SOALAN & JAWAPAN

Tujuan utama penubuhan ADI adalah untuk melahirkan para ilmuwan Islam berprestasi tinggi yang holistik serta mahir dalam perbahasan ilmu-ilmu agama Islam dan mampu membimbing masyarakat sesuai dengan iklim dakwah semasa.

Kurikulum Akademi Darul Ilmi disusun sendiri oleh pengasas Akademi, al-Fadhil Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub. Di samping para pelajar menghafaz al-Quran, Hadis dan Tafaqquh Fiddin, mereka juga akan mengikuti sistem pendidikan semasa bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, seterusnya akan menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tinggi Islam dan Sijil Prinsip Fatwa.

Akademi Darul Iftak merupakan nama lama Akademi Darul Ilmi. Pertukaran nama dilakukan atas nasihat Pejabat Mufti Kedah melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK). Namun begitu, pengasas dan pentadbiran Akademi Darul Ilmi kekal sama.

    1. Lelaki 
    2. Warganegara Malaysia berusia 11 atau 12 tahun
    3. Sihat
    4. Lulus ujian temuduga

Pengajian di Akademi Darul Ilmi adalah percuma sepenuhnya. ADI merupakan sebuah Yayasan dan memberi tajaan penuh kepada para pelajar.

Para pelajar ADI akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ke-7.

Pengambilan ADI akan dilakukan 2 tahun sekali.

Para pelajar ADI  mengikuti sistem pendidikan arus perdana yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melayakkan mereka mengambil peperiksaan SPM.

ADI masih lagi dalam fasa pembangunan infra yang meliputi proses pembinaan sistem perparitan, penurapan jalan, sistem kumbahan dan landskap.

ADI tidak lagi menyambung status sebagai ejen Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sejak 2023.

Tiada. ADI beralamat di Lot 5552, Kg. Che Bema, Sungai Layar Hujung, 08000 Sungai Petani Kedah.