Al Shaibi.

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍
06 May

𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍

Ramai manusia hari ini bekerja dengan penuh kesungguhan demi mencari rezeki yang halal. Namun dalam usaha mencari pendapatan, ada yang

Tahniah Hafiz ke-55 Akademi Darul Ilmi – Amin Al Hadi Tamat Hafazan 30 Juzuk
04 May

Tahniah Hafiz ke-55 Akademi Darul Ilmi – Amin Al Hadi Tamat Hafazan 30 Juzuk

Alhamdulillah, seluruh warga Akademi Darul Ilmi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Amin Al Hadi bin Mohd Nazri yang

Berkata Baik Atau Diam: Adab Menjaga Lisan Dalam Islam
29 Apr

Berkata Baik Atau Diam: Adab Menjaga Lisan Dalam Islam

Dalam kehidupan seharian, lidah adalah nikmat besar daripada Allah, namun pada masa yang sama ia boleh menjadi sebab keselamatan atau

Bukit yang Menjadi Saksi: Kisah di Lembah Uhud
07 Apr

Bukit yang Menjadi Saksi: Kisah di Lembah Uhud

Pagi itu, matahari di pinggiran Madinah terasa lebih terik daripada kebiasaannya. Di kaki Gunung Uhud, debu berterbangan menyambut kedatangan 3,000

TAHNIAH! MUHAMMAD HAMZAH BIN MOHD SHAKIR: HAFIZ KE-54 AKADEMI DARUL ILMI
07 Apr

TAHNIAH! MUHAMMAD HAMZAH BIN MOHD SHAKIR: HAFIZ KE-54 AKADEMI DARUL ILMI

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah. Seluruh warga Akademi Darul Ilmi dengan penuh rasa syukur dan bangga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

FOLLOW & SUBSCRIBE