“Kisah Qabil dan Habil, Pembunuhan Pertama di Muka Bumi”

 

Habil dan Qabil merupakan putera Nabi Adam a.s., apabila dewasa Habil bekerja sebagai penternak dan Qabil bekerja sebagai petani. Kehidupan sehari-harian keluarga Nabi Adam a.s. berjalan dengan baik, harmonis, saling hormat-menghormati, dan saling bantu-membantu. Namun demikian, setelah Habil dan Qabil meningkat dewasa mereka berdua diutuskan oleh Allah ﷻ untuk dikahwinkan dengan puteri Nabi Adam a.s. iaitu Lubuda dan Iqlima, juga merupakan saudari kembar Habil dan Qabil.

 

Perkahwinan ini diberi Ilham dan petunjuk oleh Allah ﷻ kepada Nabi Adam a.s., agar kedua puteranya dikahwinkan dengan kedua puterinya. Qabil dikahwinkan dengan adik kembar Habil yang bernama Lubuda manakala Habil dikahwinkan dengan adik kembar Qabil iaitu Iqlima. Akan tetapi tanpa diduga, wahyu yang diturunkan itu ditolak mentah-mentah oleh Qabil. Dengan menyatakan bahawa dia tidak mahu mengahwini Lubuda, iaitu adik kembar Habil, kerana Lubuda wajahnya tidak secantik adik kembarnya sendiri iaitu Iqlima, yang rupa parasnya lebih rupawan.

 

Kerana kedegilan dan keras kepala Qabil menolak keputusan ayahnya untuk mengahwini Lubuda. Nabi Adam a.s. merasa bingung dan keliru, maka Nabi Adam a.s meminta pertunjuk dari Allah ﷻ agar perkara sengketa ini dapat dielakkan. Dengan demekian, Allah ﷻ menurunkan wahyu iaitu masing-masing Qabil dan Habil haruslah menyerahkan qurban atau hasil usaha mereka kepada tuhan, dan barangsiapa di antara kedua saudara itu diterima qurbannya, maka dia berhak untuk menentukan pilihan jodohnya sendiri.

 

 

Setelah kedua-duanya menerima wahyu itu dengan hati terbuka, lalu Habil keluar dan kembali dengan membawa seekor kambing yang paling dicintai diantara haiwan ternakannya yang lain, malah dia memilih korban yang terbaik berupa jadza’ah samiinah (binatang ternakan) dengan sangat berhati-hati, sedangkan Qabil kembali dengan sekarung gandum iaitu hasil tuaiannya yang paling buruk dan busuk. Kemudian diletakkan kedua-dua hasil qurban tersebut di atas sebuah bukit, lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi kepada qurban mereka.

 

Oleh kerana Habil ikhlas dalam pemberiannya, maka korbannya telah diterima Allah ﷻ. Hal ini disaksikan oleh seluruh anggota keluarga Nabi Adam a.s., dimana mereka menyaksikan api besar turun dari langit menyambar haiwan ternakan Habil, yang seketika itu musnah termakan api. Sementara itu, hasil tuaian Qabil tidak sedikit pun disentuh api dan kekal utuh.

 

Maka Habil muncul sebagai pemenang dalam pertaruhan kerana pengorbanannya telah diterima oleh Allah ﷻ, maka dia mempunyai keutamaan dalam memilih siapakah jodohnya sendiri. Dengan jelas bahawa keputusan dari langit menerima qurban Habil dan menolak qurban Qabil, maka pudarlah harapan Qabil untuk mempersuntingkan Iqlima. Oleh itu, Qabil berasa tidak berpuas hati dengan keputusan ini tetapi tidak mempunyai cara untuk menolaknya. Kemudian Qabil terus berputus asa dan menerimanya dengan rasa marah sambil menyimpan dendam kerana berasa cemburu terhadap Habil.

 

Demekian itu, Ketika Adam a.s. kepergian dan meninggalkan rumah untuk masa yang lama, Qabil mengambil kesempatan untuk membalas dendam dan melampiaskan dengkinya terhadap Habil. Dengan rasa iri dan marah yang meluap-luap, Qabil melampiaskan marahnya dengan membunuh Habil.  Setelah itu, mulalah rasa penyesalan muncul di benak hati Qabil. Dia berasa amat kesal kerana terlalu mengikut perasaan. Kemudian, Qabil termenung melihat mayat Habil dengan begitu lama, kerana dia tidak tahu dan rasa keliru apa yang perlu dia lakukan dengan mayat Habil.

 

Kemudian Allah ﷻ menghantar dua ekor burung gagak. Kedua-dua burung gagak itu bercakaran di antara satu sama lain. Akhirnya seekor burung gagak itu mati dibunuh. Qabil memerhatikan gelagat gagak yang masih hidup itu. Allah ﷻ Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana, mepertontonkan kepada Qabil, bagaimana seekor burung gagak menggali tanah dengan mencakar-cakar menggunakan kaki dan paruhnya, lalu gagak tersebut menyodokkan gagak yang mati ke dalam lubang menggunakan paruh dan menutupinya kembali dengan tanah.

 

 

Melihat contoh dan pelajaran yang diberikan oleh burung gagak itu, Qabil pun meniru perbuatan gagak tersebut dengan berasa sangat malu. Dia bukan sahaja telah membunuh adiknya, malah dia berasa teramat malu dengan seekor gagak, kerana seekor burung gagak telah menunjukkan dan mengajarnya apa yang harus dilakukan dengan mayat adiknya, Habil.

 

Sumber rujukan

 

Sallihudin, A. A. (2012). Kisah Habil & Qabil. In Kisah-Kisah dari Al-Quran. essay, Kohwai & Young. Kuala Lumpur

Bahreisy, H. S. (1980). Kisah Qabil dan Habil, Pembunuhan Pertama di Muka Bumi. In Sejarah Hidup Nabi-Nabi. essay, pt. bina ilmu. Surabaya

 

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Fathul Mekah: Kemenangan Tanpa Pertumpahan Darah
01 Mar

Fathul Mekah: Kemenangan Tanpa Pertumpahan Darah

Fathul Mekah merupakan salah satu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam yang berlaku pada 20 Ramadan tahun ke-8 Hijrah. Pembukaan

Hukum Memakai Gincu Ketika Berpuasa: Batal Atau Tidak?
26 Feb

Hukum Memakai Gincu Ketika Berpuasa: Batal Atau Tidak?

Bila tiba bulan Ramadan, ramai kaum hawa mula tertanya-tanya tentang rutin kecantikan mereka. Salah satu soalan yang paling kerap ditanya

Kunjungan Mahabbah Pegawai Agama Daerah Kuala Muda
23 Feb

Kunjungan Mahabbah Pegawai Agama Daerah Kuala Muda

Isnin | 23 Februari 2026 Alhamdulillah, Akademi Darul Ilmi hari ini telah menerima kunjungan mahabbah yang cukup bermakna daripada Syeikh

Majlis Watikah Pelantikan MPN, MPP dan PRS Sesi 2026/2027 Akademi Darul Ilmi
20 Jan

Majlis Watikah Pelantikan MPN, MPP dan PRS Sesi 2026/2027 Akademi Darul Ilmi

Sungai Layar – Akademi Darul Ilmi telah menganjurkan Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Perwakilan Nadi (MPN) dan

Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar
15 Jan

Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar

Sungai Layar – Akademi Darul Ilmi (ADI) telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) bersama Pejabat Pendidikan

FOLLOW & SUBSCRIBE