KELEBIHAN MALAM LAILATUL QADR MELEBIHI 1000 BULAN

Perkataan lailatulqadar berasal dari dua perkataan Bahasa Arab, iaitu ‘lailah’ yang bermaksud malam iaitu bermula apabila tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar.

Manakala ‘al-Qadar’ pula memberi maksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan. Lailatulqadar adalah malam teragung penuh kemuliaan yang Allah ﷻ hadiahkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. yang hanya akan berlaku pada salah satu malam dalam bulan Ramadan, sepertimana Firman Allah ﷻ menerusi al-Quran, Surah al-Qadr ayat 1 hingga 5, yang bermaksud:

 

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar itu? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar”.

 

Mengikut Bayan Linnas Siri Ke-31, kelolaan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, antara kelebihan malam al Qadar yang disenaraikan ialah:

 

  • Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar.
  • Turunnya malaikat dan Jibril dari setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.
  • Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.
  • Dikurniakan keselamatan dan kebaikan tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar.

 

Berkenaan hari berlakunya lailatulqadar, terdapat pelbagai pandangan ulama. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan perkara berikut:

  • Imam Ahmad dan al-Muslim meriwayatkan, yang bermaksud:

 

 

“Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadan melebihi usahanya dari malam-malam lain”.

 

 

  • Pendapat yang terkuat mengikut para ulama bahawa lailatulqadar boleh berlaku pada malam 27 Ramadan.
  • Pendapat Imam Syafie, Imam Malik, Ibn Khuzaimah, Abu Awanah dan al-Tahawi menyatakan ia boleh berlaku pada malam 23 Ramadan berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

 

“Carilah malam Qadar pada malam 23 Ramadan”.

 

  • Imam Shafie turut berpandangan bahawa lailatulqadar boleh berlaku pada malam 21 Ramadan. Beliau berdalilkan pada riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

 

“Tuntutlah malam 17, 21 dan 23 Ramadan”.

 

  • Lailatulqadar juga boleh berlaku pada malam 24 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas bahawa Baginda s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

 

“Carilah malam lailatulqadar pada malam 24 Ramadan” – Hadis Riwayat Muhammad bin Nasr Ahmad daripada Bilal dan al-Tayalisi.

 

  • Pada malam akhir Ramadan. Hal ini berdasarkan hadis Muawiyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

 

“Carilah malam Qadar pada akhir malam Ramadan”- Riwayat Ibn Nasr.

 

Meskipun terdapat pelbagai pandangan mengenai hari berlakunya lailatulqadar, kemunculannya adalah rahsia yang hikmahnya supaya umat Islam berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah demi untuk mencari lailatulqadar.

 

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menyenaraikan beberapa petanda lailatulqadar, antaranya:

  • Ubadah bin al-Somit r.a. berkata secara marfu’: “Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak
    terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya
    dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut
  • Daripada Ubay bin Kaab r.a. menyatakan daripada Nabi s.a.w., sabdanya yang bermaksud:

 

“Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan”.

 

  • Mengikut riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata:

 

“Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar”.

 

Berdasarkan perbincangan di atas, umat Islam perlu berusaha untuk merebut peluang yang tersedia dengan melakukan amalan ibadat bersungguh-sungguh seperti qiamullail, membaca al-Quran, berzikir, bermunajat dan berdoa.

 

 

RUJUKAN

Pinang, M. P., & Pinang, M. P. (2023, March 31). PAWANA RAMADAN: LAILATULQADAR, MALAM ISTIMEWA MELEBIHI 1000 BULAN. Laman Web MKN. https://www-mkn-gov-my.translate.goog/web/ms/2023/03/31/pawana-ramadan-lailatulqadar-malam-istimewa-melebihi-1000-bulan

Share this article :
Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO TERKINI
Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar
15 Jan

Lawatan Kerja JPN Kedah & PPD Kuala Muda ke Akademi Darul Ilmi Sungai Layar

Sungai Layar – Akademi Darul Ilmi (ADI) telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) bersama Pejabat Pendidikan

KEJAYAAN BERGANDA: Pelajar Akademi Darul Ilmi Mengungguli Festival Tahfiz Al-Bahiyyah (FESTAB 2.0)
07 Jan

KEJAYAAN BERGANDA: Pelajar Akademi Darul Ilmi Mengungguli Festival Tahfiz Al-Bahiyyah (FESTAB 2.0)

Sungai Petani – Segala puji bagi Allah, warga Akademi Darul Ilmi (ADI) hari ini dihujani rasa syukur dan bangga atas

Mukhayyam Perdana 2025: Membentuk Jati Diri dan Kepimpinan Pelajar di Sedim Warisan Desa
05 Jan

Mukhayyam Perdana 2025: Membentuk Jati Diri dan Kepimpinan Pelajar di Sedim Warisan Desa

SUNGAI PETANI – Mengawali tahun baru dengan semangat juang yang tinggi, seramai 47 orang pelajar telah berjaya menamatkan program Mukhayyam

Warga Legasi UWA Perkasa Konsep Ibadah dalam Kerjaya
30 Dec

Warga Legasi UWA Perkasa Konsep Ibadah dalam Kerjaya

SUNGAI PETANI, 18 Disember 2025 – Legasi UWA telah berjaya menganjurkan Bengkel Integriti dan Ibadah dalam Bekerja. Program ini berlangsung

FOLLOW & SUBSCRIBE