Sebatang Pohon Tamar Menangis kerana Rindukan Rasulullah ﷺ

Sebatang Pohon Tamar Menangis kerana Rindukan Rasulullah

 

Kisah ini sangat menyentuh hati tatkala membacanya. Betapa hinanya rasa diri ini. Pokok tamar yang begitu dekat dengan Rasulullah juga menangis kerana sangat merindui Baginda. Bagaimana pula dengan kita ini? Umat Nabi yang sangat dirindukan Baginda.

 

Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a bahawa pada masa itu masjid Rasulullah ﷺ beratap pelepah pokok tamar ataupun kurma. Apabila Rasulullah ﷺ berkhutbah, Baginda akan berdiri di atas salah satu batang pokok tamar. Oleh kerana jumlah umat Islam bertambah ramai, maka dicadangkan dibina mimbar agar jemaah majlis yang berada di belakang dapat melihat Rasulullah ﷺ ketika berkhutbah.

 

Cadangan Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a supaya dibina mimbar yang baru diterima Rasullulah ﷺ. Lalu para sahabat pun membuat mimbar daripada kayu yang mempunyai 3 anak mata tangga. Apabila mimbar yang baru itu siap, Rasulullah ﷺ pun mula memberikan khutbah di atas mimbar baru tersebut, malah Nabi merasa selesa dengan mimbar yang baru itu lalu tidak menggunakan lagi batang tamar yang sering Baginda gunakan sebelum ini.

 

Namun, ketika Rasullullah ﷺ menggunakan mimbar baru itu, kedengaran suara rintihan seperti tangisan unta kehilangan anak yang semakin lama semakin kuat hingga menggoncangkan tanah yang terus bergetar sehingga para sahabat pun bertanya-tanya.

 

Rupa-rupanya, suara tangisan sedih itu datangnya daripada batang pokok tamar usang yang dulunya sering kali digunakan oleh Rasullullah ﷺ.

 

Rasulullah ﷺ tersenyum. Lalu Baginda turun daripada mimbar dan menghampiri pokok tamar yang tidak jauh dari mimbar tersebut. Rasulullah ﷺ meletakkan tangan pada batang pokok tamar dan mengusap-usap dengan perlahan-lahan.

 

Rasulullah ﷺ berkata pada pokok tamar itu: “Jika engkau mahu, aku akan jadikan engkau dinding masjid ini, akarmu tumbuh lagi, tubuhmu hidup lagi dan engkau berbuah lagi. Atau jika engkau mahu, aku akan berdoa kepada Allah S.A.W agar engkau akan menjadi pokok di syurga, supaya para wali Allah dapat memakan buah-buahmu.”

 

Batang tamar itu menjawab: “Saya memilih untuk ditanam ke dalam tanah dan akan tumbuh di syurga supaya wali-wali Allah dapat memakan buahku dan saya berada di tempat dimana di dalamnya saya kekal.”

 

Lalu goncangan tanah dan suara rintihan pun berhenti. Rasulullah ﷺ kemudian kembali pada mimbar dan menyampaikan kejadian tersebut kepada para sahabatnya. Rasulullah ﷺ berkata: “Ia (pokok kurma) memilih negeri yang kekal berbanding negeri yang fana ini!”

 

Rasulullah ﷺ kemudian menyuruh supaya ditanamkan batang pokok tamar itu berhampiran mimbar dan mengatakan bahawa ia akan dibangkitkan di dalam syurga.

 

Jabir r.a berkata, “Pokok kurma itu juga menangis apabila ia mendengar orang berzikir atau mendengar bacaan al-Quran dekatnya.” (Hadis Riwayat Bukhari).

 

Inilah kisah batang kering dari pohon tamar yang menangis kerana sangat rindukan Rasulullah ﷺ. Begitu kasih, cinta dan rindunya sebatang pohon tamar ini kepada Rasulullah ﷺ hanya kerana Rasulullah ﷺ beralih mimbar untuk berkhutbah. Allahhuakbar!

