Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia dan izin-Nya, Akademi Darul Ilmi (ADI) kini membuka pengambilan pelajar baharu bagi sesi 2027. (Tarikh tutup 1 Ogos 2026)
Selaras dengan visi ADI untuk melahirkan generasi ilmuan yang berilmu, berakhlak dan berprestasi tinggi, kami mempelawa calon-calon yang berpotensi serta cemerlang sahsiah diri untuk menyertai kami.
𝐒𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧:
Lelaki sahaja
Warganegara Malaysia
Berumur 11 dan 12 tahun pada tahun 2027
Sihat tubuh badan
Boleh membaca Al-Quran dengan lancar serta bertajwid
Lulus ujian temuduga yang ditetapkan
Akademi Darul Ilmi menawarkan suasana pembelajaran yang kondusif, tersusun dan berteraskan Al-Quran serta Hadis Nabi SAW, bagi membentuk generasi Rabbani yang seimbang dunia dan akhirat.