Pelajar Akademi Cemerlang: Tempat Ketiga Hafazan Al-Quran

Tahniah Amsyar Nawfal bin Anuar!

 

Semalam, Akademi Darul Ilmi telah mencatat satu lagi kejayaan apabila salah seorang pelajar, Amsyar Nawfal bin Anuar berjaya memperoleh tempat ketiga dalam Musabaqah Hafazan Al-Quran Kategori 1 – 30 Juzuk.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada dedikasi, usaha gigih dan komitmen tinggi beliau dalam mendalami Al-Quran. Hadiah telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Kulim, Tuan Haji Mohd. Zaini bin Haji Ramli di dalam majlis penutup program Ijtima’ Huffaz Kedah 2024 yang dianjurkan oleh Persatuan Maahad Tahfiz Negeri Kedah bertempat di Maahad Tahfiz Ibnu Sina, Kulim, Kedah.

 

Pencapaian ini membuktikan komitmen Akademi Darul Ilmi dalam memberikan pendidikan yang berkualiti dan sokongan padu yang diberikan oleh semua pihak. Semoga kejayaan ini menjadi dorongan kepada pelajar lain untuk terus cemerlang dalam menghafaz Al-Quran serta berusaha mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

 

“Ke Arah Melahirkan Ilmuwan Islam Berprestasi Tinggi”

 

Sekian.

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Fathul Mekah: Kemenangan Tanpa Pertumpahan Darah
01 Mar

Fathul Mekah: Kemenangan Tanpa Pertumpahan Darah

Fathul Mekah merupakan salah satu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam yang berlaku pada 20 Ramadan tahun ke-8 Hijrah. Pembukaan

Hukum Memakai Gincu Ketika Berpuasa: Batal Atau Tidak?
26 Feb

Hukum Memakai Gincu Ketika Berpuasa: Batal Atau Tidak?

Bila tiba bulan Ramadan, ramai kaum hawa mula tertanya-tanya tentang rutin kecantikan mereka. Salah satu soalan yang paling kerap ditanya

Kunjungan Mahabbah Pegawai Agama Daerah Kuala Muda
23 Feb

Kunjungan Mahabbah Pegawai Agama Daerah Kuala Muda

Isnin | 23 Februari 2026 Alhamdulillah, Akademi Darul Ilmi hari ini telah menerima kunjungan mahabbah yang cukup bermakna daripada Syeikh

Majlis Watikah Pelantikan MPN, MPP dan PRS Sesi 2026/2027 Akademi Darul Ilmi
20 Jan

Majlis Watikah Pelantikan MPN, MPP dan PRS Sesi 2026/2027 Akademi Darul Ilmi

Sungai Layar – Akademi Darul Ilmi telah menganjurkan Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Perwakilan Nadi (MPN) dan

Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar
15 Jan

Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar

Sungai Layar – Akademi Darul Ilmi (ADI) telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) bersama Pejabat Pendidikan

FOLLOW & SUBSCRIBE