Doa Agar Kekal Dalam Hidayah

DOA-DOA AGAR KEKAL DALAM HIDAYAH

 

Hidayah merupakan perkara terpenting dalam kehidupan manusia. Tanpanya seseorang itu akan hidup dalam kesesatan. Oleh hal yang demikian, Allah memerintahkan kita untuk memohon hidayah sekurang-kurang 17 kali dalam sehari iaitu melalui bacaan dalam Surah Al-Fatihah, ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ yang membawa maksud, tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus.

 

Kita hendaklah sentiasa berdoa agar dikekalkan dalam keadaan beriman sehingga maut datang menjemput kita. Antara doa yang dianjurkan untuk dibaca setiap masa ialah doa yang terdapat di dalam Al-Quran untuk amalan kita semua. Iaitu doa :

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Maksudnya : “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”

 

(Surah Ali Imran : 8)

 

Rasulullah juga memberi contoh kepada kita dengan membaca doa :

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

Ertinya : “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.”

(HR. Ahmad dan Al-Tirmizi)

 

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Ertinya : “Ya Allah yang mengubahkan hati, ubahlah hati-hati kami kepada mentaatiMu”

(Imam Muslim)

 

Hidayah sangat sinonim dan berkait rapat dengan taufiq. Kedua-dua pendekatan ini sangat penting dalam kehidupan seseorang mukmin. Secara ringkasnya, hidayah adalah keinginan yang diilhamkan oleh Allah E manakala taufiq pula adalah kekuatan yang dikurniakan oleh Allah E untuk melakukan amal soleh. Tamsilannya, seseorang yang sakit terbaring di atas katil dan hatinya benar-benar ingin mengerjakan solat berjemaah di masjid, akan tetapi tidak ada orang yang dapat menolong untuk membawanya ke masjid. Oleh itu, beliau dikatakan mendapat hidayah, tetapi tidak mendapat taufiq.

 

Jika seseorang digerakkan hatinya untuk singgah ke masjid, dan ketika itu solat jemaah dijalankan di situ lalu beliau menyertainya, maka itulah yang dikatakan sebagai mendapat taufiq dan hidayah.

 

Tuntasnya, jadikanlah doa-doa ini sebagai amalan dan rutin harian kita. Di samping itu perbanyakkan juga berdoa moga Allah kekalkan hidayah dalam hati kita serta diberikan kekuatan (taufiq) untuk melaksanakan perintahNya. Semoga Allah E memelihara iman kita semua sehingga ke akhir hayat.

 

Aamiin Ya Rabbal ‘Alaamiin.

 

Sumber Rujukan

 

Jiwa, P. (2019, September 29). DOA-DOA AGAR KEKAL DALAM HIDAYAH”. Penyucian Jiwa. https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2019/09/29/doa-doa-agar-kekal-dalam-hidayah/

 

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Fathul Mekah: Kemenangan Tanpa Pertumpahan Darah
01 Mar

Fathul Mekah: Kemenangan Tanpa Pertumpahan Darah

Fathul Mekah merupakan salah satu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam yang berlaku pada 20 Ramadan tahun ke-8 Hijrah. Pembukaan

Hukum Memakai Gincu Ketika Berpuasa: Batal Atau Tidak?
26 Feb

Hukum Memakai Gincu Ketika Berpuasa: Batal Atau Tidak?

Bila tiba bulan Ramadan, ramai kaum hawa mula tertanya-tanya tentang rutin kecantikan mereka. Salah satu soalan yang paling kerap ditanya

Kunjungan Mahabbah Pegawai Agama Daerah Kuala Muda
23 Feb

Kunjungan Mahabbah Pegawai Agama Daerah Kuala Muda

Isnin | 23 Februari 2026 Alhamdulillah, Akademi Darul Ilmi hari ini telah menerima kunjungan mahabbah yang cukup bermakna daripada Syeikh

Majlis Watikah Pelantikan MPN, MPP dan PRS Sesi 2026/2027 Akademi Darul Ilmi
20 Jan

Majlis Watikah Pelantikan MPN, MPP dan PRS Sesi 2026/2027 Akademi Darul Ilmi

Sungai Layar – Akademi Darul Ilmi telah menganjurkan Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Perwakilan Nadi (MPN) dan

Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar
15 Jan

Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar

Sungai Layar – Akademi Darul Ilmi (ADI) telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) bersama Pejabat Pendidikan

FOLLOW & SUBSCRIBE