Watikah Pelantikan MPP ADI sesi 2026/2027

Majlis Watikah Pelantikan MPN, MPP dan PRS Sesi 2026/2027 Akademi Darul Ilmi

Sungai Layar – Akademi Darul Ilmi telah menganjurkan Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Perwakilan Nadi (MPN) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bagi sesi 2026/2027. Majlis ini berlangsung pada 18 Januari 2026 bertempat di Dewan Al-Quran, Akademi Darul Ilmi.

 

Majlis ini diadakan bagi menyerahkan amanah kepimpinan kepada barisan pelajar yang telah dilantik. Mereka akan memimpin dan mewakili suara pelajar sepanjang sesi 2026/2027. Pelantikan ini diharap dapat membentuk pemimpin pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab dan berakhlak mulia.

 

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pimpinan baharu MPN, MPP dan PRS. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan demi kebajikan warga Akademi Darul Ilmi.

 

Penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2024/2025. Segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan amat dihargai. Semoga Allah SWT membalasnya dengan ganjaran yang terbaik.

 

Penganjuran majlis ini selari dengan visi Akademi Darul Ilmi, iaitu “Ke Arah Melahirkan Ilmuan Islam Berprestasi Tinggi”. Visi ini menekankan keseimbangan antara ilmu, sahsiah dan kepimpinan pelajar.

سيروا على بركة الله
(Melangkahlah dengan keberkatan Allah)

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Fathul Mekah: Kemenangan Tanpa Pertumpahan Darah
01 Mar

Fathul Mekah: Kemenangan Tanpa Pertumpahan Darah

Fathul Mekah merupakan salah satu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam yang berlaku pada 20 Ramadan tahun ke-8 Hijrah. Pembukaan

Hukum Memakai Gincu Ketika Berpuasa: Batal Atau Tidak?
26 Feb

Hukum Memakai Gincu Ketika Berpuasa: Batal Atau Tidak?

Bila tiba bulan Ramadan, ramai kaum hawa mula tertanya-tanya tentang rutin kecantikan mereka. Salah satu soalan yang paling kerap ditanya

Kunjungan Mahabbah Pegawai Agama Daerah Kuala Muda
23 Feb

Kunjungan Mahabbah Pegawai Agama Daerah Kuala Muda

Isnin | 23 Februari 2026 Alhamdulillah, Akademi Darul Ilmi hari ini telah menerima kunjungan mahabbah yang cukup bermakna daripada Syeikh

Majlis Watikah Pelantikan MPN, MPP dan PRS Sesi 2026/2027 Akademi Darul Ilmi
20 Jan

Majlis Watikah Pelantikan MPN, MPP dan PRS Sesi 2026/2027 Akademi Darul Ilmi

Sungai Layar – Akademi Darul Ilmi telah menganjurkan Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Perwakilan Nadi (MPN) dan

Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar
15 Jan

Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar

Sungai Layar – Akademi Darul Ilmi (ADI) telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) bersama Pejabat Pendidikan

FOLLOW & SUBSCRIBE