Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar

Sungai Layar – Akademi Darul Ilmi (ADI) telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda dalam usaha memperkukuh kerjasama pendidikan, khususnya berkaitan pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kemudahan fasiliti yang terdapat di Akademi Darul Ilmi, termasuk bilik-bilik darjah serta dewan, bagi menilai kesesuaian institusi ini sebagai pusat peperiksaan SPM pada masa hadapan.

Sepanjang sesi lawatan, pihak JPN Kedah dan PPD Kuala Muda telah berkongsi pelbagai maklumat, panduan serta keperluan pengurusan peperiksaan, yang amat bermanfaat dalam membantu pihak pengurusan ADI menyusun perancangan yang lebih tersusun, sistematik dan mematuhi piawaian peperiksaan kebangsaan.

Pihak pengurusan Akademi Darul Ilmi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada JPN Kedah serta PPD Kuala Muda atas kesudian meluangkan masa untuk berkunjung dan berkongsi pandangan profesional.

Diharapkan lawatan ini menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat, seterusnya memudahkan urusan semua pihak demi memastikan kecemerlangan pendidikan dan kelancaran pelaksanaan SPM di masa hadapan.

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar
15 Jan

Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar

Sungai Layar – Akademi Darul Ilmi (ADI) telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) bersama Pejabat Pendidikan

KEJAYAAN BERGANDA: Pelajar Akademi Darul Ilmi Mengungguli Festival Tahfiz Al-Bahiyyah (FESTAB 2.0)
07 Jan

KEJAYAAN BERGANDA: Pelajar Akademi Darul Ilmi Mengungguli Festival Tahfiz Al-Bahiyyah (FESTAB 2.0)

Sungai Petani – Segala puji bagi Allah, warga Akademi Darul Ilmi (ADI) hari ini dihujani rasa syukur dan bangga atas

Mukhayyam Perdana 2025: Membentuk Jati Diri dan Kepimpinan Pelajar di Sedim Warisan Desa
05 Jan

Mukhayyam Perdana 2025: Membentuk Jati Diri dan Kepimpinan Pelajar di Sedim Warisan Desa

SUNGAI PETANI – Mengawali tahun baru dengan semangat juang yang tinggi, seramai 47 orang pelajar telah berjaya menamatkan program Mukhayyam

Warga Legasi UWA Perkasa Konsep Ibadah dalam Kerjaya
30 Dec

Warga Legasi UWA Perkasa Konsep Ibadah dalam Kerjaya

SUNGAI PETANI, 18 Disember 2025 – Legasi UWA telah berjaya menganjurkan Bengkel Integriti dan Ibadah dalam Bekerja. Program ini berlangsung

FOLLOW & SUBSCRIBE