Umar Al Faruq Buktikan Kecemerlangan di Peringkat Kebangsaan

Gombak, 14 Jun 2025 – Sekalung tahniah diucapkan kepada Anakanda Umar Al Faruq bin Fakhrulrazi atas kejayaan cemerlang meraih Naib Johan Hafazan (Kategori 1–3 Juzuk) dalam Pertandingan Hafazan Quran ITQAN Peringkat Kebangsaan Kali ke-17 Tahun 2025/1446H dengan pencapaian membanggakan, iaitu markah sebanyak 98.00%.

 

Seluruh warga Akademi Darul Ilmi (ADI) menzahirkan rasa syukur dan amat berbangga atas pencapaian tersebut yang membuktikan kesungguhan dan ketekunan beliau dalam mendalami al-Quran sejak usia muda.

Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Umar, bahkan turut mencerminkan komitmen Akademi Darul Ilmi dalam melahirkan generasi Huffaz yang berilmu dan berakhlak. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi buat seluruh pelajar ADI untuk terus tekun menghafaz 30 juzuk al-Quran serta menghayatinya dalam kehidupan seharian.

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Fathul Mekah: Kemenangan Tanpa Pertumpahan Darah
01 Mar

Fathul Mekah: Kemenangan Tanpa Pertumpahan Darah

Fathul Mekah merupakan salah satu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam yang berlaku pada 20 Ramadan tahun ke-8 Hijrah. Pembukaan

Hukum Memakai Gincu Ketika Berpuasa: Batal Atau Tidak?
26 Feb

Hukum Memakai Gincu Ketika Berpuasa: Batal Atau Tidak?

Bila tiba bulan Ramadan, ramai kaum hawa mula tertanya-tanya tentang rutin kecantikan mereka. Salah satu soalan yang paling kerap ditanya

Kunjungan Mahabbah Pegawai Agama Daerah Kuala Muda
23 Feb

Kunjungan Mahabbah Pegawai Agama Daerah Kuala Muda

Isnin | 23 Februari 2026 Alhamdulillah, Akademi Darul Ilmi hari ini telah menerima kunjungan mahabbah yang cukup bermakna daripada Syeikh

Majlis Watikah Pelantikan MPN, MPP dan PRS Sesi 2026/2027 Akademi Darul Ilmi
20 Jan

Majlis Watikah Pelantikan MPN, MPP dan PRS Sesi 2026/2027 Akademi Darul Ilmi

Sungai Layar – Akademi Darul Ilmi telah menganjurkan Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Perwakilan Nadi (MPN) dan

Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar
15 Jan

Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar

Sungai Layar – Akademi Darul Ilmi (ADI) telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) bersama Pejabat Pendidikan

FOLLOW & SUBSCRIBE