9 Disember 2025 – Segala puji bagi Allah atas limpahan rahmat dan izin-Nya, Majlis Musabaqah Hafazan al-Quran Siri Ke-5 pada hari ini telah berjalan dengan lancar.
Seramai 27 orang peserta dari Bahagian al-Quran serta Bahagian Tafaqquh & Hadis telah mempersembahkan hafazan masing-masing mengikut kategori yang dipertandingkan. Seramai 4 orang juri hafazan telah dilantik daripada kalangan asatizah ADI bagi mengadili Musabaqah kali ini.
Semoga program ini dapat meningkatkan daya ingatan pelajar, menanamkan kecintaan yang mendalam terhadap al-Quran serta membentuk akhlak al-Quran dalam diri setiap peserta dan warga akademi.
Terima kasih juga diucapkan kepada penginfak yang sudi menaja kenduri untuk seluruh warga ADI. Semoga Allah memberkati rezeki mereka, melapangkan urusan dan melipatgandakan setiap amal kebaikan yang dilakukan. Amiin.