 

Imam Hasan al-Basri  apabila meriwayatkan kisah ini, beliau pun menangis dan berkata; “Wahai hamba Allah! Batang tamar pun rindu kepada Rasulullah ﷺ, maka kamu semua lebih utama untuk merasa rindu bertemu dengan Rasulullah ﷺ.”

 

Cuba kalian bayangkan! Itu hanya sebatang pohon tamar yang berada dekat dengan Nabi kita. Bagaimana pula dengan kita? Bagaimana dengan kasih, cinta dan rindu kita kepada Rasulullah ﷺ, nabi yang akan memberikan syafaat kepada kita di akhirat nanti. Nabi yang menangis kerana sangat rindukan kita walau tidak pernah berjumpa dengan kita, umat Baginda.

 

Pernahkah kita menangis kerana rindukan Baginda? Jika betul kita rindukan Baginda, sejauh mana kita tunjukkan bukti kecintaan dan rasa rindu itu? Apa yang kita lakukan?

 

Berselawat kepada baginda juga amat susah sekali walaupun kita tahu akan kelebihannya. Allahhu. Ampunkan kami Ya Rasulullah ﷺ.

 

Selawat orang Mukmin ialah memohon rahmat daripada Allah S.A.W  ke atas Nabi Muhammad ﷺ.

 

.إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

 

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad ). Wahai orang-orang yang beriman! Bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.”

(Al-Ahzab: Ayat 56)

 

Terdapat pelbagai cara untuk menunjukkan kecintaan kita kepada Baginda. Contohnya dengan berselawat, zikir, hadir ke majlis ilmu, melakukan amalan-amalan sunat, menyebarkan kebaikan dan banyak lagi.

 

Salam rindu hanya buatmu Ya Rasulullah ﷺ.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

 

Sumber Rujukan

 

A., & A. (2023, August 25). Sebatang Pohon Tamar Menangis kerana Rindukan Rasulullah SAW – Galeri Aura Islam. Galeri Aura Islam – Galeri Aura Islam Menampilkan Lebih Dari 200 Artifak-artifak Asli Rasulullah SAW & Tamadun Islam. https://www.galeriauraislam.com/pokok-tamar-menangis-kerana-rindukan-rasulullah-saw/

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Fathul Mekah: Kemenangan Tanpa Pertumpahan Darah
01 Mar

Fathul Mekah: Kemenangan Tanpa Pertumpahan Darah

Fathul Mekah merupakan salah satu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam yang berlaku pada 20 Ramadan tahun ke-8 Hijrah. Pembukaan

Hukum Memakai Gincu Ketika Berpuasa: Batal Atau Tidak?
26 Feb

Hukum Memakai Gincu Ketika Berpuasa: Batal Atau Tidak?

Bila tiba bulan Ramadan, ramai kaum hawa mula tertanya-tanya tentang rutin kecantikan mereka. Salah satu soalan yang paling kerap ditanya

Kunjungan Mahabbah Pegawai Agama Daerah Kuala Muda
23 Feb

Kunjungan Mahabbah Pegawai Agama Daerah Kuala Muda

Isnin | 23 Februari 2026 Alhamdulillah, Akademi Darul Ilmi hari ini telah menerima kunjungan mahabbah yang cukup bermakna daripada Syeikh

Majlis Watikah Pelantikan MPN, MPP dan PRS Sesi 2026/2027 Akademi Darul Ilmi
20 Jan

Majlis Watikah Pelantikan MPN, MPP dan PRS Sesi 2026/2027 Akademi Darul Ilmi

Sungai Layar – Akademi Darul Ilmi telah menganjurkan Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Perwakilan Nadi (MPN) dan

Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar
15 Jan

Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar

Sungai Layar – Akademi Darul Ilmi (ADI) telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) bersama Pejabat Pendidikan

FOLLOW & SUBSCRIBE